Hukum Wanita Ke Masjid

Masjid Dan Wanita Di Zaman Nabi Adalah penting untuk kita melihat bagaimanakah hubungan antara kaum Muslimah di zaman Nabi s.a.w dengan masjid. Hal ini dapat diketahui dengan melihat hadis-hadis yang berkaitan wanita dan masjid.  ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: أَعْتَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً بِالْعِشَاءِ ، وَذَلِكَ قَبْلَ أَنْ يَفْشُوَ الْإِسْلَامُ ، فَلَمْ يَخْرُجْ ، حَتَّى قَالَ عُمَرُ : نَامَ النِّسَاءُ وَالصِّبْيَانُ فَخَرَجَ ، فَقَالَ لِأَهْلِ الْمَسْجِدِ : مَا يَنْتَظِرُهَا أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْأَرْضِ غَيْرَكُمْ . Terjemahan: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melewatkan solat Isya, hal ini berlaku sebelum Islam tersebar luas. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar...

Read More

Takut Amalan Tidak Diterima

Semakin penghujung Ramadhan, banyakkanlah berdoa agar amalan kita diterima Allah. Begitulah sikap para sahabat, mereka sangat takut amalan mereka ditolak oleh Allah. Firman Allah [Al-Mukminun :57-61] : إِنَّ الَّذِينَ هُمْ مِنْ خَشْيَةِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ (57) وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ (58) Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan [azab] Tuhan mereka, (57) dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, (58) وَالَّذِينَ هُمْ بِرَبِّهِمْ لَا يُشْرِكُونَ (59)وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ (60) dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka [sesuatu apa-pun], (59) dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati...

Read More

Waktu Susah Ingat Allah, Bila Senang Lupa Allah

Cerita Tentang Doa Dalam Surah Yunus. Ada beberapa ayat dalam surah Yunus berkaitan doa yang sangat perlu kita tadabburi. 1- Kelembutan Allah kepada manusia yang jenis tak sabar sampai mendoakan keburukan. وَلَوْ يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنَّاسِ الشَّرَّ اسْتِعْجَالَهُمْ بِالْخَيْرِ لَقُضِيَ إِلَيْهِمْ أَجَلُهُمْ فَنَذَرُ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (11) Dan kalau sekiranya Allah menyegerakan kejahatan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, pastilah diakhiri umur mereka. Maka Kami biarkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, bergelumang di dalam kesesatan mereka. [Yunus: 11]. Imam Ibnu Katsir menerangkan tentang ayat surah Yunus di atas: يخبر تعالى عن حلمه...

Read More

Hadis-Hadis Berkaitan Malam al-Qadar

  Di bawah dilampirkan hadis-hadis daripada Sahih al-Bukhari berkaitan amalan 10 akhir Ramadhan. Kesimpulannya: 1- Berusahalah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir Ramadhan. 2- Perbanyakkan beribadah pada malam tersebut. 3- Sesiapa yang mampu hendaklah berusaha beri’tikaf di masjid. 4- Wanita juga disunnahkan melakukan i’tikaf. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadar dengan keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosanya yang terdahulu. [no. 2014] عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رِجَالاً، مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ...

Read More

Bilakah Berlakunya Nuzul al-Quran?

Bilakah al-Quran mula diturunkan? Firman Allah: ﴿ شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ﴾ Bulan Ramadhan yang mana padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan tentang petunjuk itu serta pembeza (antara kebenaran dan kebathilan). [Al-Baqarah : 185] ﴿ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1(﴾ Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. [Al-Qadr : 1] ﴿ وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (2) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3( ﴾ Kitab yang jelas (2) Sesungguhnya kami telah menurunkannya pada malam yang diberkati. Sesungguhnya kami pemberi peringatan. [Ad-Dukhan : 2-3] Ketiga-tiga ayat ini tidaklah...

Read More

Bolehkah khatam al-Quran banyak kali dalam Ramadhan?

Allah berfirman: شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan [permulaan] Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza [antara yang hak dan yang bathil] [Al-Baqarah : 185] عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ‏.‏ Ibnu Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling murah...

Read More

Solat Terawih Laju

Terawih kilat=solat terawih laju yang tular itu, bila 2-3 kali fikir dah jadi macam penghinaan kepada agama Islam itu sendiri, menjadi bahan gelak ketawa orang. Daripada solat terawih laju macam kilat itu secara berjemaah, lebih baik jemaah solat terawih sendiri-sendiri sahaja di rumah dengan tenang dan tertib. Jika solat dengan sekadar baca ayat lazim pun masih okey kalau tak larat berdiri lama-lama. Tetapi sampai laju sampai dipanggil terawih kilat, macam tu ke cara kita beribadah? Itu ke adab kita dalam bulan Ramadhan. Kita marah orang hina agama kita, jadikan agama kita bahan lawak jenaka, tetapi sebahagian orang Muslim beribadah...

Read More

Hukum-Hakam I’tikaf 10 Akhir Ramadhan

Antara perkara ‘best’ ketika 10 akhir Ramadhan ialah berkampung di masjid, atau namanya i’tikaf. Saya mula kenal sunnah ini bila masuk UIA. Disebabkan benda ni jugalah saya 10 akhir Ramadhan rasa rugi kalau tak ada di UIA. Terasa kemeriahan 10 akhir Ramadhan di masjid UIA, dengan ramainya orang yang tidur di masjid, ada yang bawa anak dan sebagainya. Ada yang 24 jam di masjid, dan ramai jua yang i’tikaf pada waktu malam sahaja sebab siang kerja. Apakah maksud I’tikaf? اللُّبْثُ فِي الْمَسْجِدِ عَلَى صِفَةٍ مَخْصُوصَةٍ بِنِيَّةٍ Duduk di dalam masjid dengan sifat-sifat yang khas dan dengan niat (ibadah) [Al-Mausu’ah...

Read More

Apa Kaitan Ibadah Puasa Dan Doa?

Ayat ini berada di tengah-tengah ayat puasa. Ayat 183-185 Allah menceritakan tentang puasa. Ayat 186 tiba-tiba Allah bercerita tentang doa. Ayat 187 Allah menyambung kisah puasa. Ini menunjukkan bagaimana rapatnya ibadah puasa dan doa. وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186) Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahawasa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah : 186] Dr. Khalid...

Read More

Palsukah hadis doa Ya Allah berkati kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami kepada Ramadhan

Benarkah hadis doa “Ya Allah berkati kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami kepada Ramadhan” adalah PALSU?   Hadis ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad (anak Imam Ahmad) dalam Zawaidnya kepada Musnad Ahmad (2346) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ، عَنْ زَائِدَةَ بْنِ أَبِي الرُّقَادِ، عَنْ زِيَادٍ النُّمَيْرِيِّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: ” اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ ” وَكَانَ يَقُولُ: ” لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ غَرَّاءُ، وَيَوْمُهَا أَزْهَرُ ‘Abdullah bin Ahmad menyampaikan kepada kami: ‘Ubaidillah bin ‘Umar menyampaikan kepada kami,...

Read More

JEMPUTAN KULIAH

Jumlah Pelawat

  • 0
  • 750
  • 821,868
  • 452,712