Kepentingan Mendoakan Anak-Anak agar Menjaga Solat

Antara aspek yang tidak sepatutnya kita abaikan ketika mendidik anak-anak agar mendirikan dan menjaga solat ialah seseorang perlu meminta pertolongan daripada Allah ‘Azza wa Jalla dengan berdoa. Hendaklah dia mencontohi Nabi Ibrahim AS. Sesungguhnya Nabi Ibrahim berdoa:

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ‎﴿٤٠﴾‏
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim: 40)

Maka seseorang itu hendaklah sentiasa mengulang-ulang doa ini pada setiap kesempatan, dan mencari waktu-waktu mustajab. Ini kerana doa merupakan antara sebab yang paling berkesan dan paling kuat untuk mencapai sesuatu tujuan:

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ‎﴿٤٠﴾‏
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim: 40)

Justeru, doa mempunyai kedudukan yang sangat penting.

Konsep Hukuman Fizikal Dalam Pendidikan: Disiplin, Syarat dan Waktunya

Seorang bapa atau pendidik perlu memahami bahawa hukuman fizikal (memukul); dengan syarat-syaratnya, adalah jalan terakhir dalam proses mendisiplinkan anak. Ini agar anak tidak terbiasa dengannya sehingga hukuman itu tidak lagi memberi kesan pada masa hadapan.

Isu hukuman fizikal terhadap kanak-kanak adalah isu yang sangat sensitif dan sering menimbulkan salah faham, dan salah pada pelaksanaannya oleh ramai orang.

Hukuman ini sebenarnya mempunyai garis panduan tertentu,yang insyaAllah, akan dijelaskan selepas selesai perbincangan mengenai solat. Ini kerana ia termasuk dalam perkara penting dalam pendidikan. Ini juga bertepatan dengan kaedah:
درء المضار مقدم على جلب المنافع
“Menolak mudarat didahulukan daripada menarik manfaat.”

Isu memukul anak menimbulkan banyak salah faham kerana ramai tidak memahami ilmu pendidikan, sehingga ada yang menyangka bahawa jika dia tidak memukul anaknya, seolah-olah dia telah meninggalkan satu sunnah. Bahkan ada yang merasa bersalah jika tidak memukul anak!

Tiada perselisihan tentang kepentingan prinsip ganjaran dan hukuman dalam pendidikan. Ia adalah prinsip yang sangat asas dan penting. Namun, hukuman tidak semestinya dengan pukulan. Pukulan pula mempnyai syarat-syarat tertentu, dan akan dijelaskan secara terperinci insyaAllah.

Pukulan terhadap anak hanya disyariatkan ketika umur sepuluh tahun, berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun. Pukullah mereka apabila mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Solat, no: 495].

Jika solat, yang kedudukannya sangat besar dalam Islam, pun tidak dipukul melainkan selepas umur sepuluh tahun, maka bagaimana pula hal-hal selain solat?!

Sesungguhnya kita melihat sebahagian bapa yang keras hati memukul anak dengan pukulan berat hanya kerana perkara-perkara remeh!
Perkara pelik yang sering berlaku, dan ia adalah kesilapan besar yang ramai pendidik tidak sedar ialah:

طفلك ليس أنت، وعلى الإنسان ألا يساوي عقله بعقل الطفل
Anak kecil itu bukanlah kamu. Jangan samakan akal kamu dengan akal kanak-kanak.

Pukulan yang keras telah keluar daripada tujuan asalnya sebagai rawatan.

الضرب شرع بشروط كعلاج، لكن إذا كان سيتحول إلى داء لا دواء فلا داعي له
Pukulan hanya disyariatkan sebagai ubat, tetapi apabila ia bertukar menjadi penyakit, maka ia tidak lagi diperlukan.

Pukulan mempunyai tujuan pendidikan, (bukan melepaskan kemarahan). Oleh itu, tidak dibenarkan seseorang memukul dalam keadaan marah, sebagaimana ditegaskan dalam adab-adab syariah. Jangan memukul anak ketika kamu marah. Sebaliknya, tunggulah sehingga kemarahan hilang, kemudian putuskanlah untuk memukul ketika engkau berada dalam keadaan tenang.“Bersabarlah sehingga reda kemarahanmu, dan putuskanlah untuk memukul ketika engkau berada dalam keadaan tenang; kerana pada ketika itu tujuan pukulan ialah untuk membetulkan dan merawat (tingkah laku).

Tetapi jika ketika marah, tujuan pukulan ialah melepaskan marah, dan ia tidak akan berhenti sehingga kemarahan reda, ini jelas bukan pukulan yang dibenarkan untuk mendidik, tetapi menjadi alat menghukum dan membalas dendam, dan bukan tujuannya mendidik.

Prinsip ganjaran dan hukuman tetap perlu dalam pendidikan kerana ia merupakan sebahagian dripada proses didikan. Namun makna hukuman itu lebih luas daripada sekadar pukulan. Terdapat banyak jenis hukuman lain, dan hukuman mestilah bersesuaian dengan kadar kesalahan, bukan hukuman berat untuk kesalahan kecil.

Pukulan dengan syarat-syaratnya ialah pilihan terakhir, kerana jika anak sudah terbiasa dipukul, tubuhnya hilang sensitiviti terhadap pukulan dan dia tidak lagi peduli.

Ini kerana maruahnya telah terhina kerana ada sebahagian orang yang jahil menghubungkan pukulan dengan penghinaan, cercaan dan makian. Kata-kata seperti ini menjejaskan maruah anak dan lama-kelamaan anak tidak lagi terkesan apabila mendengarnya. Pada ketika itu, pukulan tidak lagi berkesan.

Sebaliknya, lebih jarang dan lebih terkawal pukulan itu, lebih besar kesannya.

(Dr. Ismail Muqaddam, Li Maza Nusolli)

 

Teks asal:

[أهمية الدعاء للأبناء للمحافظة على الصلاة]

إن من الأسباب التي ينبغي ألا نغفل عنها عند تربية الأطفال على الصلاة والمحافظة على الصلاة أن يستعين الإنسان بدعاء الله عز وجل، وأن يتأسى بإبراهيم عليه السلام، فإبراهيم عليه السلام كان يقول في دعائه: {رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ} [إبراهيم:٤٠].

فينبغي للإنسان أن يلهج بهذا الدعاء في كل مناسبة، وأن يتحرى أوقات الإجابة؛ لأن الدعاء من أنجح وأقوى أسباب حصول المقاصد {رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي} [إبراهيم:٤٠] فالدعاء أيضاً في غاية الأهمية.

[مفهوم العقاب البدني في التربية وضوابطه ووقته]

إن على الأب أو المربي أن يعلم أن العقاب البدني بشروطه هو الوسيلة الأخيرة للعقاب؛ كي لا يتعود عليه الطفل، وبالتالي لا يجدي استعماله فيما بعد، مسألة العقاب البدني بالنسبة للطفل موضوع شائك للغاية، يساء فهمه وتطبيقه عند كثير من الناس، وله ضوابط إن شاء الله سنتكلم عنها بعد الفراغ من بحث الصلاة؛ لأنه من الموضوعات التربوية المهمة؛ ولأن درء المضار مقدم على جلب المنافع، فموضوع الضرب يساء فهمه نتيجة جهل الناس بموضوع التربية، حتى أن بعض الناس يظن أنه لو لم يضرب ولده فكأنه ضيع سُنة، ويحس بتقصير إذا لم يضرب الأطفال! لا يوجد نزاع على الإطلاق في أهمية وضرورة مبدأ الثواب والعقاب في التربية، فهو مبدأ أساسي جداً ومهم، لكن ليس من شرط العقاب أن ينحصر في الضرب، فالضرب له شروط كثيرة سنتكلم عنها إن شاء الله تعالى بالتفصيل، لقد شرع الضرب للأطفال عند سن العاشرة، وذلك لقوله صلى الله عليه وسلم: (مروا أولادكم بالصلاة لسبع سنين، واضربوهم عليها لعشر سنين)، فإذا كانت الصلاة التي مقامها في الإسلام عظيم، ومع ذلك لا يضرب عليها الطفل إلا بعد بلوغ العاشرة، فما بالك بما عدا الصلاة؟! إننا نرى بعض الآباء القساة غلاظ القلوب يضربون الأطفال ضرباً مبرحاً على أتفه الأشياء! والشيء الغريب الذي دائماً نكرره، والخطيئة المتكررة في التربية التي لا يتفطن إليها كثير من المربين؛ أن طفلك ليس أنت، وعلى الإنسان ألا يساوي عقله بعقل الطفل، فالضرب بعنف خرج عن كونه نوعاً من أنواع العلاج، فالضرب شرع بشروط كعلاج، لكن إذا كان سيتحول إلى داء لا دواء فلا داعي له، فالضرب له هدف تربوي، ولذلك لا يجوز للإنسان أن يضرب وهو غضبان كما هو معلوم في الآداب الشرعية، فلا تضرب الطفل وأنت غضبان، بل تريث إلى أن تذهب ثورة غضبك، وتقرر الضرب وأنت هادئ؛ لأنه في هذه الحالة سيكون الهدف من الضرب هو التقويم والعلاج، لكن في حالة الغضب سيكون الهدف هو إفراغ شحنة الغضب في ضرب الطفل، ولن يتوقف الضرب حتى تهدأ نفس الضارب ويخرج شحنة الغضب، وليس هذا هو الضرب المشروع لتربيةً الطفل، بل صار وسيلة عقاب وانتقام للنفس وليس هدفاً.

قضية الثواب والعقاب لا مناص منها في العملية التربوية؛ لأن هذه وسيلة من وسائل التربية، لكن معنى العقاب أشمل من أن يكون بالضرب، فهناك وسائل كثيرة للعقاب متعددة، ولا بد أن يكون العقاب متناسباً مع حجم الخطأ بحيث لا يستعمل العقاب الشديد على خطأ تافه، وهكذا.

إن العقاب البدني بشروطه هو الوسيلة الأخيرة للعقاب؛ لأن الطفل إذا تعود على الضرب فإن جسمه سيفقد الإحساس بالضرب، ولا يعد يهمه الضرب؛ لأن كرامته أهدرت؛ لأن بعض الناس المتهورين يربط الضرب بالتحقير والشتم والسب، وهذه الألفاظ في الغالب تهدر كرامة الطفل، ثم إن الطفل لا يتأثر بسماع هذه الأشياء، ولا يجدي استعمال الضرب معه فيما بعد، لكن كلما كان الضرب نادراً ومنضبطاً أتى بالتأثير.