Asy-Syahid Sheikh Komander Nuruddin Muhammad Salamah Barakah, atau dikenali sebagai Abu Abdurrahman, lahir di bandar Khan Younis pada 25 April 1981. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam. Nuruddin berkahwin dan mempunyai enam anak; seorang anak lelaki bernama Abdurrahman dan lima anak perempuan, iaitu Fatimah az-Zahra, Ruqayyah, Zainab, Aisyah, dan Asma’.

Dalam satu wawancara bersama Briged Al-Qassam, asy-syahid Komander Nuruddin menyatakan bahawa kali pertama beliau mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa adalah ketika berusia empat tahun, apabila bapanya membawanya untuk melawat saudara-maranya yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Tebing Barat.

Asy-syahid memulakan pendidikan rendahnya di Sekolah Bani Suhailah, kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di sekolah yang lain, dan menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Al-Mutanabi. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Fakulti Syariah di Universiti Islam Gaza.

Asy-Syahid terpaksa menangguhkan pengajiannya apabila tercetusnya Intifada Al-Aqsa dan beliau ditahan oleh pihak penjajah. Selepas dibebaskan dari penjara, beliau kembali untuk menamatkan pengajian di universiti dan kemudiannya menyambung pengajian tinggi di peringkat sarjana di Universiti Islam Gaza dalam bidang Fiqh Perbandingan. Beliau menamatkan pengajiannya dengan tesis berjudul (“الإهمال في العمل الجهادي – دراسة فقهية مقارنة”)”Pengabaian Dalam Kerja Jihad – Kajian Fiqh Perbandingan” pada tahun ini (2018, iaitu tahun beliau terbunuh syahid).

Kehidupannya Bersama Al-Quran

Sheikh Nuruddin memperolehi ijazah sanad yang bersambung kepada Rasulullah SAW dalam sepuluh qiraat Al-Quran, dan beliau juga telah mengijazahkan ramai pelajar dengan sanad bersambung kepada Rasulullah SAW, setelah menghabiskan kehidupan bersama Al-Quran dan menghafalnya di dalam dadanya.

Pada awal pengajian di universiti, asy-syahid telah ditugaskan untuk menguruskan pusat pengajian Al-Quran di Masjid Umar bin Al-Khattab pada tahun 2000. Dalam satu wawancara, Shaikh Nuruddin menyebutkan: “Tempoh tersebut adalah antara tahun-tahun terbaik yang saya lalui bersama pelajar-pelajar saya yang menghafal Al-Quran. Kini ramai daripada mereka telah menjadi penghafaz Al-Quran, pendakwah, serta mujahidin, dan ada di antara mereka yang telah syahid mendahului kita di jalan ini.”

Sheikh Nur adalah seorang pendakwah yang fasih dan seorang khatib yang berbakat. Orang ramai tertarik dengan kejujurannya dan akhlaknya yang mulia. Beliau adalah seorang yang istiqamah dalam menunaikan solat berjemaah di masjid, dan sering tetap duduk di masjid terutamanya selepas solat Subuh. Masjid menjadi rumah keduanya. Sesiapa yang mencarinya tetapi tidak menemuinya di rumah, pasti akan menemuinya di Masjid Asy-Syahid Ismail Abu Shanab.

Ditangkap penjajah

Pada tahun 2002, ketika beliau masih di peringkat universiti, beliau berhasrat untuk menunaikan umrah. Namun, ketika tiba di sempadan Rafah, beliau ditahan untuk disoal siasat dan ditahan oleh pihak perisikan penjajah.

Beliau kemudian dihantar ke pusat tahanan Ashkelon dan ditahan selama dua bulan, di mana pelbagai tuduhan dilemparkan ke atasnya. Pihak berkuasa penjajah cuba memaksanya untuk mengaku terlibat dengan Briged Al-Qassam, namun mereka gagal. Beliau kemudian dikenakan tahanan tanpa bicara selama empat bulan di penjara (Hasyarun) dan selepas tamat tempoh itu, beliau dibebaskan dan kembali ke medan jihad.

Menyertai Briged al-Qassam

Asy-syahid Komander Qassam, Abu Abdurrahman, menyertai halaqah tarbiah sebagai persediaan untuk menyertai barisan Pergerakan Perjuangan Islam Hamas pada musim panas tahun 1999, namun beliau terputus hubungannya akibat penahanan. Setelah dibebaskan daripada penjara pada tahun 2003, beliau berbai’ah kepada Ikhwanul Muslimin, dan pada tahun yang sama, beliau secara rasmi menyertai Briged Al-Qassam. Penyertaannya di dalam al-Qassam adalah atas cadangan Dr. Asy-Syahid Komander Ibrahim Al-Muqaddamah, Asy-Syahid Qassami Imad Abu Qadus, dan Asy-Syahid Qassami Mahmud Al-Abid.

Semenjak menyertai Briged Al-Qassam pada awal tahun 2003, beliau menghabiskan kehidupannya untuk perjuangan. Beliau mengikuti pelbagai kursus ketenteraan al-Qassam yang melayakkannya menjadi seorang pejuang yang digeruni musuh di medan perang. Beliau turut terlibat dalam pembuatan bahan letupan dan pelancaran serangan roket ke arah penempatan Zionis sebelum pengunduran Zionis dari Gaza.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama laman web Al-Qassam, Abu Bara’, seorang komander medan dalam Briged Al-Qassam, menyatakan bahawa Sheikh Nuruddin menghabiskan hampir separuh daripada kehidupannya di dalam jihad. Beliau merupakan antara kumpulan pertama Briged Al-Qassam di kawasan timur dan telah naik pangkatnya daripada seorang pejuang pada tahun 2003 menjadi komander kumpulan Qassam, sehingga dilantik sebagai Timbalan Komander Batalion sebelum kesyahidannya.

Beliau turut menambah, “Sepanjang perkhidmatannya dalam briged, asy-syahid memimpin unit syuhada di kawasan timur, di mana beliau bersama-sama para mujahidin sentiasa berada di garisan hadapan, memantau pergerakan pasukan khas Zionis. Pada tahun 2008, beliau tercedera ketika menentang pasukan khas Zionis di kawasan Zana, timur Khan Yunis.”

Abu Bara’ menyatakan bahawa asy-syahid Komander Nuruddin terkenal sebagai salah seorang mujahidin yang sangat taat dan kuat beribadah. Beliau juga sangat konsisten melakukan solat malam, dan berdoa di Waktu malam. Hidupnya sama ada beliau mengisi dengan beribadah kepada Allah, beliau pasti berada di medan jihad.

Beliau turut terlibat dalam persiapan operasi jihad yang besar, termasuk menyediakan syuhada, antaranya Omar Tabash, yang melaksanakan operasi “Tusukan di Jantung” (عملية ثقب في القلب) pada tahun 2005 yang mensasarkan pegawai dan tentera perisikan musuh di pos pemeriksaan di Abu Huli, yang mengakibatkan kematian dua pegawai kanan Shin Bet dan mencederakan ramai yang lain.

Cita-Cita Untuk Syahid

Komander Nuruddin telah lama mendambakan syahid, dan Allah telah memilihnya pada hari yang menunjukkan kemuliaan Islam dan kaum Muslimin serta menggagalkan muslihat musuh yang licik ketika beliau dan rakan-rakannya berjaya menggagalkan rancangan besar Zionis yang menyusup masuk ke Semenanjung Gaza.

Pada malam Ahad, 3 Rabiul Awwal 1440H bersamaan 11 November 2018, sebuah pasukan khas Zionis menyusup masuk dengan menggunakan kenderaan awam di kawasan timur Khan Younis. Pasukan keselamatan Briged Al-Qassam mengesan kenderaan tersebut dan memeriksanya. Asy-syahid Nuruddin hadir ke lokasi untuk meninjau keadaan, dan apabila rahsia pasukan musuh terbongkar, para mujahidin mula bertempur dengan mereka dalam pertempuran yang membawa kepada kesyahidan Shaikh Nuruddin Barakat, dan saudaranya yang juga pejuang Al-Qassam, Muhammad Majid Al-Qara. Kenderaan musuh cuba melarikan diri setelah operasi mereka digagalkan.

Pesawat tempur Zionis telah dikerahkan untuk memberikan perlindungan udara kepada pasukan Zionis yang melarikan diri. Zionis melancarkan puluhan serangan udara. Namun, para mujahidin tetap meneruskan pengejaran dan terus berhadapan dengan mereka hingga ke pagar pemisah walaupun di bawah serangan udara yang hebat. Mereka berjaya menyebabkan kemusnahan besar kepada pasukan musuh, yang akhirnya mengakui kematian seorang pegawai tinggi mereka dan kecederaan seorang lagi anggota pasukan tersebut.

Ketika operasi pengejaran dan pertempuran ini, beberapa mujahidin Al-Qassam turut syahid, antaranya adalah Alauddin Fawzi, Mahmoud Athoullah Mushbih, Mustafa Hassan Abu ‘Awdah, Umar Naji Abu Khatir, serta Khaled Muhammad Quwaider dari Briged An-Nasir Salahuddin.

Sumber: https://alqassam.ps/arabic/martyrs/details/2819