Ada beberapa pembaca bertanyakan hal ini selepas saya membawakan hadis kelebihan malam Nisfu Sya’ban di mana Allah memberi keampunan kepada mereka yang tidak mensyirikkan Allah dan tidak bermusuhan.
Secara ringkasnya, inilah SATU-SATUNYA kelebihan malam Nisfu Sya’ban iaitu keampunan Allah kepada 2 golongan di atas sebagaimana yang diriwayatkan dalam pelbagai hadis daripada ramai sahabat, yang dengan banyaknya riwayat itu, ia mencapai tahap hasan lighairihi.
Oleh itu, kelebihan-kelebihan lain yang tersebar berkaitan malam Nisfu Sya’ban, bolehlah diabaikan, dan jangan disebarkan.
Baik kita lihat hadis berkaitan terangkatnya amalan pada malam Nisfu Sya’ban.
Ia disebutkan dalam sebuah riwayat daripada Ubay bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimashq, 51:72. Seperti berikut:
تاريخ دمشق لابن عساكر (51/ 72)
وأنبأنا نصر أنبأنا أبو القاسم عمر بن أحمد الواسطي أنبأنا أبو الحسين محمد بن أحمد بن عبد الرحمن الملطي حدثني أبو بكر أحمد بن صالح بن محمد الفارسي حدثني أبو حنيفة جعفر بن بهرام حدثنا حامد بن محمود الهمداني حدثنا إبراهيم بن عبد الله البصري حدثنا محمد بن حازم عن الضحاك بن مزاحم عن أبي بن كعب قال قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) 

Dengan sanadnya daripada al-Dahhak bin Muzahim, daripada Ubay bin Ka‘b, beliau berkata:

Rasulullah ﷺ bersabda:

إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة

“Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya‘ban. Dia berkata: ‘Bangunlah dan solatlah, serta angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit.’

Aku berkata: ‘Wahai Jibril, apakah malam ini?’

قال يا محمد يفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة ثلاثمائة باب فيغفر لجميع من لا يشرك بالله شيئا غير مشاحن أو عاشر (1) أو مدمن خمر أو مصر على زنى فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا

Dia menjawab: ‘Wahai Muhammad, pada malam ini dibukakan pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sebanyak tiga ratus pintu. Maka diampunkan semua orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun, kecuali orang yang bermusuhan, atau orang yang ketagih arak, atau orang yang berterusan melakukan zina. Maka mereka ini tidak akan diampunkan sehingga mereka bertaubat.

فأما مدمن الخمر فإنه يترك له باب من أبواب الرحمة مفتوحا حتى يتوب فإذا تاب غفر الله له وأما المشاحن فيترك له باب من أبواب الرحمة حتى يكلم صاحبه فإذا كلمه غفر له 

Adapun orang yang ketagih arak, maka ditinggalkan untuknya satu pintu daripada pintu-pintu rahmat yang sentiasa terbuka sehingga dia bertaubat. Apabila dia bertaubat, Allah akan mengampunkannya.

Adapun orang yang bermusuhan, maka ditinggalkan untuknya satu pintu daripada pintu-pintu rahmat sehingga dia berbicara dengan orang yang dimusuhinya. Apabila dia berbicara dengannya, maka dia diampunkan.”

قال النبي (صلى الله عليه وسلم) يا جبريل فإن لم يكلمه حتى يمضي عنه النصف قال لو مكث إلى أن يتغرغر بها في صدره فهو مفتوح فإن تاب قبل منه 

Nabi ﷺ berkata: “Wahai Jibril, jika dia tidak berbicara dengannya sehingga berlalu separuh malam?”

Dia menjawab: “Sekalipun dia menunggu sehingga rohnya sampai ke halkum (nyawa di kerongkong), pintu itu tetap terbuka. Maka jika dia bertaubat, diterima taubatnya.”

فخرج رسول الله (صلى الله عليه وسلم) إلى بقيع الغرقد فبينا هو ساجد قال وهو يقول في سجوده أعوذ بعفوك من عقابك وأعوذ برضاك من سخطك وأعوذ بك منك جل ثناؤك لا أبلغ الثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك

Lalu Rasulullah ﷺ keluar menuju ke Baqi‘ al-Gharqad. Ketika Baginda sedang sujud, Baginda berkata dalam sujudnya:

“Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu,
dan aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu,
dan aku berlindung kepada-Mu daripada (hukuman) diri-Mu sendiri.
Maha Tinggi pujian-Mu,
aku tidak mampu menghitung pujian bagi-Mu,
Engkau sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.”

فنزل جبريل عليه السلام في ربع الليل فقال يا محمد ارفع رأسك إلى السماء فرفع رأسه فإذا أبواب الرحمة مفتوحة على كل باب ملك ينادي 

Kemudian Jibril AS turun pada suku malam, lalu berkata: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu ke langit.”

Maka Baginda mengangkat kepalanya, lalu Baginda melihat pintu-pintu rahmat telah terbuka. Pada setiap pintu terdapat seorang malaikat yang menyeru:

طوبى لمن تعبد في هذه الليلة وعلى الباب الآخر ملك ينادي طوبى (2) لمن سجد في هذه الليلة وعلى الباب الثالث ملك ينادي طوبى لمن ركع في هذه الليلة وعلى الباب الرابع ملك ينادي طوبى لمن دعا ربه هذه الليلة وعلى الباب الخامس ملك ينادي طوبى لمن ناجى ربه في هذه الليلة وعلى الباب السادس ملك ينادي طوبى للمسلمين في هذه الليلة وعلى الباب السابع ملك ينادي طوبى للموحدين وعلى الباب الثامن ملك ينادي هل من تائب يتب عليه وعلى الباب التاسع ملك ينادي هل من مستغفر فيغفر له وعلى الباب العاشر ملك ينادي هل من داعي (1) فيستجاب له 

“Berbahagialah orang yang beribadah pada malam ini.”
Pada pintu yang lain malaikat menyeru: “Berbahagialah orang yang sujud pada malam ini.”
Pada pintu yang ketiga malaikat menyeru: “Berbahagialah orang yang rukuk pada malam ini.”
Pada pintu yang keempat malaikat menyeru: “Berbahagialah orang yang berdoa kepada Tuhannya pada malam ini.”
Pada pintu yang kelima malaikat menyeru: “Berbahagialah orang yang bermunajat kepada Tuhannya pada malam ini.”
Pada pintu yang keenam malaikat menyeru: “Berbahagialah orang-orang Islam pada malam ini.”
Pada pintu yang ketujuh malaikat menyeru: “Berbahagialah orang-orang yang bertauhid.”
Pada pintu yang kelapan malaikat menyeru: “Adakah orang yang bertaubat, maka diterima taubatnya?”
Pada pintu yang kesembilan malaikat menyeru: “Adakah orang yang memohon keampunan, maka diampunkan baginya?”
Pada pintu yang kesepuluh malaikat menyeru: “Adakah orang yang berdoa, maka doanya diperkenankan?”

ثم إن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) قال يا جبريل إلى متى أبواب الرحمة مفتوحة قال من أو الليل إلى صلاة الفجر فقال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) فيها من العتقاء أكثر من شعور الغنم فيها ترفع أعمال السنة وفيها تقسم الأرزاق

Kemudian Rasulullah ﷺ berkata: “Wahai Jibril, sampai bila pintu-pintu rahmat ini dibuka?”

Dia menjawab: “Dari awal malam sehingga solat Subuh.”

Maka Rasulullah ﷺ bersabda:

“Pada malam itu, bilangan orang yang dibebaskan (daripada api neraka) lebih banyak daripada bilangan bulu kambing. Pada malam itu diangkat amalan-amalan setahun, dan pada malam itu dibahagikan rezeki-rezeki.”

Riwayat itu sangat panjang, ringkasnya ia berkaitan kisah Jibril datang berjumpa Nabi s.a.w pada malam Nisfu Sya’ban, lalu berlaku soal jawab antara Nabi s.a.w dan Jibril tentang malam Nisfu Sya’ban sehinggalah hujungnya kononnya Nabi s.a.w berkata:
.
فيها من العتقاء أكثر من شعور الغنم فيها ترفع أعمال السنة وفيها تقسم الأرزاق
Pada malam itu, mereka yang dibebaskan (daripada neraka) lebih ramai daripada jumlah bulu kambing, pada malam itu diangkatnya amalan setahun, dan pada malam itu dibahagi-bahagikan rezeki.
.
Dr. Abdul Ghaffar bin Muhammad Hamidah dalam kitabnya bertajuk: Lailatu Nisfi Sya’ban: Riwayah wa Dirayah, m.s 50 menyatakan:
إسناده واهي.
Sanadnya wahiy (tersangat lemah).
.
Ini adalah sanad hadis tersebut:
وأنبأنا نصر أنبأنا أبو القاسم عمر بن أحمد الواسطي أنبأنا أبو الحسين محمد بن أحمد بن عبد الرحمن الملطي حدثني أبو بكر أحمد بن صالح بن محمد الفارسي حدثني أبو حنيفة جعفر بن بهرام حدثنا حامد بن محمود الهمداني حدثنا إبراهيم بن عبد الله البصري حدثنا محمد بن حازم عن الضحاك بن مزاحم عن أبي بن كعب
Berikut merupakan kecacatan sanad riwayat tersebut sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Shariah. Padanya berturut-turut perawi yang tak dikenali iaitu:
1- Muhammad bin Hazim
2- Ibrahim bin Abdullah al-Bashri
3- Hamid bin Mahmud al-Hamdani
.
Manakala Ad-Dhahhak yang dalam sanad ini meriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab pula, menurut Imam Ibnu Hibban, dia tidak pernah mengambil riwayat terus daripada sahabat-sahabat Nabi r.a
.
Dr. Abdul Ghaffar menyebutkan (m.s 10):
لم يرد حديث ينص على أن الأعمال تعرض على الله عز وجل ليلة النصف من شعبان، لكن قال به بعض أهل العلم، فقد قال الشيخ البجيرمي (1221 هـ): “أما العرض على الله في ليلة نصف شعبان كل سنة فلجملة أعمال السنة وكل ذلك لإظهار العدل وإقامة الحجة إذ لا يخفى على الله من شيء في الأرض ولا في السماء”.(5)
Tidak terdapat hadis (yang sahih) menunjukkan amalan-amalan akan dibentangkan kepada Allah pada malam Nisfu Sya’ban. Akan tetapi sebahagian ahli ilmu menyatakan sedemikian. Al-Shaikh Al-Bujairimi menyatakan: Adapun pembentangan amal kepada Allah pada malam Nisfu Sya’ban setiap tahun untuk amalan tahunan itu, semua itu untuk menzahirkan keadilan Allah, dan menegakkan hujah. Ini kerana tiada apa pun yang tersembunyi daripada Allah sama ada ia di bumi atau di langit.
.
Dr. Abdul Ghaffar berkata:
قلت: لكن الأعمال ترفع في شهر شعبان دون تخصيص ليلة بعينها، فقد صح من حديث أسامة بن زيد
Saya berkata: Akan tetapi, amalan-amalan diangkat pada bulan Sya’ban, tanpa dikhususkan dengan malam tertentu. Ini sahih berdasarkan hadis Usamah bin Zaid. (m.s 11).
.
Ini adalah hadis Usamah tersebut:
Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata:
.
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ‏.‏ قَالَ ‏ “‏ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ‏”‏ ‏.‏
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Siyam, Bab Saumin Nabiy, hadis no: 2357].
.
Wallahua’lam.

Dapatkan buku-buku agama berkualiti di Kedai Buku Masri Ramli ->https://t.me/kedaibukumasri 

Daftar Pengajian Mingguan Online di sini

Penulis mempunyai tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan. Sebarang jemputan untuk ceramah atau kuliah agama boleh terus berhubung melalui whatsapp di talian 0132506391