Al-Lathif (Maha Halus) dan Al-Khabir (Maha Mengetahui)
لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ (103(
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. [Al-An’am : 103]
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ (16(
[Luqman berkata]: Hai anakku, sesungguhnya jika ada [sesuatu perbuatan] seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya [membalasinya]. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. [Luqman : 16]
أما الخبير: فمعناه: الذي أدرك علمه السرائر, واطّلع على مكنون الضمائر, وعلم خفيات البذور, ولطائف الأمور, ودقائق الذّرّات.
Al-Khabir bermaksud: Yang ilmunya merangkumi yang tersembunyi, melihat apa apa yang terbuku di dalam hati, mengetahui bii-bijian yang tersembunyi, mengetahui urusan-urusan yang sangat halus, dan yang sekecil zarah. Ia merupakan nama yang
Al-Latiff mempunyai maksud yang sama dengan Al-Khabir. Ia juga bermaksud:
الذي يوصل إلى عباده وأوليائه مصالحهم بلطفه وإحسانه من طرق لا يشعرون بها
Yang memberikan kepada hamba-hambaNya sertai wali-waliNya pelbagai perkara yang bermanfaat dengan kelembutan dan kebaikanNya daripada jalan-jalan yang mereka tidak sangka.
Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan dalam qasidahnya yang bertajuk an-Nuniyyah:
وهو اللطيف بعبده ولعبده … واللطف في أوصافه نوعان
Dialah yang Maha Lembut dengan hambaNya dan kepada hambaNya,
Kelembutan pada sifatnya itu ada dua bahagian
إدرك أسرار الأمور بخبرة … واللطف عند مواقع الإحسان
Yang penuh ketelitian dalam memahami urusan-urusan yang penuh kerahsiaan,
Dan kelembutan dalam melakukan kebaikan
فيريك عزته ويبدي لطفه … والعبد في الغفلات عن ذا الشان
Dia menunjukkan kepada Mu kekuasaanNya dan menzahirkan pula kelembutanNya,
Dan hamba pula dalam hal ini sering dalam kelalaian.
Antara bentuk sifat al-Lutf Allah dengan hamba-hambanya ialah:
– Dia mempermudahkan urusan hamba tersebut
– Dia membantu hambaNya dengan sebab-sebab luaran yang diluar kemampuan hamba tersebut
– Memberikan hambaNya hidayah agar keluar daripada kesesatan kepada pintu hidayah
– Membantu hambaNya menghadapi desakan dan godaan hawa nafsu
– Memberikan rezeki yang sesuai kepada hambaNya, dan bukan apa yang mereka kehendaki
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ (19(
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.[Al-Syuura : 19]
– Menguji mereka dengan ujian untuk menghapuskan dosa dan menaikkan darjat mereka
– Memberi mereka nikmat yang halal tetapi nikmat itu tidak melekakan mereka daripada beribadah dan mempelajari agama Allah
– Mengurniakan kepadanya teman-teman yang soleh dan solehah yang membantu ke arah jalan kebaikan.
Ringkasan daripada Fiqh al-Asma’ al-Husna m/s 138-140
#MMMR