Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Adakah azab kubur dapat didengari?

Adakah azab kubur dapat didengari? Selain daripada manusia, makhluk lain masih dapat mendengar suara jenazah. Ini ditunjukkan di dalam hadis ini: عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” إِذَا وُضِعَتِ الْجِنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ ، فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ : قَدِّمُونِي ، وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ لِأَهْلِهَا : يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا , يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ ، إِلَّا الْإِنْسَانَ وَلَوْ سَمِعَ الْإِنْسَانُ لَصَعِقَ Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘ahu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila jenazah diangkat, dan...

Read More

77 Cabang Keimanan Menurut Al-Quran dan Hadith

Adakah anda berminat untuk mengetahui 77 Cabang Iman? Imam al-Baihaqi ada menulis sebuah buku yang tebal bertajuk Syu’ab al-Iman yang bermaksud cabang-cabang keimanan. Beliau membawakan sekitar 10756 riwayat beserta sanadnya yang terdiri daripada hadis-hadis nabi sallahu ‘alaihi wasallam, kata-kata ulama, dan syair yang berkaitan dengan cabang-cabang keimanan yang dibincangkan. Lalu datang Imam al-Qazwini meringkaskan buku yang penuh manfaat ini agar mudah dibaca oleh masyarakat umum. Daripasa naskhah asal yang mempunyai 13 jilid, maka ringkasan yang di hadapan kita ini hanya 1 jilid sahaja dengan setebal 155 muka surat. Saya telah selesai membaca keseluruhan buku ini. Ia sangat bermanfaat kerana...

Read More

Sudah Solat Ke Belum?

Assalamualaikum w.b.t Setiap hari di sekolah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar saya sebelum masuk kelas. “Sudah solat Zuhur kah belum?”. Kadang-kala sambil menanda buku mereka, saya akan berbual: “Pagi tadi awak solat Subuh atau tidak?”. Bila mereka menjawab ya, saya akan berkata: “Alhamdulillah, bagus kalau begitu..” Tetapi jika mereka kata tidak, saya akan bertanya: “Kenapa tidak?” Pelbagai jawapan diberikan, bangun lewat, takut tertinggal bas, tidur lewat. Sedih bila adik-adik menjawab bangun lewat. Tiada ibu bapakah yang mahu mengejutkan mereka? Takut tertinggal bas? Daripada mana datang kerisauan ini jika bukan daripada ibu bapa? Ibu bapa mereka lebih risau mereka lewat...

Read More

Teguran Kepada Pondan Dan Penyokongnya

Teguran Kepada Pondan Dan Penyokongnya عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ. Daripada Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita, dan kaum wanita yang menyerupai lelaki. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, Bab Al-Mutasyabbihun Bi An-Nisa’ wa Al-Mutasyabbihat Bi Al-Rijal, hadis no: 5885] عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ . Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melaknat...

Read More

Kesilapan Tun M Dalam Memahami Sunnah Sebagai Sumber Hukum

Tun M terus istiqamah/konsisten dalam pendiriannya ke atas sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Dalam tulisan Tun M, bertarikh 31 Mac 2018, Tun Dr.Mahathir menyatakan perkara-perkara berikut: Hadis Nabi termasuk dalam bahagian sunnah dalam Islam. Mengamal sunnah adalah baik dan mendapat pahala untuk akhirat. Tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa. Tidak ada larangan jika diutamakan Al-Quran apabila ada kelainan antara hadis dengan Al-Quran. Daripada kefahaman beliau bahawa wujudnya sunnah yang bercanggah dengan al-Quran, dan sunnah tidak wajib diikuti, maka beliau menolak hukum seperti rejam, 4 orang saksi untuk sebahagian kes hudud dan lain-lain. Semua boleh dibaca dalam tulisan yang...

Read More