Author: Mohd Masri Mohd Ramli

SIAPAKAH ORANG-ORANG MENDAPAT KERINGANAN UNTUK TIDAK BERPUASA?

Keringanan Untuk Tidak Berpuasa 1- Orang yang sakit Ulama bersepakat bahawa orang yang sakit boleh berbuka puasa. Ini berdasarkan firman Allah وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ Sesiapa yang sakit atau bermusafir, hendaklah dia menggantikan pada hari yang lain [Al-Baqarah : 185] Keadaan orang yang sakit a- Sakit yang ringan sahaja yang tidak bertambah sakit sebab puasa, dan tidak juga cepat sembuh jika tidak berpuasa seperti selesema yang ringan, pening kepala yang sedikit, sakit gigi dan selainnya. Untuk keadaan ini tidak boleh berbuka. b- Puasa akan menyebabkan bertambah sakit, atau melambatkan sembuh, atau sakit itu...

Read More

Sahihkah Hadis Zikir Ya Azhim, Ya Azhim Ketika Berbuka Puasa?

Sahihkah Hadis Zikir Ya Azhim, Ya Azhim Ketika Berbuka Puasa?   Daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu: daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda:   ” مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَصُومُ، فَيَقُولُ عِنْدَ إِفْطَارِهِ : Tidaklah seorang muslim berpuasa lalu dia membaca ketika berbuka puasa:   يَا عَظِيمُ يَا عَظِيمُ، أَنْتَ إِلَهِي لا إِلَهَ غَيْرُكَ، اغْفِرْ لِيَ الذَّنْبَ الْعَظِيمَ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذَّنْبَ الْعَظِيمَ إِلا الْعَظِيمُ، ((Ya Azhim, Ya Azhim, Engkau Tuhanku tiada yang berhak disembah selain Engkau. Ampuni dosa ku yang besar. Sesungguhnya tidak yang dapat mengampunkan dosa yang besar kecuali yang besar jua.))   إِلا خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ...

Read More

Melewatkan Solat Isya’ Hingga Hujung Malam Ketika Qiamullail

Saya terdengar sebahagian orang akan tidur sebelum mendirikan solat Isya. Dia akan bangun pada hujung malam, lalu mendirikan solat Isya’, kemudian Qiamullail. Sebahagian orang menyatakan bahawa itu waktu yang afdhal untuk solat Isya’. Kefahaman ini mungkin perlu ditinjau semula. Terdapat hadis yang menunjukkan waktu Isya’ adalah sehingga separuh malam. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْعِشَاءَ فَإِنَّهُ وَقْتٌ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ ‏”‏ ‏.‏ Apabila kamu mendirikan solat Isya’, sesungguhnya waktunya ialah sehingga separuh malam. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ al-Solat, Bab Awqat al-Solawat al-Khams, no: 612]. Dalam riwayat Buraidah radiallahu...

Read More

Empat Jenis Manusia Dalam Berinteraksi Dengan Ilmu

Terdapat empat jenis manusia dalam berinteraksi dengan ilmu. Ilmu itu umpama hujan, dan manusia pula umpama tanah yang ditimpa hujan. عَنْ أَبِي مُوسَى، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ Daripada Abu Musa radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “‏ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا، Permisalan petunjuk dan ilmu yang aku diutuskan dengannya adalah seperti hujan yang banyak yang turun ke bumi. فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ، فَأَنْبَتَتِ الْكَلأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ، Terdapat tanah yang menyerap air dan tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang banyak. وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ...

Read More

Riadussolihin yang sudah hampir koyak kulitnya

Riadussolihin (رياض الصالحين). Buku yang sangat kerap saya gunakan. Kulit pun sudah hampir koyak. Jika ditanya kepada saya buku apa yang mesti ada dan dibaca. Saya akan jawab Riadussolihin.  Saya mempunyai beberapa naskhah Riadussolihin. Satu naskhah yang saya sentiasa letakkan di dalam kereta agar mudah mengikuti majlis-majlis ilmu yang menggunakan kitab ini. Naskhah ini takhrij dan ta’liq hadisnya menggunakan hasil kerja Al-Shaikh Al-Albani. Satu lagi naskhah di pejabat. Ia digunakan oleh isteri saya. Ia adalah dengan tahqiq Dr. Mahir Yasin Fahl. (Saya turut mempunyai naskhah ini tetapi entah hilang di mana). Saya juga mempunyai beberapa syarah kepada Riadussolihin iaitu: Syarah Riadussolihin...

Read More

JEMPUTAN KULIAH

Jumlah Pelawat

  • 1
  • 876
  • 861,476
  • 460,854