Saya terdengar sebahagian orang akan tidur sebelum mendirikan solat Isya. Dia akan bangun pada hujung malam, lalu mendirikan solat Isya’, kemudian Qiamullail.
Sebahagian orang menyatakan bahawa itu waktu yang afdhal untuk solat Isya’.
Kefahaman ini mungkin perlu ditinjau semula. Terdapat hadis yang menunjukkan waktu Isya’ adalah sehingga separuh malam.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْعِشَاءَ فَإِنَّهُ وَقْتٌ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ ” .
Apabila kamu mendirikan solat Isya’, sesungguhnya waktunya ialah sehingga separuh malam. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ al-Solat, Bab Awqat al-Solawat al-Khams, no: 612].
Dalam riwayat Buraidah radiallahu ‘anhu:
ثُمَّ أَمَرَهُ بِالْعِشَاءِ عِنْدَ ذَهَابِ ثُلُثِ اللَّيْلِ أَوْ بَعْضِهِ
Kemudian baginda menyuruh (Bilal untuk melaungkan azan) Isya’ apabila telah masuknya 1/3 malam. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ al-Solat, Bab Awqat al-Solawat al-Khams, no: 613].
Dalam riwayat Abu Musa radiallahu ‘anhu:
ثُمَّ أَخَّرَ الْعِشَاءَ حَتَّى كَانَ ثُلُثُ اللَّيْلِ الأَوَّلُ
Bagina melewatkan Isya’ sehingga 1/3 awal malam. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ al-Solat, Bab Awqat al-Solawat al-Khams, no: 614].
Imam an-Nawawi menyatakan dalam Sahih Muslim:
قَوْلُهُ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : ( فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْعِشَاءَ فَإِنَّهُ وَقْتٌ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ ) مَعْنَاهُ : وَقْتٌ لِأَدَائِهَا اخْتِيَارًا وَأَمَّا وَقْتُ الْجَوَازِ فَيَمْتَدُّ إِلَى طُلُوعِ الْفَجْرِ الثَّانِي لِحَدِيثِ أَبِي قَتَادَةَ الَّذِي ذَكَرَهُ بَعْدَ هَذَا فِي بَابِ مَنْ نَسِيَ صَلَاةً أَوْ نَامَ عَنْهَا
Sabda baginda: ((Apabila kamu mendirikan solat Isya’, sesungguhnya waktunya ialah sehingga separuh malam)) bermaksud: Waktu terpilih untuk mendirikannya ialah sehinga separuh malam, adapun waktu yang dibenarkan mendirikannya ialah sehingga terbit fajar kedua (iaitu waktu Subuh). Ini berdasarkan hadis Abu Qatadah.
Daripada Abu Qatadah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَمَا إِنَّهُ لَيْسَ فِي النَّوْمِ تَفْرِيطٌ إِنَّمَا التَّفْرِيطُ عَلَى مَنْ لَمْ يُصَلِّ الصَّلاَةَ حَتَّى يَجِيءَ وَقْتُ الصَّلاَةِ الأُخْرَى فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَلْيُصَلِّهَا حِينَ يَنْتَبِهُ لَهَا فَإِذَا كَانَ الْغَدُ فَلْيُصَلِّهَا عِنْدَ وَقْتِهَا ”
Sesungguhnya tidak ada kecuaian ketika tidur (iaitu terlepas waktu solat kerana tidur). Sesungguhnya kecuaian itu untuk sesiapa yang tidak mendirikan solat sehingga datangnya waktu solat seterusnya (dalam keadaan dia sedar). Sesiapa yang melakukan sebegitu, hendaklah mendirikan solat ketika dia sedar tentangnya. Pada esok hari hendaklah dia solat pada waktunya. [Sahih Muslim, Kitab al-Masjid wa Mawadhi’ al-Solat, Bab Qadha Solat al-Faitah wastihbab Ta’jil Qadhaaha, no: 681].
وَقَالَ الْإِصْطَخْرِيُّ : إِذَا ذَهَبَ نِصْفُ اللَّيْلِ صَارَتْ قَضَاءً . وَدَلِيلُ الْجُمْهُورِ حَدِيثُ أَبِي قَتَادَةَ . وَاللَّهُ أَعْلَمُ .
Al-Istakhriy (iaitu salah seorang ulama mazhab Syafie) pula berkata: Apabila sudah melepasi separuh malam, maka solat itu dikira qadha. Dalil majoriti ulama ialah hadis Abu Qatadah. [An-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 3/48].
Kata Imam Nawawi lagi:
وْلُهُ فِي حَدِيثِ بُرَيْدَةَ وَحَدِيثِ أَبِي مُوسَى : ( أَنَّهُ صَلَّى الْعِشَاءَ بَعْدَ ثُلُثِ اللَّيْلِ ) وَفِي حَدِيثِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ( وَوَقْتُ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ ) . هَذِهِ الْأَحَادِيثُ لِبَيَانِ آخِرِ وَقْتِ الِاخْتِيَارِ ، وَاخْتَلَفَ الْعُلَمَاءُ فِي الرَّاجِحِ مِنْهُمَا ،
Dalam hadis Abu Buraidah dan Abu Musa: ((Baginda mendirikan solat Isya’ selepas 1/3 malam), dan dalam hadis Abdullah bin ‘Amr: ((Waktu solat Isya’ hingga separuh malam)). Hadis-hadis ini menerangkan tentang akhir waktu ikhtiar/terpilih. Ulama berbeza pendapat dalam menguatkan antara keduanya.
وَلِلشَّافِعِيِّ – رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى – قَوْلَانِ : أَحَدُهُمَا : أَنَّ وَقْتَ الِاخْتِيَارِ يَمْتَدُّ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ ، وَالثَّانِي : إِلَى نِصْفِهِ ، وَهُوَ الْأَصَحُّ.
Imam al-Syafie mempunyai dua pendapat: Pertama: Waktu ikhtiar sehingga 1/3 malam. Kedua: Sehingga separuh malam. Pendapat kedua ini lebih kuat.
وَقَالَ أَبُو الْعَبَّاسِ بْنُ شُرَيْحٍ : لَا اخْتِلَافَ بَيْنَ الرِّوَايَاتِ ، وَلَا عَنِ الشَّافِعِيِّ – رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى – ، بَلِ الْمُرَادُ بِثُلُثِ اللَّيْلِ أَنَّهُ أَوَّلُ ابْتِدَائِهَا وَبِنِصْفِهِ آخِرُ انْتِهَائِهَا . Abu al-Abbas bin Syuraih berkata: Tiada pertentangan antara riwayat, tidak jua antara dua pendapat Imam al-Syafie. Bahkan yang dimaksudkan dengan 1/3 malam ialah permulaan waktunya dan separuh malam ialah waktu akhirnya. [An-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 3/53].
Bagaimana pula dengan dalil-dalil yang menyatakan afdhal dilewatkan solat Isya’?
Antara dalilnya ialah:
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
أَعْتَمَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةً مِنَ اللَّيَالِي بِصَلاَةِ الْعِشَاءِ وَهِيَ الَّتِي تُدْعَى الْعَتَمَةَ
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah melewatkan solat Isya’ sehingga malam benar-benar gelap.
فَلَمْ يَخْرُجْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَتَّى قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ نَامَ النِّسَاءُ وَالصِّبْيَانُ
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak keluar sehinggalah Umar radiallahu ‘anhu berkata: Kaum wanita dan kanak-kanak telah tertidur.
فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ لأَهْلِ الْمَسْجِدِ حِينَ خَرَجَ عَلَيْهِمْ ” مَا يَنْتَظِرُهَا أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الأَرْضِ غَيْرُكُمْ ” .
Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam keluar lalu bersabda kepada mereka yang berada di masjid: Tiada siapa pun di muka bumi ini menunggu untuk mendirikan solat kecuali kalian. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ al-Solat, Bab Waqtu al-Isya wa Takhiruha, no: 638].
Dalam riwayat lain, nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّهُ لَوَقْتُهَا لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي
Sesungguhnya inilah waktunya kalau tidak kerana ia akan menyukarkan umat ku.
Daripada Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhuma:
قَالَ مَكَثْنَا ذَاتَ لَيْلَةٍ نَنْتَظِرُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم – لِصَلاَةِ الْعِشَاءِ الآخِرَةِ فَخَرَجَ إِلَيْنَا حِينَ ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ أَوْ بَعْدَهُ
Pada satu malam kami menunggu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mendirikan solat Isya. Baginda keluar apabila telah masuknya 1/3 malam atau selepasnya.
فَلاَ نَدْرِي أَشَىْءٌ شَغَلَهُ فِي أَهْلِهِ أَوْ غَيْرُ ذَلِكَ
Kami tidak tahu adakah ada urusan keluarga atau urusan lain yang menyibukkan baginda.
فَقَالَ حِينَ خَرَجَ “ إِنَّكُمْ لَتَنْتَظِرُونَ صَلاَةً مَا يَنْتَظِرُهَا أَهْلُ دِينٍ غَيْرُكُمْ وَلَوْلاَ أَنْ يَثْقُلَ عَلَى أُمَّتِي لَصَلَّيْتُ بِهِمْ هَذِهِ السَّاعَةَ ” . ثُمَّ أَمَرَ الْمُؤَذِّنَ فَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَصَلَّى .
Lalu baginda bersabda ketika keluar: Sesungguhnya kamu menunggu solat, tidak ada orang selain kamu yang menunggunya. Kalau tidak kerana ia akan membebankan umat ku, nescaya aku akan mengimami solat mereka pada waktu ini. Kemudian baginda menyuruh muazzin melaungkan azan, dan baginda pun mendirikan solat. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ al-Solat, Bab Waqtu al-Isya wa Takhiruha, no: 639].
Imam an-Nawawi menerangkan:
وَاخْتَلَفَ الْعُلَمَاءُ هَلِ الْأَفْضَلُ تَقْدِيمُهَا أَمْ تَأْخِيرُهَا؟ وَهُمَا مَذْهَبَانِ مَشْهُورَانِ لِلسَّلَفِ ، وَقَوْلَانِ لِمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ ، فَمَنْ فَضَّلَ التَّأْخِيرَ احْتَجَّ بِهَذِهِ الْأَحَادِيثِ ،
Ulama berbeza pendapat adakah lebih afdhal solat Isya’ di awal waktu atau melewatkannya? Terdapat pandangan yang masyhur daripada ulama salaf. Ia merupakan dua pendapat Imam Malik dan Imam al-Syafie. Sesiapa yang mengutamakan melewatkan solat Isya’ berhujah dengan hadis-hadis ini.
وَمَنْ فَضَّلَ التَّقْدِيمَ احْتَجَّ بِأَنَّ الْعَادَةَ الْغَالِبَةَ لِرَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – تَقْدِيمُهَا ، وَإِنَّمَا أَخَّرَهَا فِي أَوْقَاتٍ يَسِيرَةٍ لِبَيَانِ الْجَوَازِ ، أَوْ لِشُغْلٍ أَوْ لِعُذْرٍ ، وَفِي بَعْضِ هَذِهِ الْأَحَادِيثِ الْإِشَارَةُ إِلَى هَذَا وَاللَّهُ أَعْلَمُ .
Sesiapa yang mengutamakan solat Isya’ di awal waktu berhujah dengan kebiasaan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mengawalkannya. Sesungguhnya baginda melewatkannya beberapa kali untuk menunjukkan hal itu dibenarkan, atau kerana kesibukan baginda atau keuzuran. Dalam hadis-hadis ini terdapat isyarat kepada hal tersebut. [An-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 3/78].
Kata beliau lagi:
وَاعْلَمْ أَنَّ التَّأْخِيرَ الْمَذْكُورَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ وَمَا بَعْدَهُ كُلُّهُ تَأْخِيرٌ لَمْ يَخْرُجْ بِهِ عَنْ وَقْتِ الِاخْتِيَارِ وَهُوَ نِصْفُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثُ اللَّيْلِ عَلَى الْخِلَافِ الْمَشْهُورِ الَّذِي قَدَّمْنَا بَيَانَهُ فِي أَوَّلِ الْمَوَاقِيتِ .
Ketahuilah, bahawa melewatkan yang disebutkan dalam hadis ini dan selepasnya, kesemuanya adalah melewatkan yang tidak sampai melepasi waktu terpilih iaitu separuh malam atau 1/3 malam, sebagaimana khilaf masyhur yang telah kami sebutkan dalam awal waktu.
Kata beliau lagi:
وَلَا يَجُوزُ أَنْ يَكُونَ الْمُرَادُ بِهَذَا الْقَوْلِ مَا بَعْدَ نِصْفِ اللَّيْلِ ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَقُلْ أَحَدٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ : أَنَّ تَأْخِيرَهَا إِلَى مَا بَعْدَ نِصْفِ اللَّيْلِ أَفْضَلُ .
Tidak boleh menyatakan maksud (telah berlaku kebanyakan malam) sebagai selepas separuh malam. Ini kerana tidak ada seorang ulama pun menyatakan melewatkannya sehingga selepas separuh malam adalah afdhal.
قَوْلُهُ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : ( إِنَّهُ لَوَقْتُهَا لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي ) مَعْنَاهُ : إِنَّهُ لَوَقْتُهَا الْمُخْتَارُ أَوِ الْأَفْضَلُ فَفِيهِ تَفْضِيلُ تَأْخِيرِهَا ، وَأَنَّ الْغَالِبَ كَانَ تَقْدِيمُهَا ، وَإِنَّمَا قَدَّمَهَا لِلْمَشَقَّةِ فِي تَأْخِيرِهَا ،
Sabda baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam: ((Sesungguhnya inilah waktunya kalau tidak kerana ia akan menyukarkan umat ku.)) bermaksud: Waktu terpilih atau afdhal. Dalam lafaz ini terdapat keutamaan melewatkan berbanding mengawalkan solat Isya’. Adapun kebiasaan baginda mendirikannya di awal waktu adalah kerana kesukaran dalam melewatkannya.
وَمَنْ قَالَ بِتَفْضِيلِ التَّقْدِيمِ قَالَ : لَوْ كَانَ التَّأْخِيرُ أَفْضَلَ لَوَاظَبَ عَلَيْهِ ، وَلَوْ كَانَ فِيهِ مَشَقَّةٌ ،
Mereka yang berpendapat di awal waktu lebih afdhal berkata: Seandainya melewatkan lebih afdhal, nescaya baginda akan berterusan melakukannya walaupun ada kesukaran.
وَمَنْ قَالَ بِالتَّأْخِيرِ قَالَ : قَدْ نَبَّهَ عَلَى تَفْضِيلِ التَّأْخِيرِ بِهَذَا اللَّفْظِ ، وَصَرَّحَ بِأَنَّ تَرْكَ التَّأْخِيرِ إِنَّمَا هُوَ لِلْمَشَقَّةِ .
Yang berpendapat melewatkan lebih afdhal berkata: Lafaz hadis ini telah menunjukkan keutamaan melewatkannya, dan menerangkan bahawa baginda meninggalkan daripada melewatkan solat Isya’ kerana kesukaran yang akan dihadapi. [An-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 3/79-80].
Kesimpulan:
1- Alasan melewatkan Isya sehingga akhir malam agar dapat dilakukan dengan Qiamullail bercanggah dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Bahkan telah mengetepikan waktu yang utama untuk mendirikannya iaitu sehingga separuh malam.
2- Alasan dengan kelebihan melewatkan solat Isya’ jua merupakan satu salah faham. Ulama yang menggalakkan melewatkan menyatakan waktu lewat itu ialah antara 1/3 awal malam hingga 1/2 malam, dan bukannya selepas 1/2 malam.
3- Tambahan pula terdapat larangan daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk tidur sebelum solat Isya’.
عَنْ أَبِي بَرْزَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا.
Daripada Abu Barzah, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka tidur sebelum Isya’ dan bercakap-cakap selepasnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Mawaqit al-Solat, Bab Ma Yukrah Min an-Nawm Qabla al-Isya’, no: 568].
4- Sebahagian orang meninggalkan solat jemaah Isya’ di masjid kerana mahu mengambil fadhilat akhir waktu. Ini satu tindakan yang silap kerana jelas daripada hadis nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, walau nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ada melewatkannya, ia tetap dilakukan secara berjemaah di masjid.