Kepentingan Contoh Teladan yang Baik dalam Mendidik Anak-Anak Menjaga Solat

Antara bentuk pembinaan pendidikan anak-anak ialah pembinaan dari sudut ibadah. Ibadah yang paling penting ialah solat. Kanak-kanak biasanya menganggap semua yang dilakukan oleh orang dewasa adalah betul, dan mereka melihat ibu bapa mereka sebagai manusia paling sempurna dan terbaik. Oleh sebab itu, mereka meniru dan menjadikan ibu bapa sebagai contoh.

Pada usia awal, kanak-kanak tidak cukup hanya disampaikan maklumat secara lisan. Ia tidak memberi kesan sekuat kesan yang lahir daripada contoh amali. Kanak-kanak pada usia awal sangat terkesan dengan perkara yang dapat dilihat dan dirasa (perkara konkrit), berbanding konsep abstrak seperti kecantikan, keadilan, toleransi, atau kemurahan hati. Perkara abstrak sebegini ini tidak difahami oleh mereka kerana ia bersifat abstrak. Tetapi, mereka mudah memahami perkara fizikal dan ia akan sangat mempengaruhi mereka.

Oleh itu, isu contoh teladan dalam kehidupan seorang anak merupakan antara cara pendidikan yang paling berkesan dan paling kuat kesannya. Pada usia awal, kanak-kanak tidak terkesan dengan penjelasan lisan jika tiada contoh teladan yang baik di hadapan mereka yang menunjukkan nilai-nilai itu secara praktikal.

Oleh sebab itu, cara terbaik dan paling mendalam untuk menanam nilai solat dalam jiwa anak ialah apabila anak melihat ayah dan ibunya menjaga solat secara konsisten di hadapannya. Bagi si ayah, ini termasuk solat sunat di rumah, manakala bagi ibu, ialah solat fardunya.

Menjaga solat secara berterusan memberi kesan kepada anak sebelum usia tujuh tahun lagi. Kamu akan dapati si anak, tanpa disuruh sesiapa pun untuk dia mendirikan solat, dia akan meniru ayah atau ibunya. Kamu akan mendapati anak kecil berdiri di sebelah orang yang sedang solat, meniru pergerakan dengan cara yang diketahui. Dia melihat dengan teliti orang yang rukuk dan sujud, lalu menirunya. Lumrahnya, seorang anak akan cuba “menjadi” ayahnya. Tahap tertinggi dan paling kuat dalam proses meniru ialah “penyerapan diri”, iaitu dia menyatukan dirinya dengan ayah dan melakukan apa yang ayahnya lakukan.

Pendidikan bukan bermaksud seorang ayah mengumpulkan anak-anak dan berkata: “Mari, kita ada kelas pendidikan di rumah,” lalu memberi mereka ceramah. Ini sebenarnya salah. Pendidikan anak-anak ialah pendidikan secara praktikal yang berterusan, berlaku 24 jam melalui setiap perlakuan ibu bapa—terutamanya ayah. Inilah pendidikan sebenar.

Contohnya, bila ayah berkata kepada anak: “Kalau ada orang telefon, cakap ayah tiada,” ini sebenarnya mendidik anak agar menghalalkan penipuan dan melihatnya sebagai cara yang diteria untuk melepaskan diri daripada situasi sukar. Atau bila seseorang mengetuk pintu dan ayah berkata: “Katakan ayah tiada,” lalu anak pergi berkata kepada orang itu: “Ayah saya kata dia tak ada!” Maka anak itu menyerap didikan buruk tersebut.

Oleh itu, kamu sedang mengajar si anak untuk keluar daripada sesuatu keadaan dengan menipu. Atau misalnya, jika ayah melakukan pecah amanah, mencuri, atau menipu rakan-rakannya, kemudian menceritakan perbuatan itu di rumah sehingga anak mendengarnya, semua ini adalah bentuk pendidikan yang buruk. Ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam sepanjang hidup anak.

Jadi, pengajaran secara lisan, nasihat atau ceramah semata-mata tidak memberi kesan kepada kanak-kanak jika tiada contoh perbuatan di hadapan mereka. Mereka berfikir secara konkrit, bukan abstrak; mereka memahami perkara yang dapat dilihat dan disentuh, bukan konsep yang tidak nampak. Sebab itu mereka memerlukan contoh nyata yang dapat “membentuk gambaran” dalam jiwa mereka.

Oleh itu, ketekunan ayah atau ibu menjaga solat memberikan kesan paling mendalam kepada anak-anak, dan mengukir nilai solat dalam jiwa mereka dengan kuat.

(Dr. Ismail al-Muqaddam, Limaza Nusolli).

Teks Asal:

[أهمية القدوة الطيبة في تربية الأطفال على المحافظة على الصلاة]

من أنواع البناء التربوي للأطفال بناؤهم من ناحية العبادة، وأهم العبادة الصلاة، فالأطفال يعتقدون أن كل ما يفعله الكبار صحيح، ويرون آباءهم أكمل الناس وأفضلهم؛ ولذلك يحاكونهم ويقتدون بهم، وفي السن المبكرة لا يكتفي الأطفال بمجرد تلقين المعلومات، لأنه لا يكون لها الأثر مثل ما يكون الأثر عن طريق القدوة العملية؛ لأن الطفل في السنوات الأولى يتأثر بالأمور المحسوسة، ويعيها جيداً، بخلاف إذا ما حدثته عن المعاني المجردة كالجمال والعدل والسماحة والكرم؛ فهذه لا يدركها الطفل؛ لأنها معاني مجردة، لكنه يدرك الأمور المحسوسة ويتأثر بها جداً، فموضوع القدوة في حياة الطفل أخطر وسائل التربية وأشدها أثراً على الإطلاق، فالسن المبكرة لا يتأثر فيها الأطفال بالتلقين والكلام الشفوي إذا لم توجد أمامهم القدوة الصالحة التي تترجم بصورة عملية المعاني المجردة؛ ولذلك فإن أفضل وأعمق طريقة تؤثر في حفر قيمة الصلاة في نفوس الأبناء هي أن يرى الطفل الأب والأم يحافظان على الصلاة أمامه باستمرار، وبالنسبة للأب في صلاة النافلة في البيت، أما الأم ففي الفريضة.

فالمحافظة على الصلاة باستمرار لها أثر من قبل سن السابعة، فتجده من غير أن يأمره أحد بالصلاة يصلي مثل أبيه أو أمه، تراه على من يأتي إلى جانب الذي يصلي ويقلده في الحركات بطريقة معروفة، ويظل ينظر إليه وهو يسجد وينظر إليه وهو يركع ويفعل مثله، ومن الطبيعي أن الطفل يتقمص الأب، وأعلى مراتب التقليد وأعمق وأقوى صور التقليد والمحاكاة هي التقمص، فهو يتوحد مع أبيه أو يتقمصه ويفعل ما يراه يفعله بطريقة عملية.

التربية الأب لا يجمع أولاده ويقول لهم: تعالوا لدينا حصة تربية في البيت، ثم يعطيهم محاضرات، هذا خطأ؛ لأن تربية الأطفال هي تربية عملية مستمرة خلال أربعة وعشرين ساعة في كل سلوك يفعله الآباء بالذات، هذه هي التربية، فالأب عندما يقول له مثلاً: قل للذي يتصل في الهاتف: إن أبي غير موجود، فهذه تربية على استباحة الكذب، وأن الكذب طريقة مقبولة للتخلص من الحرج، أو إذا طرق شخص الباب، فقل له: إن أبي غير موجود، وربما يقول هذا الطفل للطارق: إن أبي يقول لك: هو غير موجود! فالطفل بهذه الطريقة يتشرب هذه التربية المنحرفة.

إذاً: أنت تعلمه كيف يتخلص من هذه المواقف بالكذب، أو إذا كان الأب يخون الأمانة ويسرق، أو يكيد زملاءه مثلاً، ويأتي يحكي لهم ذلك في البيت، فيسمعه الطفل؛ كل هذه وسائل تربية سيئة، وتترك بصمات عميقة الأثر مدى الحياة بعد ذلك في ذلك الطفل.

إذاً: مجرد التلقين بالكلام والوعظ الشفهي للأطفال لا يتأثرون به ما لم توجد أمامهم صورة عملية يسمونها (كونكريت نتنج) و (كونكريت) هي الخرسانة، يعني: تفكير متحجر مثل الطوب، وليس هو تفكير المعاني المجردة، وإنما هو التفكير الحسي، حتى يجسد الصورة التي ينسجم معها هذا الطفل.

إذاً: محافظة الأب أو الأم على الصلاة تؤثر في الأطفال أعمق التأثير، وتحفر الصلاة في وجدانهم حفراً.

Dapatkan buku-buku agama berkualiti di kedai Shopee kami -> https://shopee.com.my/shop/325144389

Daftar Pengajian Mingguan Online di sini

Penulis mempunyai tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan. Sebarang jemputan untuk ceramah atau kuliah agama boleh terus berhubung melalui whatsapp di talian 0132506391