Soalan: Adakah seseorang mendapat pahala apabila membaca al-Quran walaupun dia tidak memahami maknanya?
Jawapan:
Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaymin berkata:
القرآن الكريم مبارك كما قال الله تعالى (كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الأَلْبَابِ)
Al-Quran yang mulia ialah kitab yang penuh keberkatan, sebagaimana firman Allah SWT:
“(Al-Quran ini ialah) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu, yang penuh keberkatan, supaya mereka mentadabbur ayat-ayatnya dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pengajaran.”
(Surah Sad, 38:29)
فالإنسان مأجور على قراءته سواء فهم معناه أم لم يفهم. ولكن لا ينبغي للمؤمن أن يقرأ قرآنًا مكلفًا بالعمل به بدون أن يفهم معناه
Seseorang mendapat pahala atas bacaannya, sama ada dia memahami maknanya atau tidak. Namun, seseorang yang beriman yang dipertanggungjawabkan untuk beramal dengan al-Quran, tidak patut sekadar membaca al-Quran, tanpa memahami maknanya.
فالإنسان لو أراد أن يتعلم الطب مثلًا ودرس كتب الطب فإنه لا يمكن أن يستفيد منها حتى يعرف معناها وتشرح له بل هو يحرص كل الحرص على أن يفهم معناها من أجل أن يطبقها
Sebagai contoh, jika seseorang ingin mempelajari ilmu perubatan lalu dia mengkaji buku-buku perubatan, dia tidak mungkin dapat mengambil manfaat daripadanya sehinggalah dia mengetahui maknanya dan makna tersebut diterangkan kepadanya. Bahkan, dia akan bersungguh-sungguh untuk memahami maknanya supaya dia dapat mengamalkannya.
فما بالك بكتاب الله سبحانه وتعالى الذي هو شفاء لما في الصدور وموعظة للناس أن يقرأه الإنسان بدون تدبر وبدون فهم لمعناه
Maka, bagaimana pula dengan Kitab Allah SWT, yang merupakan penyembuh bagi penyakit yang ada di dalam dada dan pemberi nasihat kepada manusia? Bagaimanakah seseorang membaca kitab tersebut tanpa mentadabbur dan tanpa memahami maknanya?
ولهذا كان الصحابة رضي الله عنهم لا يتجاوزن عشر آيات حتى يتعلموها وما فيها من العلم والعمل فتعلموا القرآن والعلم والعمل جميعًا
Oleh sebab itu, para sahabat RA tidak melangkaui sepuluh ayat sehinggalah mereka mempelajari ilmunya dan amalan yang terkandung di dalamnya. Dengan demikian, mereka mempelajari al-Quran, ilmu dan amalan secara bersama-sama.
فالإنسان مثاب ومأجور على قراءة القرآن سواء فهم معناه أم لم يفهم ولكن ينبغي له أن يحرص كل الحرص على فهم معناه وأن يتلقى هذا المعنى من العلماء الموثوقين في علمهم وأمانتهم
Oleh itu, seorang insan tetap mendapat pahala dan ganjaran kerana membaca al-Quran, sama ada dia memahami maknanya atau tidak. Namun, dia hendaklah bersungguh-sungguh untuk memahami maknanya dan mendapatkan penjelasan tentang makna tersebut daripada para ulama yang dipercayai dari segi ilmu dan amanah mereka.
فإن لم يتيسر له عالم يفهمه المعنى فليرجع إلى كتب التفسير الموثوقة مثل تفسير ابن جرير وتفسير ابن كثير وغيرهما من التفاسير التي تعتني بالتفسير الأثري المروي عن الصحابة والتابعين رضي الله عنهم.
Sekiranya dia tidak berpeluang mendapatkan seorang alim yang dapat menerangkan maknanya, hendaklah dia merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang dipercayai, seperti Tafsir Ibn Jarir, Tafsir Ibn Kathir dan kitab-kitab tafsir yang lain yang memberikan perhatian kepada tafsir berasaskan riwayat yang diriwayatkan daripada para sahabat dan tabiin RA.
(Fatawa Nur ‘Ala al-Darb).
#MMMR
Dapatkan buku-buku agama berkualiti di Kedai Buku Masri Ramli ->https://t.me/kedaibukumasri
Daftar Pengajian Mingguan Online di sini
Penulis mempunyai tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan. Sebarang jemputan untuk ceramah atau kuliah agama boleh terus berhubung melalui whatsapp di talian 0132506391



