Mana Lebih Afdhal? Poligami atau Cukup Seorang Isteri?

Tulisan di bawah sekadar mengumpulkan pendapat-pendapat ulama dalam hal ini. Penulis tidak merajihkan@menguatkan mana-mana pendapat. Sudah pasti penulis mempunyai pendapat yang beliau cenderung berdasarkan hujah-hujah yang sampai kepadanya. Semoga dengan membaca pandangan-pandangan ulama yang pelbagai tentang poligami, maka kita boleh melihat isu ini daripada sudut yang lebih luas dan tidak bermudah-mudah menghukumi manusia lain.

Dalil-dalil berkaitan hal ini:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا (3)

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap [hak-hak] perempuan yatim maka kahwinilah wanita-wanita [lain] yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (An-Nisa`: 3)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mempunyai dua isteri lalu dia cenderung kepada salah seorangnya, maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan senget [Sunan Abi Daud, Kitab an-Nikah, hadis no: 1824]

Yang dimaksud dengan adil di sini adalah dalam perkara lahiriah seperti adil dalam pemberian nafkah, tempat tinggal, dan giliran. Adapun dalam perkara batin seperti rasa cinta dan kecenderungan hati tidaklah dituntut untuk adil, kerana hal ini di luar kesanggupan seorang hamba. Dalam Al-Qur`an Karim dinyatakan:

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ

“Dan kalian sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian, walaupun kalian sangat ingin berbuat demikian. Kerana itu janganlah kalian terlalu cenderung kepada isteri yang kalian cintai sehingga kalian biarkan yang lain telantar.” (An-Nisa`: 129)

Al-Hafizh Ibnu Kathir rahimahullah mengatakan dalam Tafsir al-Quran al-Azhim ketika menafsirkan ayat di atas:

لن تستطيعوا أيها الناس أن تساووا بين النساء من جميع الوجوه، فإنه وإن حصل القسْم الصوري: ليلة وليلة، فلا بد من التفاوت في المحبة والشهوة والجماع، كما قاله ابن عباس، وعُبَيْدة السَّلْمَاني، ومجاهد، والحسن البصري، والضحاك بن مزاحم.

 “Maksudnya kalian wahai manusia, tidak akan mampu berlaku sama rata di antara isteri-isteri kalian daripada segala sisi. Ini kerana walaupun mampu terjadi pembahagian giliran malam malam, namun pasti ada perbezaan dalam hal cinta, syahwat, dan jima’. Sebagaimana hal ini dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ‘Abidah As-Salmani, Mujahid, Al-Hasan Al-Bashri, dan Adh-Dhahhak bin Muzahim rahimahumullah.”  

Ibnu Kathir rahimahullah melanjutkan pada tafsir ayat: فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ maksudnya

فإذا ملتم إلى واحدة منهم (5) فلا تبالغوا في الميل بالكلية { فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ } أي: فتبقى هذه الأخرى مُعَلَّقة. قال ابن عباس، ومجاهد، وسعيد بن جبير، والحسن، والضحاك، والربيع بن أنس، والسدي، ومقاتل بن حيان: معناه لا ذات زوج ولا مطلقة.

Apabila kalian cenderung kepada salah seorang daripada isteri kalian, janganlah kalian berlebih-lebihan dengan cenderung secara total kepadanya, فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ “sehingga kalian biarkan yang lain tergantung.” Maksudnya isteri yang lain menjadi tergantung. Kata Ibnu ‘Abbas, Mujahid, Sa’id bin Jubair, Al-Hasan, Adh Dhahhak, Ar-Rabi` bin Anas, As-Suddi, dan Muqatil bin Hayyan, “Makna كَالْمُعَلَّقَةِ, seperti tidak punya suami dan tidak pula ditalak.”  [Tafsir al-Quran al-Azhim, 2:430].

Apakah syarat berpoligami bagi seorang lelaki?

Dr. Abdul Karim Zaidan menyatakan terdapat dua syarat iaitu adil seperti mana disebut di atas, dan syarat kedua ialah berkemampuan untuk memberi nafkah. [Rujuk Al-Mufasshol Fi Ahkam Al-Mar’ah, 6:287-289]

 

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian [diri]nya, sehingga Allah mengkayakan mereka dengan kurniaanNya [An-Nur : 33]

 

Allah menyuruh dalam ayat ini untuk sesiapa yang berkemampuan hendaklah bernikah, dan jika mempunyai keuzuran hendaklah menjaga kesucian dirinya. Di antara keuzuran daripada bernikah ialah: Sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa sebagai mahar/maskahwin, dan tidak jua mempunyai kemampuan untuk memberi nafkah kepada isterinya.

Pendapat ulama: Mana lebih afdhal? Poligami Atau Monogami?

Pendapat ulama yang menyatakan bahawa pada asalnya lebih afdhal mencukupkan diri dengan mempunyai seorang isteri sahaja adalah pandangan kebanyakan ulama.

Imam al-Mawardi (w450h) menyebutkan:

فَصْلٌ : فَإِذَا ثَبَتَ أَنَّ نَفَقَاتِ الزَّوْجَاتِ وَاجِبَةٌ فَقَدْ أَبَاحَ اللَّهُ تَعَالَى أَنْ يَنْكِحَ أَرْبَعًا بِقَوْلِهِ : مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ [ النِّسَاءِ : 3 ] وَنَدَبَهُ إِلَى الِاقْتِصَارِ عَلَى وَاحِدَةٍ بِقَوْلِهِ : فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً وَذَهَبَ ابْنُ دَاوُدَ وَطَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الظَّاهِرِ إِلَى أَنَّ الْأَوْلَى أَنْ يَسْتَكْمِلَ نِكَاحَ الْأَرْبَعِ إِذَا قَدَرَ عَلَى الْقِيَامِ بِهِنَّ وَلَا يَقْتَصِرَ عَلَى وَاحِدَةٍ ؛ لِأَنَّ النَّبِيَّ {صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ} لَمْ يَقْتَصِرْ عَلَيْهَا ،

Telah disebutkan bahawa nafkah wajib diberikan kepada isteri-isteri. Maka Allah membenarkan untuk berkahwin empat dengan firmanNya: (Kahwinlah) dua, tiga, dan empat. Dan Allah menggalakkan untuk berkahwin satu sahaja dengan firmannya: Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja. Imam Ibn Daud dan sekelompok ulama’ Zahiri berpendapat bahawa yang lebih baik ialah menyempurnakan pernikahan sehingga empat isteri seandainya seorang suami itu berkemampuan untuk menyara mereka, dan tidak mencukupkan dengan sekadar seorang isteri sahaja kerana nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak mencukupkan dirinya untuk sekadar mempunyai seorang isteri.

وَاسْتَحَبَّ الشَّافِعِيُّ أَنْ يَقْتَصِرَ عَلَى وَاحِدَةٍ وَإِنْ أُبِيحَ لَهُ أَكْثَرُ : لِيَأْمَنَ الْجَوْرَ بِالْمَيْلِ إِلَى بَعْضِهِنَّ أَوْ بِالْعَجْزِ عَنْ نَفَقَاتِهِنَّ ،

Imam al-Syafie (w204h) pula lebih menggalakkan untuk cukup dengan seorang isteri sahaja walaupun dia boleh untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ini untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan apabila seorang suami cenderung kepada sebahagian isteri atau dia kurang mampu menafkahi kesemua isterinya.

 وَأَوْلَى الْمَذْهَبَيْنِ عِنْدِي اعْتِبَارُ حَالِ الزَّوْجِ ؛ فَإِنْ كَانَ مِمَّنْ تُقْنِعُهُ الْوَاحِدَةُ فَالْأَوْلَى أَنْ لَا يَزِيدَ عَلَيْهَا ، وَإِنْ كَانَ مِمَّنْ لَا تُقْنِعُهُ الْوَاحِدَةُ لِقُوَّةِ شَهْوَتِهِ وَكَثْرَةِ جِمَاعِهِ فَالْأَوْلَى أَنْ يَنْتَهِيَ إِلَى الْعَدَدِ الْمُقْنِعِ مِنَ اثْنَتَيْنِ أَوْ ثَلَاثٍ أَوْ أَرْبَعٍ لِيَكُونَ أَكْنَى لِبَصَرِهِ وَأَعَفَّ لِفَرْجِهِ ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ .

Daripada kedua pendapat ini, yang paling baik di sisi aku ialah ia bergantung kepada situasi si suami. Jika  seorang isteri itu sudah cukup untuk dirinya, maka lebih baik untuk dia tidak menambah isteri. Jika seorang isteri tidak cukup untuk dirinya kerana kuatnya nafsu dia, kerapnya dia berjima’, maka lebih baik dia berkahwin pada jumlah yang mencukupi daripada dua, tiga atau empat kerana itu akan lebih menundukkan pandangannya dan menjaga maruah kemaluannya. Wallahua’lam. [Al-Hawi Al-Kabir, 11:942]

Imam al-Imrani (w558h) menukilkan perkataan Imam al-Syafie:

قال الشافعي: (وأحب له أن يقتصر على واحدة وإن أبيح له أكثر؛ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا} [النساء: 3] [النساء: 3] . فاعترض ابن داود على الشافعي، وقال: لِمَ قال الاقتصار على واحدة أفضل، وقد كان النبي – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – جمع بين زوجات كثيرة، ولا يفعل إلا الأفضل، ولأنه قال: «تناكحوا تكثروا» ؟

Berkata al-Syafie: Aku menyukai seseorang untuk cukup dengan seorang isteri walaupun boleh untuknya memiliki lebih ramai isteri. Ini berdasarkan firman Allah:  jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Imam Ibn Daud membantah pendapat Imam al-Syafie. Beliau berkata: Kenapa beliau menyatakan mencukupkan dengan 1 isteri lebih afdhal? Sedangkan Nabi s.a.w mempunyai isteri yang ramai pada satu-satu masa. Baginda tidak akan melakukan sesuatu kecuali yang lebih afdhal. Baginda jua pernah bersabda: Berkahwinlah, perbanyakkanlah (keturunan) [Riwayat ini dhaif, akan tetapi terdapat hadis-hadis lain yang semisal maknanya].

فالجواب: أن غير النبي – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – إنما كان الأفضل في حقه الاقتصار على واحدة؛ خوفًا منه أن لا يعدل، فأما النبي – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: فإنه كان يؤمن ذلك في حقه. وأما قوله – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «تناكحوا تكثروا» فإنما ندب إلى النكاح لا إلى العدد.

Jawapan: Selain daripada Nabi s.a.w, lebih afdhal untuk mereka mencukupkan diri dengan 1 isteri, ditakuti tidak berlaku adil. Adapun Nabi s.a.w, baginda terselamat daripada ditakuti tidak berlaku adil. Adapun sabda baginda: Berkahwinlah, perbanyakkanlah. Sesungguhnya itu adalah galakan untuk berkahwin, dan bukan untuk mempunyai ramai isteri. [Al-Bayan Fi Mazhab al-Imam al-Shafie, 11:190]

Imam an-Nawawi  (w676h) menyatakan dalam Raudhat ath-Thalibin:

والمستحب أن لا يزيد على امرأة من غير حاجة ظاهرة

Disukai untuk tidak menambah isteri tanpa sebarang hajat yang jelas. [Raudhatu at-Thalibin, 7:19]

Kata beliau dalam Al-Majmu’:

قيل في التفسير: أن لا تجوروا في حقوقهن فحرم الزيادة على الاربع وندب إلى الاقتصار على واحدة خوفا من الجور وترك العدل، وهذا مأمون من النبي صلى الله عليه وسلم ولان النبي صلى الله عليه وسلم تزوج ثمانى عشرة امرأة،

Disebutkan di dalam tafsir: Janganlah kamu melanggar hak-hak isteri. Oleh itu diharamkan mempunyai lebih daripada 4 isteri, dan digalakkan mencukupkan diri dengan seorang isteri sahaja kerana takut akan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan. [Al-Majmu, 16:144]

Imam Jamaluddin al-Raimiy (w792h) berkata:

عِنْدَ الشَّافِعِيِّ وكافة العلماء: يجوز للحرِّ أن يجمع بين أربع زوجات حرائر، ولا يجوز أن يجمع بين أكثر من أربع، ويستحب أن لا يزيد على واحدة لا سيما في زماننا هذا!

Menurut Imam al-Syafie dan majoriti ulama: Dibenarkan untuk seorang lelaki merdeka mempunyai 4 isteri yang merdeka. Tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada 4 isteri pada satu-satu masa. Digalakkan untuk tidak mempunyai lebih daripada seorang isteri lebih-lebih lagi pada zaman kita ini. [Al-Ma’aniy al-Badi’ah Fi Ma’rifati Ikhtilaaf Ahli Al-Syari’ah, 2:195]

 

Imam Ibn Qudamah (w541h) berkata:

والاولى ان لا يزيد على امرأة واحدة ذكره في المحرر لقول الله تعالى (فان خفتم ألا تعدلوا فواحدة) ولقوله سبحانه (ولن تستطيعوا ان تعدلوا بين النساء ولو حرصتم)

Lebih utama untuk tidak memiliki isteri lebih daripada seorang. Beliau menyebutkan hal ini dalam Al-Muharrar. Ini berdasarkan firman Allah: Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja. Begitu jua firman Allah: Dan kalian sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian, walaupun kalian sangat ingin berbuat demikian. [Al-Sharh Al-Kabir, 7:339]

Imam al-Mardawi (w885h) menyebutkan:

ويستحب أيضا أن لا يزيد على واحدة إن حصل بها الإعفاف على الصحيح من المذهب

Disukai jua untuk tidak mempunyai lebih daripada seorang isteri apabila dengan seorang isteri itu telah cukup untuk terjaga maruahnya menurut pendapat yang sahih di dalam mazhab (iaitu mazhab Hanbali). [Al-Inshof, 8:14]

Imam al-Bahooti (w1051h) berkata:

( وَ ) يُسْتَحَبُّ ( أَنْ لَا يَزِيدَ عَلَى وَاحِدَةٍ إنْ حَصَلَ بِهَا الْإِعْفَافُ ) لِمَا فِيهِ مِنْ التَّعَرُّضِ لِلْمُحَرَّمِ قَالَ تَعَالَى : { وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ } وَقَالَ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – { مَنْ كَانَ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إلَى إحْدَاهُمَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ } رَوَاهُ الْخَمْسَةُ .

Disukai untuk tidak mempunyai lebih daripada seorang isteri apabila dengan seorang isteri telah cukup untuk terjaga maruahnya kerana ia (iaitu berpoligami) boleh membawa kepada perkara yang haram. Firman Allah: Dan kalian sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian, walaupun kalian sangat ingin berbuat demikian. Begitu jua sabda nabi s.a.w: Sesiapa yang mempunyai dua isteri lalu dia cenderung kepada salah seorangnya, maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan senget [Kasyaf al-Qina’, 16:401]

 

Shaikh Ibn al-Uthaimin (w1421h) menjawab mereka yang berdalilkan ayat 3 surah an-Nisa sebagai dalil galakkan beristeri ramai. Beliau menjelaskan:

فإن قال قائل: قوله تعالى: {فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ} [النساء: 3] ألا يرجح قولَ من يقول بأن التعدد أفضل؟ لأنه قال: {فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً}، فجعل الاقتصار على واحدة فيما إذا خاف عدم العدل، وهذا يقتضي أنه إذا كان يتمكن من العدل فإن الأفضل أن ينكح أربعاً؟

Jika seseorang berkata: Firman Allah: “Kahwinilah wanita-wanita [lain] yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki.” Bukankah dalil ini menguatkan pendapat bahawa poligami lebih afdhal. Ini kerana Allah menyebutkan: “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja.” Di mana mencukupkan diri dengan seorang isteri sahaja apabila takut tidak berlaku adil. Ini menunjukkan bahawa jika seseorang mampu bersikap adil, maka lebih afdhal untuknya menikahi empat orang wanita.

قلنا: نعم، قد استدل بهذه الآية من يرى التعدد، وقال: وجه الدلالة أن الله تعالى يقول: {فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً} [النساء: 3] فجعل الاقتصار على واحدة فيما إذا خاف عدم العدل.

(Jawab Shaikh Ibn Utsaimin) Kami berkata: Benar, mereka yang berpegang bahawa poligami lebih afdhal berdalil dengan ayat ini.  Mereka berkata: Pendalilannya pada firman Alla: “Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja.” Jadi mencukupkan diri dengan seorang isteri sahaja adalah apabila takut tidak dapat berlaku adil.

ولكن عند التأمل لا نجد فيها دلالة على هذا؛ لأن الله يقول: {وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ} [النساء: 3] كأنه يقول: إن خفتم ألا تعدلوا في اليتامى اللاتي عندكم، فإن الباب مفتوح أمامكم إلى أربع، وقد كان الرجل تكون عنده اليتيمة بنت عمه أو نحو ذلك، فيجور عليها، ويجعلها لنفسه، ويخطبها الناس ولا يزوجها، فقال الله تعالى: {وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ} (1) أي: اتركوهن والباب أمامكم مفتوح لكم، إلا أنه لا يمكن أن تتزوجوا أكثر من واحدة إذا كان في حال خوف عدم العدل،

Akan tetapi apabila diteliti ayat ini, kami tidak mendapati sudut pendalilan sebegitu. Ini kerana Allah menyatakan: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap [hak-hak] perempuan yatim, maka kahwinilah wanita-wanita [lain], yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.” Seolah-olah Allah berkata: Jika kamu takut tidak adil kepada anak yatim yang kamu jaga, maka kamu masih boleh mengahwini sehingga empat wanita yang lain. Kaum lelaki satu ketika apabila dia memiliki anak yatim yang terdiri daripada sepupunya dan lain-lain, dia berlaku zalim ke atas mereka, dan mahu menjadikan anak yatim itu sebagai pasangan mereka, dan apabila orang lain meminang anak yatim itu, mereka enggan mengahwinkan anak yatim itu dengan yang meminang. Maka Allah berfirman: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap [hak-hak] perempuan yatim, maka kahwinilah wanita-wanita [lain], yang kamu senangi. “Yang mana ia bermaksud: Tinggalkanlah mereka (iaitu anak-anak yatim tadi), dan pintu (untuk berkahwin) terbuka luas untuk kamu. Cumanya tidaklah boleh untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri jika ditakuti tidak dapat berlaku adil.

، فيكون المعنى هنا بيان الإباحة لا الترغيب في التعدد. وعلى هذا فنقول: الاقتصار على الواحدة أسلم، ولكن مع ذلك إذا كان الإنسان يرى من نفسه أن الواحدة لا تكفيه ولا تعفه، فإننا نأمره بأن يتزوج ثانية وثالثة ورابعة، حتى يحصل له الطمأنينة، وغض البصر، وراحة النفس.

Maka ayat ini menunjukkan bolehnya berpoligami, dan bukannya galakan melakukannya. Oleh kerana itu, kami berkata: Mempunyai seorang isteri itu lebih selamat Akan tetapi jika seseorang melihat dirinya tidak cukup dan maruahnya tidak terjaga dengan hanya seorang isteri, maka kami menyuruhnya untuk berkahwin dua, tiga atau empat sehinggalah dia mencapai ketenangan dalam jiwanya, berjaya menundukkan pandangan, dan merehatkan jiwanya. [Al-Sharh Al-Mumti’,  12:13]

 

Antara ulama yang berpendapat poligami lebih afdhal bagi yang memenuhi syarat, seperti yang disebut di atas ialah mereka yang daripada mazhab Zahiri. Selain itu terdapat jua beberapa ulama kontemporari berpendapat yang sama.

Shaikh Ibn Bazz berkata:

النص يقتضي أنها سنة، أقل الأحوال أنها سنة: فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ [النساء:3] أمر لكن بشرط العدل والاستقامة. وأما إذا خاف ألا يعدل لقلة ماله أو لشيء يعرفه من نفسه من الضعف فلا يتزوج إلا واحدة.

Nas menunjukkan bahawa ia adalah sunnah. Paling kurang ialah adalah sunat. “Nikahilah wanita yang kamu sukai”..Ia merupakan satu arahan akan tetapi dengan syarat adil dan istiqamah. Adapun jika takut tidak dapat berlaku adil disebabkan sedikitnya harta atau sebab-sebab lain yang dia ketahui pada kelemahan dirinya, janganlah dia berkahwin kecuali dengan seorang isteri sahaja. [Rujuk هل تعدد الزوجات مباح فقط أم سنة؟ https://binbaz.org.sa/fatwas/2885/%D9%87%D9%84-%D8%AA%D8%B9%D8%AF%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D8%B2%D9%88%D8%AC%D8%A7%D8%AA-%D9%85%D8%A8%D8%A7%D8%AD-%D9%81%D9%82%D8%B7-%D8%A7%D9%85-%D8%B3%D9%86%D8%A9 ]

Kata beliau lagi:

الأصل التعدد، والواحدة هي التي يحصل بها عند العجز لأن الله جل وعلا قال: وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً [النساء:3] فدل على أن الأصل هو التعدد، يتزوج ثنتين أو ثلاث أو أربع لأن هذا أقرب إلى إعفاف الرجل وإلى كثرة النسل، فإذا عجز اكتفى بواحدة، إن خاف أن لا يعدل اكتفى بواحدة مع ما تيسر من الإماء.

Pada asalnya ialah berpoligami. Mencukupkan diri dengan seorang isteri sahaja adalah apabila tidak mampu. Ini kerana Allah berfirman: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap [hak-hak] perempuan yatim maka kahwinilah wanita-wanita [lain] yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja.” Ia menunjukkan bahawa status asalnya ialah berpoligami. Seorang lelaki itu berkahwin dua, tiga, atau empat kerana ia lebih dekat kepada menjaga diri seseorang lelaki dan membanyakkan zuriat. Apabil tidak mampu, cukuplah dengan seorang isteri sahaja. Jika takut tidak dapat berlaku adil, berpadalah dengan seorang isteri dan hamba yang dimiliki (jika ada). [Rujuk الأصل في الزواج التعدد, https://binbaz.org.sa/fatwas/1782/%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%B5%D9%84-%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D8%B2%D9%88%D8%A7%D8%AC-%D8%A7%D9%84%D8%AA%D8%B9%D8%AF%D8%AF ]

Al-Shaikh Dr. Nasir bin Sulaiman al-‘Umar berkata:

اختلف العلماء هل الأصل في زواج الرجل هو التعدد، أو الزواج من واحدة؟ ولعل الراجح أن التعدد هو الأصل إذا توافرت أسبابه وزالت موانعه، وأعظمها القدرة على العدل في الأمور الحسية والمعنوية، إلا ما لا يدخل تحت ملك الإنسان كالحب القلبي الذي لا يترتب عليه تصرف يخالف العدل

Ulama berbeza pendapat tentang hukum asal seorang lelaki, adakah pada asalnya perlu berpoligami, atau pada asalnya cukup dengan seorang isteri sahaja? Pendapat yang kuat adalah pada asalnya ialah berpoligami apabila telah cukup sebab-sebabnya dan telah tiada penghalang-penghalang seseorang daripada berpoligami, dan sebab yang paling besar ialah kemampuan berlaku adil dalam perkara yang zahir dan batin. Tidaklah termasuk dalam hal ini perkara yang diluar kemampuan seorang insan seperti perasaan cinta di dalam hati yang tidak membawa kepada perlakuan yang menyalahi tuntutan bersikap adil. [Rujuk هل التعدد أفضل من الواحدة؟ http://almoslim.net/node/53042 ].

Kesimpulan:

1- Kita hendaklah menjauhi dua golongan yang ekstrem dalam isu ini. Pertama: Yang mahu terus mengharamkan poligami. Kedua: Mereka yang sewenangnya menuduh dan menghakimi mereka yang menyatakan lebih baik beristeri satu sebagai menyalahi sunnah nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

2- Perbezaan ulama ini semuanya hanyalah berkisar kepada lelaki yang bersikap adil dan mempunyai kemampuan memberi nafkah. Oleh itu, tidak wajar kesalahan sebahagian lelaki yang berpoligami dengan tidak bertanggungjawab dan kezaliman mahu disalahkan di atas bahu para ulama ini, sedangkan mereka menyatakan ia afdhal dengan syarat-syaratnya. Semua ulama sepakat bahawa lelaki yang tidak adil dan tiada kemampuan memberi nafkah, mereka tidak boleh berpoligami. Bahkan ada sebahagian manusia yang memang tidak dibenarkan langsung untuk berkahwin hatta dengan seorang isteri jika ia memudharatkan. Boleh rujuk kitab fiqh tentang isu ini.

3- Isu-isu sebegini hendaklah dibincangkan dengan ilmu dan bukan dengan hawa nafsu.

4- Kita hendaklah menjauhi daripada melabel mana-mana lelaki sebagai takut isteri (bagi yang enggan berpoligami), kaki perempuan (bagi yang berpoligami), perempuan perampas (bagi isteri kedua dan seterusnya), perempuan yang tak redha dengan syariat (bagi wanita yang tak setuju dimadukan).

5- Hendaklah kita semua acu baju di badan sendiri. Jangan acu baju kita kat badan orang, dan jangan acu baju orang kat badan kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat.