Saya terbaca kenyataan di atas yang disebar luas dalam media sosial. Terdapat jua satu bait syair yang tersebar berbunyi:

أَدِمِ الصَّلاَةَ عَلَى مُحَمَّدٍ……فَقَبُوْلُهَا حَتْمًا بِغَيْرِ تَرَدُّدٍ
Sentiasalah berselawat ke atas Muhammad.
Penerimaannya adalah pasti tanpa syak lagi.

أَعْمَالُنَا بَيْنَ الْقَبُوْلِ وَرَدِّهَا….. اِلاَّ الصَّلاَةَ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّد
Amal-amal kita adalah antara diterima dan ditolak
kecuali selawat ke atas Nabi Muhammad…

Alhamdulillah. Saya menemui perkataan para ulama berkaitan hal ini.

Saya mulakan dengan ringkasan:

1- Pernyataan ini salah kerana setiap amalan bergantung kepada niat. Riya’ menghapuskan amalan yang dilakukan.
2- Pernyataan ini hanya boleh dikatakan benar daripada satu sudut bahawa Nabi s.a.w akan menerima selawat itu. Iaitu apabila kita berselawat, ia merupakan satu doa permintaan meminta agar Allah berselawat ke atas Nabi s.a.w, dan pastinya Allah akan berselawat ke atas Nabi s.a.w. Akan tetapi pahala orang yang berselawat dalam keadaan riya’ menunjuk-nunjuk adalah tiada, bahkan riya’ adalah satu dosa.

Al-Shaikh ‘Alwi bin ‘Abdul Qadir al-Saqqaf, seorang ulama daripada kalangan Ahlul Bait, menyatakan:

أما صدر البيت الأول: (أدم الصلاة على النبي محمد)، فهو حق إن شاء الله ففيه الحث على مداومة الصلاة على النبي صلى الله عليه وآله وسلم وقد ورد في ذلك أحاديث كثيرة.
Bahagian awal bait yang pertama menyebutkan: “Sentiasalah berselawat ke atas Muhammad”. Pernyataan ini benar, Insya-Allah. Ia merupakan satu galakan untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi s.a.w. Terdapat banyak hadis berkaitan hal ini.

وكذا صدر البيت الثاني: (أعمالنا بين القبول وردها) حقٌ كذلك، فكل عمل يعمله المرء فهو بين القبول وعدمه فما كان خالصاً لله وموافقاً للسنة فهو مقبول عند الله وما كان غير ذلك فهو مردود.
Begitu jua bahagian awal bait kedua yang berbunyi: “Amal-amal kita adalah antara diterima dan ditolak” ia benar sebagaimana dinyatakan. Setiap amalan yang dilakukan oleh manusia ia antara diterima atau ditolak. Sesiapa yang beramal dengan ikhlas dan menepati sunnah, maka ia diterima oleh Allah. Sesiapa yang selain daripada itu, maka ia tertolak.

وأما عجز البيت الأول والثاني فهو من أباطيل الصوفية المغالين في الصلاة على النبي صلى الله عليه وآله وسلم فقد جعلوها أعظم من التهليل والتسبيح بل أعظم من الصلاة نفسها بسجودها وركوعها، لأنهم يقولون كل هذه الأعمال بين القبول والرد إلا الصلاة على النبي صلى الله عليه وآله وسلم،
Adapun bahagian akhir bait awal dan kedua merupakan antara kebathilan golongan sufi yang melampau dalam berselawat ke atas Nabi s.a.w. Mereka menjadikannya lebih agung daripada ucapan tahlil, tasbih, bahkan lebih mulia daripada solat. Ini kerana mereka berkata bahawa semua amalan-amalan ini antara diterima atau ditolak kecuali selawat ke atas Nabi s.a.w.

وهذا خطأ بل كل العبادات بين القبول والرد، والصلاة على النبي صلى الله عليه وآله وسلم عبادة وقربة يتقرب بها العبد إلى الله عزَّ وجلَّ تفتقر إلى النية والمتابعة كغيرها من العبادات،
Ini salah! Semua ibadah adalah antara diterima dan ditolak. Selawat ke atas Nabi s.a.w adalah satu ibadah dan amalan mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah. Ia memerlukan kepada niat dan mengikuti sunnah sebagaimana ibadat-ibadat yang lain.

أما هذا الغلو في النبي والصلاة عليه وجعلها مقبولة حتى لو كانت رياءً أو مُبْتَدعةً فهو مرفوض في ميزان الشريعة، والصوفية يزعمون ذلك حتى يبرروا ما يفعلونه في احتفالات المولد وغيره فبعضهم إذا أنكر عليهم مُنكر ردَّ عليه قائلاً: هب أن ما نفعله بدعة لكن بما أننا نصلي على النبي صلى الله عليه وسلم فهو مقبول عند الله، ويستشهد بهذين البيتين:
Sikap melampau kepada Nabi s.aw, melampau dalam selawat ke atasnya, dan menjadikannya sebagai amalan yang diterima walau dilakukan dengan riya dan cara yang bid’ah; hal ini tertolak dalam timbangan syariah. Golongan sufi menyangka seperti itu sehingga membenarkan apa yang mereka lakukan dalam sambutan maulid dan lain. Apabila diingkari perbuatan mereka, sebahagian mereka akan menjawab dengan berkata: Andainya apa yang kami buat ini bid’ah, akan tetapi dengan sebab kami berselawat ke atas Nabi s.a.w, maka ia diterima Allah. Orang ini akan berhujah dengan bait sya’ir ini. [Rujuk: https://dorar.net/article/201/%D9%85%D8%A7-%D8%B1%D8%A3%D9%8A%D9%83%D9%85-%D9%81%D9%8A-%D9%87%D8%B0%D9%8A%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%A8%D9%8A%D8%AA%D9%8A%D9%86%D8%9F-%D9%88%D9%87%D9%84-%D9%8A%D8%AC%D9%88%D8%B2-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%B3%D8%AA%D8%B4%D9%87%D8%A7%D8%AF-%D8%A8%D9%87%D9%85%D8%A7%D8%9F ].

Dr. Muhammad Al-Amin Ismail dan Al-Shaikh Sami Al-Sa’idi menyatakan dalam video di bawah bahawa riya’ menghapuskan semua amalan termasuklah selawat. Pernyataan ini hanya boleh dianggap benar daripada sudut diterimanya permintaan agar Allah berselawat ke atas Nabi s.a.w. Adapun untuk orang yang berselawat itu, dia tidak mendapat pahala pun kerana riya’ menghapuskan amalan.

هل تقبل الصلاة على رسول الله ولو كانت رياء..د.محمد الأمين إسماعيل| ديوان الإفتاء
https://www.youtube.com/watch?v=eil9KQ2fClg

الشيخ سامي الساعدي: هل الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم مقبولة ولو قالها المصلي رياء؟
https://www.youtube.com/watch?v=6CXKzKo3Gvs

KEPENTINGAN IKHLAS DAN BAHAYA RIYA’

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110(
Sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Tuhannya. Hendaklah dia melakukan amal soleh dan janganlah dia mensyirikan tuhannya dengan sesiapa pun dalam ibadahnya. [Al-Kahf : 110]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ : قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: Aku tidak memerlukan kepada sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dan menyekutukan Aku pada amalan tersebut dengan selain Aku. Aku tinggalkan dia dan apa yang dia syirikkan itu [Sahih Muslim, Kitab ar-Riqaq, hadis no: 2985]

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ ، قَالَ : ” جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : أَرَأَيْتَ رَجُلا غَزَا يَلْتَمِسُ الأَجْرَ وَالذِّكْرَ مَا لَهُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لا شَيْءَ لَهُ ، فَأَعَادَهَا ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، يَقُولُ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لا شَيْءَ لَهُ ، ثُمَّ قَالَ : إِنَّ اللَّهَ لا يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلا مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ
Abu Umamah al-Bahili radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Apa pandangan engkau tentang seorang lelaki yang berperang untuk mendapat ganjaran dan kemasyhuran. Apakah yang akan dia perolehi? Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Dia tidak mendapat apa-apa. Lelaki itu mengulangi soalan sebanyak tiga kali, dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Dia tidak mendapat apa-apa. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali ia dilakukan ikhlas dan mengharapkan wajahNya. [An-Nasaie dalam As-Sunan Al-Kubra, Kitab al-Jihad, hadis no: 4231]

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ ” قَالُوا: وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: ” الرِّيَاءُ، يَقُولُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ: اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً “
Daripada Mahmud bin Labid, Rasulullah s.a.w bersabda: Perkara yang paling aku takuti menimpa kamu adalah syirik kecil. Para sahabat bertanya: Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Riya’. Allah berkata kepada mereka pada hari kiamat ketika manusia dibalas untuk amalan-amalan mereka: Pergilah kepada mereka yang kamu menunjuk-nunjuk di dunia. Lihatlah, adakah kamu dapati balasan untuk amalan kamu daripada mereka! [Musnad Ahmad, no: 23630, Al-Arna’ut berkata: Hadis Hasan].

Imam Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang maksud ‘paling baik amalnya’ dalam firman Allah:

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang paling baik amalnya. [Al-Mulk: 2]

أَخْلَصُهُ وَأَصْوَبُهُ
Iaitu yang paling ikhlas dan paling betul.

فَإِنَّهُ إِذَا كَانَ خَالِصًا ولَمْ يَكُنْ صَوَابًا لَمْ يُقْبَلْ
Sesungguhnya jika orang itu ikhlas tetapi amalannya tidak betul, maka amalan itu tidak diterima.

وَإِذَا كَانَ صَوَابًا وَلَمْ يَكُنْ خَالِصًا لَمْ يُقْبَلْ
Jika amalan itu betul tetapi pelakunya tidak ikhlas, ia jua tidak diterima.

حَتَّى يَكُونَ خَالِصًا صَوَابًا
Sehinggalah amalan itu dilakukan dengan keikhlasan dan betul caranya.

وَالْخَالِصُ إِذَا كَانَ لِلَّهِ وَالصَّوَابُ إِذَا كَانَ عَلَى السُّنَّةِ “
Ikhlas apabila ia dilakukan kerana Allah, dan benar apabila ia menepati sunnah.
[Ibn Abi Al-Dunya, Al-Ikhlas Wa Al-Niyyah].

KELEBIHAN SELAWAT

*Jika Benar Cinta Nabi s.a.w, banyakkan selawat kepada baginda s.a.w*

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah dan ucaplah salam ke atas baginda. [Al-Ahzab : 56]

*Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam*

Allah akan membalas dengan sepuluh kali kebaikan.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا ‏”‏ ‏.
Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, hadis no: 408].

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مَرَّةً وَاحِدَةً، كَتَبَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ
Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.
[Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah, hadis no: 7561. Shaikh al-Arnaouth berkata: Hadis sahih].

Dalam riwayat An-Nasaie:

أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ ‏”‏ ‏.‏
Sesiapa yang berselawat sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 selawat, dihapuskan daripadanya 10 dosa dan diangkat dirinya dengan 10 darjat. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Sahw, no: 1297]

Ayuh banyakkan berselawat dengan ikhlas mengharapkan pahala dan syurga Allah. Jauhi riya’ kerana ia akan menghapuskan amalan kita termasuk selawat!