Allah berfirman:
﴿ إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا (163) ﴾
Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi selepasnya. Kami telah memberikan wahyu kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub dan cucu cicitnya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun, Sulaiman, dan kami telah memberikan Zabur kepada Daud. [An-Nisa’ : 163]
.
Dalil ini menunjukkan bahawa wahyu telah diberikan kepada rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam lagi. Ia merupakan jawapan kepada kelompok ahlul kitab yang meragui wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan hal itu bukanlah sesuatu yang baru.
.
Apakah maksud wahyu?
Al-Wahy daripada sudut bahasa membawa beberapa maksud iaitu;
a- Tersembunyi
b- Cepat
.
Oleh sebab itu wahyu bermaksud pemberitahuan secara tersembunyi dan cepat yang disampaikan khusus kepada orang yang menerimanya sahaja.
.
Jika dilihat kepada penggunaan perkataan wahyu dalam beberapa konteks di bawah, ia menunjukkan kepada maksud di atas:
.
1- Ilham atau naluri kemanusiaan
﴿ وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ (7(﴾
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susuilah dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai [Nil]. Dan janganlah kamu khuatir dan janganlah [pula] bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya [salah seorang] dari para rasul. (7) [Al-Qasas : 7]
.
2- Ilham atau naluri haiwan
﴿ وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68(﴾
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat oleh manusia”. (68) [An-Nahl : 68]
.
3- Isyarat yang pantas
﴿ فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ أَنْ سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا (11( ﴾
Maka dia keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu dia memberi isyarat kepada mereka; hendaklah kamu bertasbih di waktu pagi dan petang. (11) [Maryam : 11]
.
4- Bisikan syaitan
﴿ وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ (121( ﴾
Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya . Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik. [Al-An’am : 121]
.
5- Perintah Allah kepada malaikat
﴿ إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ (12(﴾
[Ingatlah], ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah [pendirian] orang-orang yang telah beriman. Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap hujung jari mereka [Al-Anfal : 12]
.
*Cara Wahyu Disampaikan*
.
 Bagaimana wahyu disampaikan kepada malaikat Jibril?
.
Terdapat banyak dalil yang menunjukkan Allah menyampaikan wahyu atau berbicara secara terus kepada malaikat.
﴿ وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ (30﴾
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan [khalifah] di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. [Al-Baqarah : 30]
.
﴿ إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ (12( ﴾
[Ingatlah], ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah [pendirian] orang-orang yang telah beriman”. Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka [Al-Anfal : 12]
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا قَضَى اللَّهُ الأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَالسِّلْسِلَةِ عَلَى صَفْوَانٍ ـ
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah telah menetapkan satu urusan di langit, para malaikat akan mengibas-ngibas sayapnya kerana tunduk kepada firman Allah, yang akan menghasilkan bunyi seperti rantai yang diseret di atas batu. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tafsir, hadis no: 4701]
.
 Bagaimana wahyu disampaikan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?
.
Firman Allah:
﴿ وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ (51(﴾
Dan tidak ada bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan [malaikat] lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. [Al-Syura : 51]
.
Daripada ayat di atas difahami bahawa wahyu disampaikan kepada rasul dengan tiga cara:
.
1- Wahyu dengan cara mimpi
عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، أَنَّهَا قَالَتْ أَوَّلُ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنَ الْوَحْىِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِي النَّوْمِ، فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيَا إِلاَّ جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ،
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Permulaan penerimaan wahyu yang dilalui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ialah melalui mimpi yang benar ketika tidur. Tidaklah baginda bermimpi melainkan mimpi itu jelas seperti terangnya pagi hari. [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’ al-Wahy, hadis no: 3]
.
2- Bercakap secara terus kepada rasul disebalik hijab (sebagaimana kisah nabi Musa dan peristiwa Isra’ dan Mi’raj)
.
3- Melalui perantaraan Jibril.
.
Bagaimana pula Jibril menyampaikan wahyu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?
.
Turunnya al-Quran melalui perantaraan Jibril telah disebutkan dalam banyak ayat al-Quran;
.
Firman Allah:
﴿ نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ (193) عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (194) بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ (195( ﴾
dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al Amin [Jibril], (193) ke dalam hatimu [Muhammad] agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, (194) dengan bahasa Arab yang jelas. (195 [Al-Syua’ra’ : 193-195]
.
عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ ـ رضى الله عنها ـ أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ ـ رضى الله عنه ـ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْىُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ ـ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَىَّ ـ فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ، وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِيَ الْمَلَكُ رَجُلاً فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ ‏”‏‏.‏ قَالَتْ عَائِشَةُ رضى الله عنها وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْىُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ، فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا‏.‏
Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Harith bin Hisham radiallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Ya rasulullah, bagaimanakah wahyu disampaikan kepada kalian. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Kadangkala ia datang dalam bentuk bunyi loceng. Ia merupakan bentuk yang paling berat ke atas diri ku. Kemudian keadaan itu berhenti dan aku telah dapat menghafaz apa yang Jibril katakan. Adakalanya malaikat Jibril datang menyerupai manusia, lalu bercakap dengan aku dan aku menghafaz apa yang dia katakan. Aisyah berkata: Sesungguhnya aku pernah melihat wahyu turun kepada baginda ketika cuaca yang sangat sejuk. Malaikat itu beredar pergi dan peluh mengalir di dahi baginda. [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’u al-Wahy, hadis no: 2]
.
Daripada hadis di atas terdapat dua bentuk wahyu disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
.
A- Dengan bunyi umpama loceng atau bunyi yang kuat dan ia merupakan yang paling berat.
B- Jibril datang dalam bentuk manusia, sebagaimana dalam hadis Jibril.
.
Antara perkara yang perlu difahami, seperti sudah disebutkan bahawa wahyu itu terdiri daripada Al-Quran dan Al-Hadis/As-Sunnah. Jadi turunnya Jibril kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bukan sekadar membawa wahyu dalam bentuk al-Quran, bahkan juga wahyu dalam bentuk hadis sama ada hadis nabawi atau hadis qudsi. Untuk wahyu al-Quran; ia hanya akan disampaikan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dengan perantaraan Jibril dan Jibril tidak datang dalam bentuk manusia.
Ini berbeza dengan wahyu hadis di mana ia adakalanya dalam bentuk mimpi, adakalanya terus daripada Allah seperti dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj dan adakalanya Jibril datang dalam bentuk manusia.
.
.
#MMMR