Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Kesan Maksiat Kepada Puasa Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi

Maksiat dan Kesannya terhadap Puasa Puasa ialah ibadah yang berfungsi menyucikan jiwa, menghidupkan hati, menguatkan iman dan mempersiapkan orang yang berpuasa agar menjadi golongan yang bertakwa, sebagaimana firman Allah Ta‘ala: “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.” Oleh itu, wajib ke atas orang yang berpuasa untuk memelihara puasanya daripada perkara yang mencacatkannya, bahkan mungkin memunahkannya. Dia hendaklah menjaga pendengaran, penglihatan dan seluruh anggota badannya daripada perkara yang diharamkan oleh Allah Ta‘ala. Dia hendaklah menjaga lidahnya, tidak bercakap perkara sia-sia, tidak bercakap kotor, tidak bertengkar, tidak bertindak bodoh, dan tidak membalas kejahatan...

Read More

Adab Makan dan Minum Menurut al-Quran dan al-Sunnah

1) Makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat   Firman Allah s.w.t: وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ (٨٨( Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. [al-Maidah : 88]   2) Menjauhi pembaziran وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ Makan dan minumlah. Janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebihan [al-A’raf : 31] عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ...

Read More

Lebih Pemurah Daripada Hembusan Angin

Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ  حَتَّى يَنْسَلِخَ، يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام ، كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ ” . Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan manusia yang paling pemurah dengan kebaikan. Baginda menjadi lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila bertemu dengan malaikat Jibril. Malaikat Jibril akan hadir berjumpa nabi sallallahu ‘alaihi wasallam setiap malam di bulan Ramadhan sehingga tamatnya...

Read More

Panjang Bacaan Dalam Solat Terawih

Panjang Bacaan Dalam Solat Terawih Apabila masuk Ramadhan, akan ada rungutan sebahagian jemaah apabila imam baca panjang. Realitinya, kita duduk di Malaysia, masjid dan surau banyak. Pengalaman saya, kebanyakan masjid dan surau tidak baca panjang pun. Jika dalam daerah tu, nak jumpa masjid atau surau yang baca 1 juzuk 1 malam tu, memang kena cari betul-betul sebab kebanyakan tak buat begitu. Bahkan ada yang sangat ringkas sampai 1 muka surat al-Quran dibahagi kepada 4 rakaat. Jadi, bila ada sebahagian tempat imamnya baca panjang, 1 juzuk 1 malam, biarlah. Sekurangnya ada tempat yang memberi pilihan kepada yang nak imam baca...

Read More

SAHIHKAH HADIS DOA BERBUKA PUASA?

DOA BERBUKA PUASA Imam Ibn Majah dalam Sunannya, dalam Bab Orang Yang Berpuasa Tidak Ditolak Doanya. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa orang yang dizalimi. يَرْفَعُهَا اللَّهُ دُونَ الْغَمَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، Allah akan mengangkat doa itu ke atas awan pada hari kiamat, وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ، dibuka untuknya pintu-pintu langit, وَيَقُولُ: بِعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ” Allah...

Read More

JEMPUTAN KULIAH

Jumlah Pelawat

  • 0
  • 630
  • 2,530,275
  • 632,009