Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Kesatuan Ulama Sedunia Fatwakan Wajib Negara Islam Wujudkan Pakatan Tentera Untuk Lawan Zionis

Fatwa Majlis Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkenaan ‘Serangan Berterusan ke atas Gaza dan Penghentian Gencatan Senjata'”. الحمدلله مذل المعتدين، وناصر المستضعفين، ومثبت المجاهدين، وولي عباده المؤمنين، وحافظ أوليائه الصالحين، وقاطع دابر الطغاة الظالمين، ومصطفي الشهداء من المسلمين، ونصلي ونسلم على إمام المجاهدين، ورحمة الله للعالمين، وعلى آله وصحبه أجمعين وبعد: Segala puji bagi Allah, yang menghina golongan yang zalim, yang membantu golongan yang lemah, yang meneguhkan para pejuang di jalan-Nya, yang menjadi pelindung kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, yang memelihara wali-wali-Nya yang soleh, yang memutuskan kezaliman golongan yang zalim, yang memilih para syuhada dalam kalangan umat Islam....

Read More

Sahihkah Hadis Sunnah Ziarah Kubur Di Hari Raya?

Benarkah Menziarahi Kubur Termasuk Sunnah Yang Berkaitan Dengan Hari Raya? Saya terbaca beberapa tulisan yang menggalakkan menziarahi kubur pada hari raya, yang berhujahkan dengan beberapa riwayat. Di sini saya kongsikan sebahagian riwayat yang digunakan. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam al-Sunan al-Kubra: وَأَخْبَرَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ بْنُ بِشْرَانَ بِبَغْدَادَ، أنبأ أَبُو جَعْفَرٍ الرَّزَّازُ، ثنا كَثِيرُ بْنُ شِهَابٍ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ سَابِقٍ ثنا عَمْرُو بْنُ أَبِي قَيْسٍ، عَنْ مُطَرِّفٍ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْحَارِثِ، عَنْ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: «الْجَهْرُ فِي صَلَاةِ الْعِيدَيْنِ مِنَ السُّنَّةِ، وَالْخُرُوجُ فِي الْعِيدَيْنِ إِلَى الْجَبَّانَةِ مِنَ السُّنَّةِ» Daripada Ali RA, beliau berkata: Menguatkan bacaan...

Read More

Sunnah-Sunnah Di Hari Raya

  1- Mandi Hari Raya عَنْ مَالِك ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ” كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى “ Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’, Kitab al-Eidain, hadis no: 426]. Ulama mazhab Syafie menyatakan digalakkan untuk mandi pada pagi hari Raya. Ini berdasarkan atsar Ibn Umar di atas dan diqiaskan dengan hari Jumaat. Masa untuk mandi pula, pada pendapat yang paling kuat dalam mazhab Syafie ialah dibolehkan untuk mandi...

Read More

Boleh Sujud Kepada Guru Sebab Malaikat Sujud Kepada Nabi Adam?

Eh, kenapa pula haram sujud kepada shaikh untuk hormat dan ambil berkat. Kan malaikat disuruh sujud kepada Nabi Adam a.s? Mari kita lihat apa kata Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya. الرَّابِعَةُ- وَاخْتَلَفَ النَّاسُ فِي كَيْفِيَّةِ سُجُودِ الْمَلَائِكَةِ لِآدَمَ بَعْدَ اتِّفَاقِهِمْ عَلَى أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ سُجُودَ عِبَادَةٍ، Keempat: Ulama berbeza pendapat tentang cara malaikat sujud kepada Nabi Adam setelah mereka bersepakat bahawa ia bukan sujud ibadah. فَقَالَ الْجُمْهُورُ: كَانَ هَذَا أَمْرًا لِلْمَلَائِكَةِ بِوَضْعِ الْجِبَاهِ عَلَى الْأَرْضِ، كَالسُّجُودِ الْمُعْتَادِ فِي الصَّلَاةِ، Majoriti ulama berpendapat: Ini adalah perintah kepada malaikat untuk meletakkan dahi mereka di tanah seperti sujud yang biasa dilakukan dalam...

Read More

11/11/2018- Kesyahidan Komander Nuruddin Barakah

Asy-Syahid Sheikh Komander Nuruddin Muhammad Salamah Barakah, atau dikenali sebagai Abu Abdurrahman, lahir di bandar Khan Younis pada 25 April 1981. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam. Nuruddin berkahwin dan mempunyai enam anak; seorang anak lelaki bernama Abdurrahman dan lima anak perempuan, iaitu Fatimah az-Zahra, Ruqayyah, Zainab, Aisyah, dan Asma’. Dalam satu wawancara bersama Briged Al-Qassam, asy-syahid Komander Nuruddin menyatakan bahawa kali pertama beliau mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa adalah ketika berusia empat tahun, apabila bapanya membawanya untuk melawat saudara-maranya yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Tebing Barat. Asy-syahid memulakan pendidikan rendahnya di Sekolah...

Read More