Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Terima Kasih Hospital Selayang

Terima kasih kakitangan Hospital Selayang. Isteri saya, alhamdulillah, telah melahirkan anak perempuan kami di Hospital Selayang pada 1 Jun 2016, jam 12.34 tengahari. Kami sangat berpuas hati dengan layanan doktor, jururawat, kerani di kaunter hatta pengawal keselamatan. Pada asalnya isteri saya dijangka akan melahirkan anak secara normal. Bahkan sehari sebelum hari kelahiran, iaitu pada 30 Mei, kami menjalani pemeriksaaan rutin di Hospital Selayang dan doktor memaklumkan kelahiran normal kerana kepala anak sudah di bawah, uri pun sudah jauh daripada salur keluar. (Ia sesuatu yang melegakan kami kerana sebelum ini uri sangat hampir dengan pintu keluar, dan kepala bayi di...

Read More

ILMU SEBELUM AMAL DAN DAKWAH.

Sebahagian orang menyatakan kita perlu berilmu dalam melakukan amalan dan melakukan dakwah. Ada orang menyatakan tanpa ilmu, amal dan dakwah kita boleh jadi membawa banyak kerosakan. Benarkah begitu? Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya, dalam Kitab al-Ilm meletakkan sebuah bab yang bertajuk: باب العلم قبل القول والعمل Bab Ilmu Sebelum Perkataan dan Amalan. Kemudian Imam Al-Bukhari membawakan dalil-dalil yang menunjukkan hal ini. Antaranya ialah firman Allah: فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ KETAHUILAH! Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. [Surah Muhammad : 19]. Kata Imam Al-Bukhari selepas membawakan ayat ini: فبدأ بالعلم Lalu Allah memulakan dengan (suruhan) berilmu. Kemudian beliau...

Read More

Siapakah manusia yang dihancurkan kepalanya berulang kali di alam barzakh?

Ada seorang manusia yang akan dihancurkan kepalanya di alam barzakh dengan dihempap batu yang besar. Siapakah orang itu? Apakah dosanya? Samurah bin Jundab radiallahu ‘anhu berkata: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِمَّا يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ لأَصْحَابِهِ ‏”‏ هَلْ رَأَى أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْ رُؤْيَا ‏”‏‏.‏ قَالَ فَيَقُصُّ عَلَيْهِ مَنْ شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُصَّ، Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sering bertanya kepada sahabat-sahabatnya: Adakah ada daripada kalian yang bermimpi? Lalu sesiapa yang dikehendaki Allah akan menceritakan (mimpinya) kepada baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam. وَإِنَّهُ قَالَ ذَاتَ غَدَاةٍ ‏”‏ إِنَّهُ أَتَانِي اللَّيْلَةَ آتِيَانِ، وَإِنَّهُمَا ابْتَعَثَانِي، وَإِنَّهُمَا قَالاَ لِي انْطَلِقْ‏.‏ وَإِنِّي...

Read More

Buku Manahij al-Muhaddisin oleh pensyarah UIAM Gombak

Alhamdulillah, sejak Jumaat lalu hingga hari ini, dapat menyelesaikan pembacaan kitab Manahij al-Muhaddisin yang ditulis oleh dua orang bekas pensyarah UIAM Gombak dalam bidang hadis iaitu Dr. Sayuthi bin Abdul Manas dan Dr. Ismail Abdullah.   Dr. Sayuthi merupakan guru dan penyelia kepada tesis sarjana isteri saya.   Bila menziarahi kedai buku IIUM, ada banyak sebenarnya karya-karya ilmiah pensyarah-pensyarah kita.   Dr. Sayuthi ada menulis dua lagi buah buku berkaitan hadis-hadis yang saling bercanggah.   Membaca buku Manahij al-Muhaddisin ini akan memberikan kita satu gambaran berkaitan methodologi setiap ulama dalam menyusun kitab hadis.   Permulaan buku ini menjawab pertuduhan...

Read More

Mahu berkahwin tetapi ibu tidak beri keizinan

Mahu berkahwin tetapi ibu tidak beri keizinan? Ini satu perkara yang menyebabkan konflik dalam diri anak-anak. Sahabat, Seorang anak lelaki, izin ibu bapanya bukanlah syarat sah nikahnya. Seorang anak lelaki mampu sahaja menikahi seorang gadis yang ibu bapa si gadis meredhai. Mudah bukan menjadi anak lelaki. Sahabat, Itu soal sah. Tetapi hidup kita bukan hanya soal sah sahaja. Hidup ini mahukan kebaikan, hidup ini mahukan keredhaan Tuhan. Hidup ini mahukan cinta Tuhan. Sahabat, Tuhan sudah memberikan pra-syarat. Untuk mendapat keredhannya, kita perlu mendapatkan keredhaan kedua ibu bapa kita. Itu antara syarat yang Tuhan berikan. ‘Abdullah bim ‘Amru r.a pernah...

Read More