Ayat ini berada di tengah-tengah ayat puasa. Ayat 183-185 Allah menceritakan tentang puasa. Ayat 186 tiba-tiba Allah bercerita tentang doa. Ayat 187 Allah menyambung kisah puasa. Ini menunjukkan bagaimana rapatnya ibadah puasa dan doa.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186)
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahawasa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah : 186]

Dr. Khalid Uthman al-Sabt menerangkan tentang ayat ini:

1- Kedudukan ayat ini yang berada di tengah-tengah antara ayat-ayat berkaitan puasa menunjukkan terdapatnya keistimewaan doa di dalam bulan Ramadhan, dan keistimewaan doa ketika berpuasa.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
3 golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa orang yang dizalimi. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Siyam, no: 1752, Al-Arna’ut berkata: Hadis Hasan Insya-Allah].

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr r.a, Nabi s.a.w bersabda:
“إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak ketika berbuka puasa. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Siyam, no: 1753, Al-Arna’ut: Isnadnya hasan].

2- Kemuliaan orang yang berdoa.

Allah menggunakan kalimah عِبَادِي di mana orang-orang yang berdoa dipanggil ‘hamba-hambaKu’. Mereka di’idhafah’kan kepada Allah yang menunjukkan penghormatan kepada mereka.

3- Allah sangat dekat kepada orang yang berdoa.

– Ini merupakan jawapan Allah. Allah sangat dekat lagi mendengar doa kita, walaupun kita berdoa dengan suara perlahan yang tidak didengari pun oleh orang yang di sebelah kita.
– Kedekatan Allah ini ialah ‘dekat yang khusus’ kepada orang yang berdoa.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabat yang mengangkat suara ketika berzikir, kata baginda:

‏ يَا أَيُّهَا النَّاسُ، ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا، إِنَّهُ مَعَكُمْ، إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ، تَبَارَكَ اسْمُهُ وَتَعَالَى جَدُّهُ ‏”‏‏.‏
Wahai sekalian manusia, kasihanilah diri kamu. Sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada yang pekak atau yang tidak hadir. Sesungguhnya Dia bersama kamu. Dia mendengar dan dekat. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, no: 2992].

Hal ini jua seperti firman Allah berikut:

فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ [سورة هود:61]
Mohonlah ampun kepadaNya, kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya Tuhan ku Dekat dan Memustajabkan (doa). [Hud: 61].

– Jawapan Allah ‘Sesungguhnya aku dekat’ datang secara terus daripada Allah tanpa ada perantaraan. Allah tidak menyebutkan kepada Rasulullah s.a.w ‘Katakanlah: Sesungguhnya aku dekat’, sebaliknya Allah terus menjawab ‘Sesungguhnya aku dekat’. Ini menunjukkan kedekatan yang teramat sangat dengan orang yang berdoa.

– Ini menunjukkan tidak adanya perantara antara doa seorang hamba dengan Allah. Ini berbeza orang Musyrikin. Mereka berdoa kepada Allah dengan cara menjadikan makhluk seperti berhala sebagai perantara atau wasilah antara mereka dengan Allah. Firman Allah:

مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى [سورة الزمر:3]
“Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”. [Al-Zumar : 3].

Tidak ada perantara antara seorang hamba dan Allah apabila dia berdoa, bertaubat, beristighfar.

4- Kita boleh berdoa di mana-mana sahaja. Apabila kita mengetahui Allah sangat dekat dengan orang yang berdoa. Maka kita akan terus berdoa di mana sahaja kita berada tanpa perlu pergi ke tempat yang tertentu.

Bagi yang boleh membaca B.Arab, boleh baca artikel asal di sini –> https://khaledalsabt.com/interpretations/3493/142-%D9%82%D9%88%D9%84%D9%87-%D8%AA%D8%B9%D8%A7%D9%84%D9%89-%D9%88%D8%A7%D8%B0%D8%A7-%D8%B3%D8%A7%D9%84%D9%83-%D8%B9%D8%A8%D8%A7%D8%AF%D9%8A-%D8%B9%D9%86%D9%8A-%D9%81%D8%A7%D9%86%D9%8A-%D9%82%D8%B1%D9%8A%D8%A8-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D9%8A%D8%A9186