Apabila Calon Pilihanraya Memakai Simbol Khanda
Apabila Calon Pilihanraya Memakai Simbol Khanda
Saya mendapat mesej di dalam peti masuk laman FB ini. Mesej itu bertanyakan hukum seorang calon pilihanraya memakai lambang agama Sikh. Ahli politik itu sendiri yang berkongsi gambar-gambar itu di laman FBnya dan gambar-gambar itu masih wujud hingga sekarang [ https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10158194778306840 ].
1- Suka saya mengingatkan pembaca laman FB saya bahawa saya bukan seorang ulama, maka saya tidak boleh mengeluarkan fatwa.
2- Oleh itu, apa yang saya lakukan hanyalah berkongsi fatwa-fatwa ulama berkaitan hal ini.
3- Benarkah simbol yang dipakai oleh ahli politik itu simbol agama?
Saya cuba mencari maklumat tentangnya, maka saya menemui maklumat berikut:
Simbol yang ada pada penutup kepala ahli politik itu dipanggil Khanda.
Apakah itu Khanda?
Menurut laman https://www.sikhs.org:
The Khanda is the symbol of the Sikhs, as the Cross is to Christians or the Star of David is to Jews. It reflects some of the fundamental concepts of Sikhism. The symbol derives its name from the double-edged sword (also called a Khanda) which appears at the center of the logo. This double-edged sword is a metaphor of Divine Knowledge, its sharp edges cleaving Truth from Falsehood. The circle around the Khanda is the Chakar. The Chakar being a circle without a beginning or and end symbolizes the perfection of God who is eternal. The Chakar is surrounded by two curved swords called Kirpans. These two swords symbolize the twin concepts of Meeri and Peeri – Temporal and Spiritual authority introduced by Guru Hargobind. They emphasize the equal emphasis that a Sikh must place on spiritual aspirations as well as obligations to society. [ https://www.sikhs.org/khanda.htm ]
Oleh itu, dapat kita fahami bahawa Khanda adalah simbol agama Sikhism.
4- Apakah fatwa-fatwa ulama berkaitan memakai simbol-simbol agama lain?
Saya menemui fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli al-Bakri. Saya petik apa yang tertulis dalam fatwanya:
Larangan menyerupaikan pakaian orang kafir
Kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.”
(HR Abu Daud, no. 4031)
Berdasarkan penelitian para ulama terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah, salah satu bentuk penyerupaan dengan orang kafir yang dilarang ke atas umat Islam adalah pada pakaian.
Menurut sebahagian pendapat dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan jumhur Mazhab Syafie, menyerupai pakaian yang menjadi syiar orang kafir dihukumkan kafir. Kerana itu, sesiapa yang memakai topi orang Yahudi dengan sengaja maka ia kufur kecuali jika dipaksa atau memakainya sekadar untuk berlindung daripada kepanasan. Begitu juga orang yang memakai pakaian khas paderi Kristian, ia dihukumkan kafir kecuali jika memakainya sebagai helah dalam peperangan, maka ia tidak dihukumkan kafir. (Al-Fatawa al-Hindiyyah: 2/276; Jawahir al-Iklil: 2/278; Tuhfah al-Muhtaj: 9/91)
Walaubagaimanapun, sesetengah ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie pula mengatakan, sesiapa yang mengenakan pakaian khas orang kafir, tidak jatuh kafir kecuali jika ia beriktikad dengan iktikad kufur tersebut. Sebagaimana kata al-Imam Abu Hanifah, “Seseorang tidak keluar daripada iman kecuali daripada pintu yang ia masuki, maka masuk ia ke dalam Islam menerusi perakuan dan pembenaran, sedangkan kedua-duanya masih kekal.” (Al-Fatawa al-Bazzaziyyah: 6/332)
Mazhab Hanbali pula mengatakan haram memakai pakaian bukan Islam yang merupakan syiar agama mereka. Kata al-Buhuti, “Jika seorang muslim memakai pakaian yang menjadi syiar ahli zimmah (kafir yang tunduk di bawah kerajaan Islam), atau menggantung salib pada dadanya, hukumnya haram, namun ia tidak kafir dengan demikian, tetapi berdosa seperti kemaksiatan yang lain.” (Kasysyaf al-Qina’: 3/128)
Pandangan ini juga sama dengan apa yang diutarakan oleh al-Nawawi yang mengatakan, seseorang yang memakai pakaian khas paderi Kristian ia tidak kafir kecuali jika disertai dengan niat (mengikuti iktikad mereka). (Raudah al-Talibin: 10/69)
Sumber: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2456-al-kafi-755-hukum-memakai-tudung-bercorak-dreamcather
Muzakarah Fatwa Kebangsaan Menyatakan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas. [ http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15328 ]
Perkara yang sama diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke – 81 yang bersidang pada 19 April 2012, telah membincangkan mengenai Hukum Orang Islam Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang-Lambang Agama Lain, Contohnya Salib Dan Seumpamanya, Mesyuarat telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib dan seumpamanya sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.
Komiti Fatwa Arab Saudi menyebutkan:
إذا بُيِّن له حكم لبس الصليب وأنه شعار النصارى ، ودليل على أن لابسه راض بانتسابه إليهم والرضا بما هم عليه وأصر على ذلك حُكِم بكفره ؛
Seandainya telah diterangkan kepadanya bahawa memakai salib adalah syiar agama Kristian, dan telah diterangkan kepadanya akan dalil yang menyatakan bahawa memakai simbol itu merupakan bentuk keredhaan dalam memasukkan dirinya dalam kelompok Kristian, dan bentuk keredhaan kepada kepercayaan mereka, lalu dia tetap jua berterusan memakainya, maka dia dihukum sebagai kafir.
لقوله عز وجل ) وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ) المائدة/51 ،
Ini berdasarkan firman Allah: Sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. [Al-Maidah : 51]
[ https://islamqa.info/en/47060 ]
5- Kesimpulan: Perbuatan tersebut adalah HARAM.
6- Saya membaca-baca kembali maklumat berkaitan agama Sikhism, dan kelihatan banyak persamaan dengan agama Islam dalam masa yang sama pasti wujudnya perbezaan. Teringat kembali di zaman belajar ketika di peringkat asasi di UIA PJ di mana kami mempelajari subjek Religions in Malaysia. Kami belajar tentang Kristian, Hindu, Buddha, Sikhism
7- Saya berharap agar semua ahli politik di Malaysia dapat menjaga tingkah laku mereka dan tidak melakukan apa-apa perkara yang bercanggah dengan Islam apatah lagi yang berisiko kepada akidah seorang Mukmin. Usahlah kita menjual akidah Islam kita untuk meraih sokongan daripada bukan Muslim. Tunjukkanlah kita seorang Muslim yang komited, yang disebabkan komitednya kita kepada Muslim kita masih menghormati hak-hak bukan Muslim.