‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata:

حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Ayyu Yaum Yusomu Fi ‘Asyura, hadis no: 1134]

Majoriti ulama berpendapat bahawa tidak makruh untuk hanya berpuasa hari ‘Asyura tanpa puasa sehari sebelum atau selepasnya. Hanya sahaja berpuasa sehari sebelum atau selepasnya adalah digalakkan berdasarkan hadis di atas.

Ini kerana tidak terdapat sebarang larangan daripada berpuasa ‘Asyura tanpa puasa sehari sebelum atau selepasnya.

Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata:

(وَعَاشُورَاءُ) وَلَا بَأْسَ بِإِفْرَادِهِ
Puasa ‘Asyura. Tidak mengapa untuk hanya berpuasa pada hari itu. [Al-Haitami, Tuhfatul Muhtaj Fi Syarhi al-Minhaj, 3:455].

Imam Al-Buhuthiy berkata:

( ولا يكره إفراد العاشر بالصوم ) قال في المبدع : وهو المذهب
Tidak dimakruhkan berpuasa 10 Muharam sahaja. Disebutkan dalam Al-Mubdi’ Syarh Al-Muqni’: Ini adalah pendapat mazhab. [Al-Buhuthiy, Kasyaf al-Qina’, 6:135]

Manakala dalam mazhab Hanafi, disebutkan bahawa berpuasa hari Asyura sahaja termasuk dalam kategori makruh tanzih.

وأما المكروه فهو قسمان مكروه تنزيها ومكروه تحريما. الأول صوم عاشوراء منفردا عن التاسع
Makruh terbahagi kepada dua jenis. Iaitu Makruh Tanzih & Makruh Tahrim. Yang pertama (iaitu Makruh Tanzih) ialah berpuasa hari ‘Asyura tanpa puasa hari ke 9. [Shurunbulali, Nur al-Idhoh, 101].

Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:

كراهة إفراد يوم عاشوراء بالصوم ليست أمراً متفقاً بين أهل العلم، فإن منهم من يرى عدم كراهة إفراده، ولكن الأفضل أني صام يوم قبله أو يوم بعده،
Makruhnya berpuasa Asyura sahaja tanpa puasa sehari sebelum/selepasnya bukanlah satu perkara yang disepakati oleh ulama. Sebahagian ulama berpendapat tidak makruh berpuasa Asyura sahaja. Akan tetapi lebih afdhal untuk berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

والتاسع أفضل من الحادي عشر، أي من الأفضل أن يصوم يوماً قبله لقول النبي صلى الله عليه وسلم: “لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع” يعني مع العاشر،
Berpuasa pada 9 Muharam itu lebih afdhal daripada berpuasa pada 11 Muharam. Ini bermaksud lebih afdhal berpuasa sehari sebelum ‘Asyura berdasarkan sabda baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam: Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharam; bermaksud baginda akan berpuasa hari ke 9 bersama hari ke 10 Muharam.

وقد ذكر بعض أهل العلم أن صيام عاشوراء له ثلاث حالات، وذكروا أن الأكمل أن يصوم يوماً قبله ويوماً بعده، ثم أن يصوم التاسع والعاشر، ثم أن يصوم العاشر والحادي عشر، ثم أن يفرده بالصوم.
Sebahagian ulama menyatakan bahawa berpuasa pada hari ‘Asyura mempunyai 3 keadaan. Mereka menyebutkan bahawa yang paling sempurna ialah berpuasa sehari sebelumnya dan sehari selepasnya. Seterusnya, berpuasa hari ke 9 dan 10 Muharam. Seterusnya, berpuasa pada hari ke 10 dan ke 11. Setersunya, berpuasa hari Asyura sahaja.

والذي يظهر أن إفراده بالصوم ليس بمكروه، لكن الأفضل أن يضم إليه يوماً قبله أو يوماً بعده”.
Yang lebih kuat adalah puasa hari ‘Asyura sahaja tidaklah makruh. Akan tetapi lebih afdhal menggabungkan bersamanya puasa sehari sebelumnya atau selepasnya. [Ibn al-Uthaimin, Majmu al-Fatawa wa ar-Rasail, 20:42]

#MMMR