عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ‏”‏ ‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram, hadis no : 1163]

Muharram VS Sya’ban ?

Timbul persoalan, bukankah selepas Ramadhan, bulan yang banyak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa ialah bulan Sya’ban, dan bukannya bulan Ramadhan.

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah menghuraikan:

تَصْرِيح بِأَنَّهُ أَفْضَل الشُّهُور لِلصَّوْمِ ، وَقَدْ سَبَقَ الْجَوَاب عَنْ إِكْثَار النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ صَوْم شَعْبَان دُون الْمُحْرِم ، وَذَكَرنَا فِيهِ جَوَابَيْنِ :

Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia (iaitu bulan Muharram) ialah bulan yang paling afdhal untuk berpuasa. Sebelum ini telah disebutkan jawapan kepada persoalan berkaitan nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam membanyakkan puasa dalam bulan Sya’ban, dan bukannya Muharram. Kami telah menyebutkan bahawa terdapat dua jawapan untuk persoalan ini.

أَحَدهمَا : لَعَلَّهُ إِنَّمَا عَلِمَ فَضْلَهُ فِي آخِر حَيَاته ،

Pertama: Boleh jadi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam hanya mengetahui kelebihannya (iaitu kelebihan puasa dalam bulan Muharram) ketika di hujung usianya.

وَالثَّانِي : لَعَلَّهُ كَانَ يَعْرِض فِيهِ أَعْذَار ، مَنْ سَفَرٍ أَوْ مَرَضٍ أَوْ غَيْرِهِمَا .

Kedua: Boleh jadi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak berpuasa kerana keuzuran disebabkan musafir, sakit atau selainnya. [al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, jilid 8, m/s 237-238]

Muharram bulan Allah ?

Kenapakah bulan Muharram digelar sebagai bulan Allah ? Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah menghuraikan dalam Lathoif al-Maarif:

وقد سمى النبي صلى الله عليه و سلم المحرم شهر الله واضافته إلى الله تدل على شرفه وفضله فإن الله تعالى لا يضيف إليه إلا خواص مخلوقاته …

Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah. Penisbahannya kepada Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihannya. Sesungguhnya Allah tidak menisbahkan kepada diriNya melainkan makhluk-makhlukNya yang istimewa…

ولما كان هذا الشهر مختصا بإضافته إلى الله تعالى كان الصيام من بين الأعمال مضافا إلى الله تعالى فإنه له من بين الأعمال ناسب أن يختص هذا الشهر المضاف إلى الله بالعمل المضاف إليه المختص به وهو الصيام

Ketika mana bulan ini mendapat status istimewa dengan dinisbahkan kepada Allah, puasa pula merupakan amalan yang dinisbahkan kepada Allah, sesungguhnya puasa adalah milik Allah . Amalan yang mempunyai sifat yang sama dengan keistimewaan bulan ini, iaitu dinisbahkan kepada Allah, ialah puasa. [Lathoif al-Maarif m/s 36]

Puasa 10 Muharram/Asyura

Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Puasa hari ‘Asyura, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Istihbab Siyam Tsalasah Ayyam Min Kulli Shahr wa Sawm Yaum ‘Arafah wa ‘Asyura wa al-Isnain wa al-Khamis, hadis no: 1162]

عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُهُ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ‏

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Di zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah, Baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, Baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu Baginda mengatakan:) Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa). [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Siyyam, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, hadis no: 2002].

عَنِ ابْنِ، عَبَّاسٍ – رضى الله عنهما – قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَسُئِلُوا عَنْ ذَلِكَ فَقَالُوا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي أَظْهَرَ اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَبَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى فِرْعَوْنَ فَنَحْنُ نَصُومُهُ تَعْظِيمًا لَهُ ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ نَحْنُ أَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ‏”‏ ‏.‏ فَأَمَرَ بِصَوْمِهِ ‏.‏

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah lalu mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Mereka ditanya tentang hal itu lalu mereka menjawab: Ini merupakan hari Allah menyelamatkan Musa dan Bani Israel daripada Firaun. Kamu berpuasa pada hari ini sebagai bentuk penghormatan kepadanya. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Kami lebih utama dengan Nabi Musa berbanding kalian. Lalu baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Sawm Yaum ‘Asyura, hadis no: 1130].

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menerangkan:

اِتَّفَقَ الْعُلَمَاء عَلَى أَنَّ صَوْم يَوْم عَاشُورَاء الْيَوْم سُنَّة لَيْسَ بِوَاجِبٍ ، وَاخْتَلَفُوا فِي حُكْمه فِي أَوَّل الْإِسْلَام حِين شُرِعَ صَوْمه قَبْل صَوْم رَمَضَان ، فَقَالَ أَبُو حَنِيفَة : كَانَ وَاجِبًا ، وَاخْتَلَفَ أَصْحَاب الشَّافِعِيّ فِيهِ عَلَى وَجْهَيْنِ مَشْهُورَيْنِ : أَشْهَرُهُمَا عِنْدَهُمْ : أَنَّهُ لَمْ يَزَلْ سُنَّةً مِنْ حِين شُرِعَ ، وَلَمْ يَكُنْ وَاجِبًا قَطُّ فِي هَذِهِ الْأُمَّة ، وَلَكِنَّهُ كَانَ مُتَأَكِّدَ الِاسْتِحْبَاب ، فَلَمَّا نَزَلَ صَوْم رَمَضَان صَارَ مُسْتَحَبًّا دُون ذَلِكَ الِاسْتِحْبَاب . وَالثَّانِي : كَانَ وَاجِبًا ، كَقَوْلِ أَبِي حَنِيفَة ،

Ulama bersepakat bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan ibadah sunat, dan bukannya wajib. Mereka berselisih pendapat tentang hukum asalnya di zaman awal Islam ketika mula-mula disyariatkan puasa ‘Asyura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan. Imam Abu Hanifah berkata: Ia wajib. Ulama’-ulama’ mazhab Syafie berbeza pendapat sehinggan menghasilkan dua pendapat yang masyhur dalam hal ini.

Pendapat yang paling masyhur ialah: Hukumnya memang sunat sejak awal lagi ia disyariatkan. Ia tidak pernah menjadi wajib kepada umat ini, akan tetapi ia merupakan amalan sunat yang sangat ditekankan. Apabila disyariatkan puasa Ramadhan, hukum sunatnya tidak lagi menjadi terlalu ditekankan. Pendapat yang kedua: (Hukum asalnya) adalah wajib sebagaimana pendapat Al-Imam Abu Hanifah. [Syarh Sahih Muslim, jilid 8, m/s 198-199]

Empat Fasa Puasa Asyura

Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menerangkan, terdapat empat fasa pensyariatan puasa Asyura:

الحالة الأولى : أنه كان يصومه بمكة و لا يأمر الناس بالصوم ….

Fasa pertama: Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di Mekah, tetapi tidak menyuruh umat Islam untuk berpuasa (sebagaimana hadis riwayat ‘Aisyah di atas)….

الحالة الثانية : أن النبي صلى الله عليه و سلم لما قدم المدينة و رأى صيام أهل الكتاب له وتعظيمهم له وكان يحب موافقتهم فيما لم يؤمر به صامه وأمر الناس بصيامه وأكد الأمر بصيامه والحث عليه حتى كانوا يصومونه أطفالهم

Fasa kedua: Apabila baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, baginda melihat puasa Ahlul Kitab, dan penghormatan yang mereka berikan kepada hari tersebut. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam suka untuk melakukan perkara yang sama walaupun tidak diperintahkan melakukan hal tersebut. Lalu baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut dan memberikan penekanan kepada arahan itu sehinggakan kanak-kanak umat Islam turut berpuasa ketika itu.

الحالة الثالثة : أنه لما فرض صيام شهر رمضان ترك النبي صلى الله عليه و سلم أمر الصحابة بصيام عاشوراء و تأكيده فيه و قد سبق حديث عائشة في ذلك

Fasa ketiga: Ketika difardhukan puasa Ramadhan, nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak lagi menyuruh atau menekankan para sahabat untuk berpuasa di hari ‘Asyura sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis ‘Aisyah.

الحالة الرابعة : أن النبي صلى الله عليه و سلم عزم في آخر عمره على أن لا يصومه مفردا بل يضم إليه يوما آخر مخالفة لأهل الكتاب في صيامه

Fasa keempat: Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berazam pada hujung usianya untuk tidak berpuasa tunggal, sebaliknya menggandingkan puasa ‘Asyura dengan puasa hari yang lain untuk menyelisihi Ahlil Kitab dalam puasanya. [Lathoif al-Maarif m/s 53]

Berpuasa 9 dan 10 Muharram

Sebagaimana disebutkan dalam fasa keempat, merupakan sunnah untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram untuk menyelisihi puasa Yahudi dan Kristian.

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata:

حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Ayyu Yaum Yusomu Fi ‘Asyura, hadis no: 1134]

Imam An-Nawawi menyebutkan:

قال الشافعي وأصحابه وأحمد وإسحاق وآخرون : يستحب صوم التاسع والعاشر جميعا ؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم صام العاشر ، ونوى صيام التاسع ، وقد سبق في صحيح مسلم في كتاب الصلاة من رواية أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله الحرام قال بعض العلماء : ولعل السبب في صوم التاسع مع العاشر أن لا يتشبه باليهود في إفراد العاشر . وفي الحديث إشارة إلى هذا ،

Imam Al-Syafie dan ulama mazhabnya, Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain berkata: Disunatkan berpuasa pada hari ke sembilan dan ke sepuluh. Ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa pada hari ke sepuluh dan berniat untuk berpuasa pada hari ke sembilan. Telah disebutkan dalam Sahih Muslim, Kitab as-Solat daripada riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa bulan Allah, Al-Muharram. Sebahagian ulama berkata: Boleh jadi sebab perlu berpuasa pada hari ke sembilan bersama hari ke sepuluh adalah untuk tidak menyerupai Yahudi yang berpuasa hari ke sepuluh sahaja. Pada hadis ini terdapat isyarat kepada hal tersebut. [Syarh Sahih Muslim, jilid 8, m/s 205].