SAHUR SEBELUM TIDUR
Sebahagian daripada kita mungkin takut terlewat bangun sebelum Subuh@memang tak mahu bangun sebelum Subuh, jadi sebelum tidur, dia akan makan dahulu, dan menyatakan itu adalah sahur untuk puasanya.
Jadi adakah dia dapat pahala sunnah bersahur tu?
Jawapannya:
Imam al-Nawawi menyatakan:
وقت السحور بين نصف الليل وطلوع الفجر
Waktu sahur adalah antara separuh malam hingga terbitnya fajar. [Al-Majmu’ Sharh Al-Muhazzab].
Oleh itu, jika dia makan selepas separuh malam, maka dia mendapat pahala sunnah bersahur. Jika sebelum separuh malam, ia tidak dikira sahur.
Sebaiknya dilewatkan sahur itu hingga hampir waktu fajar.
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، قُلْتُ : كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ ؟ قَالَ : قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersahur bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian baginda bangun mendirikan solat. Aku (iaitu Anas bin Malik) berkata: Berapa lamakah tempoh masa antara azan dan sahur? Zaid menjawab: Pada kadar lima puluh ayat [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1796]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ : ” إِنَّ بِلَالًا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا ، حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Bilal azan di waktu malam, makan dan minumlah sehingga kalian mendengar azan Ibn Ummi Maktum [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no: 1834]
Di dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (Ensiklopedia Fiqh Kuwait) disebutkan:
السُّحُورُ سُنَّةٌ لِلصَّائِمِ ، وَقَدْ نَقَل ابْنُ الْمُنْذِرِ الإْجْمَاعَ عَلَى كَوْنِهِ مَنْدُوبًا
Sahur itu sunat kepada orang yang berpuasa. Ibn al-Munzir menukilkan kesepakatan ulama bahawa hukumnya adalah sunat.
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً “
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1798]
عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
‘Amru bin al-‘As radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1843]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةٍ مِنْ مَاءٍ
‘Abdullah bin ‘Amru radiallahu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah walau dengan seteguk air [Sahih Ibn Hibban, Kitab as-Sawm, hadis no: 3558]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik sahur orang beriman ialah kurma [Sunan Abi Daud, Kitab ad-Sawm, hadis no: 2001]