SAHIHKAH HADIS FADHILAT KORBAN?
Imam al-Tirmizi meriwayatkan dalam Jami’nya, Abwab al-Adhohiy, Bab Ma Ja’a Fi Fadhl al-Adhiyah, no: 1493, dengan sanadnya daripada Muslim bin ‘Amr al-Khaza’u, daripada Abdullah bin Nafi’, daripada Abu al-Mutsanna Sulaiman bin Yazid al-Awdi, daripada Hisham bin ‘Urwah, daripada ‘Urwah, daripada ‘Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا.
Tidak ada satu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Aidiladha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di satu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan diri mu dengannya.
Imam al-Tirmizi berkata: Dalam bab ini terdapat riwayat daripada ‘Imran bin Hushain, dan Zaid bin Arqam. Hadis ini Hasan Gharib. Kami tidak mengetahui hadis ini daripada riwayat Hisham bin ‘Urwah melainkan dengan sanad ini. Abu al-Mutsanna nama ialah Sulaiman bin Yazid. Ibnu Abi Fudaik meriwayatkan daripadanya. Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda: Pada setiap bulu haiwan korban kebaikan untuk pemiliknya. Diriwayatkan pula “Pada setiap tanduknya..”.
سنن الترمذي ت بشار (3/ 135)
1493 – حَدَّثَنَا أَبُو عَمْرٍو مُسْلِمُ بْنُ عَمْرِو بْنِ مُسْلِمٍ الحَذَّاءُ الْمَدَنِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نَافِعٍ الصَّائِغُ أَبُو مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِي الْمُثَنَّى، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا.
وَفِي البَابِ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، وَزَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، لاَ نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ إِلاَّ مِنْ هَذَا الوَجْهِ وَأَبُو الْمُثَنَّى اسْمُهُ سُلَيْمَانُ بْنُ يَزِيدَ رَوَى عَنْهُ ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ.
وَيُرْوَى عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: فِي الأُضْحِيَّةِ لِصَاحِبِهَا بِكُلِّ شَعَرَةٍ حَسَنَةٌ وَيُرْوَى بِقُرُونِهَا.
Hadis ini turut diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Al-Hakim kesemuanya dengan sanad daripada ‘Abdullah bin Nafi’. Al-Hakim menyatakan Sahih al-Isnad.
Pernyataan Al-Hakim ini perlu ditinjau semula. Ini kerana Sulaiman bin Yazid ini, Abu Hatim menyatakan beliau Munkarul Hadis. Tidak kuat. Ibnu Hibban pula berkata: Tidak boleh berhujah dengannya. [Mizan al-I’tidal, 2:228].
Oleh sebab itu Al-Dzahabi dalam komentarnya kepada penilaian al-Hakim dalam al-Mustadrak menyatakan: Sulaiman ini Wahi. سليمان واه.
Oleh itu hadis ini dhaif sebagaimana dinyatakan oleh Al-Dzahabi, Ibnu al-Mulaqqin dalam Al-Badrul Al-Munir, Al-Mundziri dalam Al-Targhib wa Al-Tarhib.
Ibnu al-Mulaqqin menukilkan:
وَقَالَ ابْن الْعَرَبِيّ فِي «الأحوذي شرح التِّرْمِذِيّ» : لَيْسَ فِي فضل الْأُضْحِية
حَدِيث صَحِيح
Ibnu al-‘Arabiy berkata dalam Al-Ahwazi Sharh al-Tirmizi: “Tiada hadis yang sahih berkaitan fadhilat melakukan korban”. [Al-Badr Al-Munir, 9:273]
Peringatan: Ini hanya berkaitan hadis yang menyebutkan fadhilat spesifik untuk ibadah korban. Adapun ibadah korban itu sendiri, dalil pensyariatannya daripada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, dan setiap ibadah yang diterima pasti mendatangkan pahala.