Kelas Baru! Tadabbur al-Asma’ al-Husna
Alhamdulillah sesi kelas pengajian bulan Jun telah berlalu. Kini kita masuk pula ke bulan Julai.

Bulan ini kita akan menambah 1 kelas yang baru iaitu Tadabbur al-Asma’ al-Husna. Peserta akan memahami bagaimana berinteraksi dengan nama-nama Allah, bagaimana beramal dengannya, dan apakah maksud setiap nama-nama Allah.

Alhamdulillah, tadabbur surah al-Nur sudah selesai bab Qazaf iaitu menuduh orang berzina. Tadabbur sirah pula sudah masuk bab kelahiran Nabi SAW.

Berikut adalah jadual pengajian mingguan online bulan Julai.

1) Tadabbur Al-Quran- Surah al-Nur
Isnin- 9.00 malam – 10.00 malam
4 kelas/bulan
Tarikh: 7, 14, 21, 28 Julai.

2) Tadabbur Sirah Nabawiyyah
Selasa – 9.00 malam – 10.00 malam
4 kelas/bulan
Tarikh: 8, 15, 22, 29 Julai.

3) Tadabbur Nama-Nama Allah (Al-Asma’ Al-Husna)
Sabtu – 9.00 malam- 10.00 malam
4 kelas/bulan.
Tarikh: 5, 12, 19, 26 Julai.

Medium pengajian adalah menggunakan Google Meet dan Youtube Live.

Peserta akan menerima nota pengajian melalui emel.

Peserta juga akan mendapat akses rakaman kelas jika tidak dapat menyertai LIVE.

DAFTAR DI SINI