Eh, kenapa pula haram sujud kepada shaikh untuk hormat dan ambil berkat. Kan malaikat disuruh sujud kepada Nabi Adam a.s?

Mari kita lihat apa kata Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya.

الرَّابِعَةُ- وَاخْتَلَفَ النَّاسُ فِي كَيْفِيَّةِ سُجُودِ الْمَلَائِكَةِ لِآدَمَ بَعْدَ اتِّفَاقِهِمْ عَلَى أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ سُجُودَ عِبَادَةٍ،
Keempat: Ulama berbeza pendapat tentang cara malaikat sujud kepada Nabi Adam setelah mereka bersepakat bahawa ia bukan sujud ibadah.

فَقَالَ الْجُمْهُورُ: كَانَ هَذَا أَمْرًا لِلْمَلَائِكَةِ بِوَضْعِ الْجِبَاهِ عَلَى الْأَرْضِ، كَالسُّجُودِ الْمُعْتَادِ فِي الصَّلَاةِ،
Majoriti ulama berpendapat: Ini adalah perintah kepada malaikat untuk meletakkan dahi mereka di tanah seperti sujud yang biasa dilakukan dalam solat.

لِأَنَّهُ الظَّاهِرُ مِنَ السُّجُودِ فِي الْعُرْفِ وَالشَّرْعِ، وَعَلَى هَذَا قِيلَ: كَانَ ذَلِكَ السُّجُودُ تَكْرِيمًا لِآدَمَ وَإِظْهَارًا لِفَضْلِهِ، وَطَاعَةً لِلَّهِ تَعَالَى،
Ini kerana itulah yang zahir tentang sujud menurut uruf dan syarak. Berdasarkan hal ini, dikatakan bahawa sujud itu adalah untuk memuliakan Nabi Adam, menunjukkan kelebihannya, dan sebagai satu bentuk ketaatan kepada Allah Taala.

وَكَانَ آدَمُ كَالْقِبْلَةِ لَنَا. وَمَعْنَى» لِآدَمَ«: إِلَى آدَمَ، كَمَا يُقَالُ صَلَّى لِلْقِبْلَةِ، أَيْ إِلَى الْقِبْلَةِ.
Nabi Adam adalah seperti kiblat bagi kita. Maksud “لِآدَمَ” ialah “kepada Adam”, sebagaimana dikatakan “solat kepada kiblat” bermaksud “ke arah kiblat”.

وَقَالَ قَوْمٌ: لَمْ يَكُنْ هَذَا السُّجُودَ الْمُعْتَادَ الْيَوْمَ الَّذِي هُوَ وَضْعُ الْجَبْهَةِ عَلَى الْأَرْضِ، وَلَكِنَّهُ مُبْقًى عَلَى أَصْلِ اللُّغَةِ، فَهُوَ مِنَ التَّذَلُّلِ وَالِانْقِيَادِ، أَيِ اخْضَعُوا لِآدَمَ وَأَقِرُّوا لَهُ بِالْفَضْلِ.
Sebahagian ulama pula berkata: Sujud itu bukanlah sujud yang biasa dilihat seperti hari ini, iaitu meletakkan dahi di tanah. Sebaliknya, ia mengikut maksud asal pada sudut bahasa, iaitu tunduk dan patuh, bermaksud “tunduklah kepada Adam dan iktiraflah kelebihannya”.

(فَسَجَدُوا) أَيِ امْتَثَلُوا مَا أُمِرُوا بِهِ.
Maka, “mereka sujud” bermaksud mereka melaksanakan apa yang diperintahkan kepada mereka.

وَاخْتُلِفَ أَيْضًا هَلْ كَانَ ذَلِكَ السُّجُودُ خَاصًّا بِآدَمَ فَلَا يَجُوزُ السُّجُودُ لِغَيْرِهِ مِنْ جَمِيعِ الْعَالَمِ إِلَّا لِلَّهِ تَعَالَى، أَمْ كَانَ جَائِزًا بَعْدَهُ إِلَى زَمَانِ يَعْقُوبَ ،
Para ulama juga berbeza pendapat sama ada sujud itu khusus untuk Adam sahaja, sehingga tidak boleh dilakukan kepada sesiapa pun selain Allah Taala, atau ia dibenarkan sehinggalah zaman Nabi Ya’kub.

لِقَوْلِهِ تَعَالَى:» وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا «١» [يوسف: ١٠٠] فَكَانَ آخِرَ مَا أُبِيحَ مِنَ السُّجُودِ لِلْمَخْلُوقِينَ؟
Ini sebagaimana firman Allah Taala: “Dan dia menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana, dan mereka tunduk sujud kepadanya.” [Yusuf: 100]. Oleh itu, peristiwa ini dianggap sebagai perbuatan sujud terakhir yang dibenarkan kepada makhluk.

وَالَّذِي عَلَيْهِ الْأَكْثَرُ أَنَّهُ كَانَ مُبَاحًا إِلَى عَصْرِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ،
Pendapat majoriti ulama pula mengatakan ia dibenarkan hingga zaman Rasulullah ﷺ.

وَأَنَّ أَصْحَابَهُ قَالُوا لَهُ حِينَ سَجَدَتْ لَهُ الشَّجَرَةُ وَالْجَمَلُ: نَحْنُ أَوْلَى بِالسُّجُودِ لَكَ مِنَ الشَّجَرَةِ وَالْجَمَلِ الشَّارِدِ، فَقَالَ لَهُمْ: (لَا يَنْبَغِي أَنْ يُسْجَدَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ).
Para sahabat pernah berkata kepada baginda ﷺ ketika pohon dan unta sujud kepadanya: “Kami lebih layak sujud kepadamu daripada pohon dan unta.” Rasulullah menjawab ﷺ: “Tidak sepatutnya sujud dilakukan kepada sesiapa pun kecuali kepada Allah, Tuhan sekalian alam”.

رَوَى ابْنُ مَاجَهْ فِي سُنَنِهِ وَالْبُسْتِيُّ فِي صَحِيحِهِ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ مِنَ الشَّامِ سَجَدَ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ،
Ibnu Majah meriwayatkan dalam Sunannya, dan begitu jua al-Busti (Ibnu Hibban) dalam Sahihnya daripada Abu Waqid, katanya: Ketika Muaz bin Jabal pulang dari Syam, dia sujud kepada Rasulullah ﷺ.

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: (مَا هَذَا) فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَدِمْتُ الشَّامَ فَرَأَيْتُهُمْ يَسْجُدُونَ لِبَطَارِقَتِهِمْ وَأَسَاقِفَتِهِمْ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِكَ،
Rasulullah ﷺ bertanya: “Apa ini?” Muaz menjawab: “Wahai Rasulullah, saya datang dari Syam dan melihat mereka sujud kepada pemimpin dan paderi mereka, maka saya ingin melakukannya kepadamu.”

قَالَ: (فَلَا تَفْعَلْ فَإِنِّي لَوْ أَمَرْتُ شَيْئًا أَنْ يَسْجُدَ لِشَيْءٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا).
Baginda ﷺ menjawab: “Jangan kamu lakukan! Jika saya hendak memerintahkan seseorang untuk sujud kepada sesuatu, saya akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya”.

وَفِي بَعْضِ طُرُقِ مُعَاذٍ: وَنَهَى عن السجود للبشر وأمر بالمصافحة.
Dalam beberapa riwayat daripada Muaz, Rasulullah ﷺ melarang sujud kepada manusia dan memerintahkan berjabat tangan.

قُلْتُ: وَهَذَا السُّجُودُ الْمَنْهِيُّ عَنْهُ قَدِ اتَّخَذَهُ جُهَّالُ الْمُتَصَوِّفَةِ عَادَةً فِي سَمَاعِهِمْ وَعِنْدَ دُخُولِهِمْ عَلَى مَشَايِخِهِمْ وَاسْتِغْفَارِهِمْ،
Aku (iaitu Imam al-Qurthubi) berkata: Sujud yang dilarang ini telah dijadikan kebiasaan oleh golongan sufi yang bodoh dalam majlis-majlis sama’, ketika mereka menemui shaikh-shaikh mereka, dan ketika memohon keampunan mereka.

فَيُرَى الْوَاحِدُ مِنْهُمْ إِذَا أَخَذَهُ الْحَالُ بِزَعْمِهِ يَسْجُدُ لِلْأَقْدَامِ «١» لِجَهْلِهِ سَوَاءٌ أَكَانَ لِلْقِبْلَةِ أَمْ غَيْرِهَا جَهَالَةً مِنْهُ، ضَلَّ سَعْيُهُمْ وَخَابَ عَمَلُهُمْ.
Oleh itu, akan kelihatan seseorang daripada mereka, apabila dia sudah tenggelam dalam satu keadaan (dzawq misalnya) menurut sangkaannya, dia sujud kepada kaki (orang lain) kerana kejahilannya, sama ada ke arah kiblat atau tidak, atas kejahilannya. Perbuatan mereka sesat dan amalan mereka sia-sia. [Al-Jami’ Li Ahkam al-Qur’an].


Sujud Kepada Selain Allah.

عَنْ قَيْسِ بْنِ سَعْدٍ ، قَالَ : أَتَيْتُ الْحِيرَةَ فَرَأَيْتُهُمْ يَسْجُدُونَ لِمَرْزُبَانٍ لَهُمْ، فَقُلْتُ : رَسُولُ اللَّهِ ﷺ أَحَقُّ أَنْ يُسْجَدَ لَهُ،
Daripada Qais bin Sa’d, beliau berkata: “Aku pernah pergi ke Al-Hirah, lalu aku melihat penduduknya sujud kepada seorang pembesar mereka (Marzuban). Aku berkata : ‘Rasulullah ﷺ lebih berhak untuk disujud kepadanya.’

قَالَ : فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ فَقُلْتُ : إِنِّي أَتَيْتُ الْحِيرَةَ فَرَأَيْتُهُمْ يَسْجُدُونَ لِمَرْزُبَانٍ لَهُمْ، فَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ نَسْجُدَ لَكَ، قَالَ : ” أَرَأَيْتَ لَوْ مَرَرْتَ بِقَبْرِي أَكُنْتَ تَسْجُدُ لَهُ؟ ” قَالَ : قُلْتُ : لَا، “
Setelah itu, aku pergi berjumpa Nabi ﷺ dan berkata: ‘Sesungguhnya saya telah pergi ke Al-Hirah, dan saya melihat mereka bersujud kepada pembesar mereka. Oleh itu, Engkau, wahai Rasulullah, lebih berhak untuk kami sujudk.’ Nabi ﷺ bersabda: ‘Apa pendapat kamu jika kamu melewati kuburku, adakah kamu akan sujud kepadanya?’ Aku menjawab: ‘Tidak.’

قَالَ : ” فَلَا تَفْعَلُوا، لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لِأَزْوَاجِهِنَّ، لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنَ الْحَقِّ
Baginda bersabda: ‘Oleh itu, janganlah kamu melakukannya. Sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain, aku pasti akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suami mereka, kerana Allah telah menjadikan hak suami ke atas mereka sangat besar.’” [Sunan Abi Daud].

Antara sahabat yang meriwayatkan hadis semakna dengannya ialah Anas bin Malik (Musnad Ahmad), Jabir bin Abdillah (Musannaf Ibn Abi Syaibah), Zaid bin Arqam (Al-Bazzar), Suraqah bin Malik (al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir), Aisyah (Sunan Ibn Majah), Buraidah (Sunan al-Darimi), Abu Hurairah (Jami’ al-Tirmizi), Ibn Abbas (al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir), Muaz bin Jabal (Sunan Ibn Majah).

Imam al-Ramli menyebutkan dalam Nihayatul Muhtaj:

قَالَ ابْنُ الصَّلَاحِ: مَا يَفْعَلُهُ عَوَامُّ الْفُقَرَاءِ مِنْ السُّجُودِ بَيْنَ يَدَيْ الْمَشَايِخِ فَهُوَ مِنْ الْعَظَائِمِ وَلَوْ كَانَ بِطَهَارَةٍ وَإِلَى الْقِبْلَةِ، وَأَخْشَى أَنْ يَكُونَ كُفْرًا
Imam Ibnu al-Solah berkata: Apa yang dilakukan oleh orang awam daripadagolongan yang fakir iaitu sujud di hadapan para mashaikh adalah termasuk dosa besar, meskipun dilakukan dalam keadaan suci dan menghadap kiblat. Bahkan aku takut ia termasuk kekufuran.

Al-Syarawani dalam Hasyiahnya menyebutkan:

وَقَوْلُهُ وَأَخْشَى إلَخْ إنَّمَا قَالَ ذَلِكَ وَلَمْ يَجْعَلْهُ كُفْرًا حَقِيقَةً؛ لِأَنَّ مُجَرَّدَ السُّجُودِ بَيْنَ يَدَيْ الْمَشَايِخِ لَا يَقْتَضِي تَعْظِيمَ الشَّيْخِ كَتَعْظِيمِ اللَّهِ بِحَيْثُ يَكُونُ مَعْبُودًا وَالْكُفْرُ إنَّمَا يَكُونُ إذَا قَصَدَ ذَلِكَ
Perkataannya “aku takut”. Beliau menyatakan begitu dan tidak menjadikan ia sebagai kekufuran yang hakiki kerana sekadar sujud di hadapan para mashaikh tidak menunjukkan mengagungkan mashaikh sebagaimana pengagungan kepada Allah sehingga ia menjadi sesuatu yang disembah. Kekufuran hanyalah berlaku apabila dimaksudkan begitu.

Imam al-Nawawi menyebutkan dalam al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab:

وَأَمَّا مَا يَفْعَلُهُ عَوَامُّ الْفُقَرَاءِ وَشِبْهُهُمْ مِنْ سُجُودِهِمْ بَيْنَ يَدَيْ الْمَشَايِخِ وَرُبَّمَا كَانُوا مُحْدِثِينَ فَهُوَ حَرَامٌ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ وَسَوَاءٌ فِي ذَلِكَ كَانَ مُتَطَهِّرًا أَوْ غَيْرَهُ وَسَوَاءٌ اسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ أَمْ لَا
Adapun perbuatan masyarakat awam daripada golongan fakir dan yang seumpama mereka iaitu sujud di hadapan para mashaikh, adakalanya dalam keadaan tidak suci. Maka ia adalah haram menurut ijma’ kaum Muslimin, sama sahaja ia dilakukan dalam keadaan suci atau tidak, menghadap kiblat atau tidak.

وَقَدْ يَتَخَيَّلُ كَثِيرٌ مِنْهُمْ أَنَّ ذَلِكَ تَوَاضُعٌ وَكَسْرٌ لِلنَّفْسِ وَهَذَا خَطَأٌ فَاحِشٌ وَغَبَاوَةٌ ظَاهِرَةٌ
Ramai antara mereka berkhayal bahawa perbuatan itu adalah satu bentuk merendah diri dan mematahkan nafsu. Ini adalah kesalahan besar dan kebodohan yang nyata.

فَكَيْفَ تُكْسَرُ النُّفُوسُ أَوْ تَتَقَرَّبُ إلَى اللَّهِ تَعَالَى بِمَا حَرَّمَهُ وَرُبَّمَا اغْتَرَّ بَعْضُهُمْ بِقَوْلِهِ تَعَالَى (وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وخروا له سجدا)
Bagaimana mungkin seseorang mematahkan nafsu atau mendekatkan diri kepada Allah dengan sesuatu yang diharamkan oleh-Nya? Sebahagian mereka mungkin terkeliru dengan firman Allah Ta’ala: (Dan dia menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana, lalu mereka tunduk sujud kepadanya). (Surah Yusuf: 100).

وَالْآيَةُ مَنْسُوخَةٌ أَوْ مُتَأَوَّلَةٌ كَمَا هُوَ مَعْرُوفٌ فِي كُتُبِ الْعُلَمَاءِ وَسُئِلَ الشَّيْخُ أَبُو عَمْرِو بْنُ الصَّلَاحِ عَنْ هَذَا السُّجُودِ الَّذِي قَدَّمْنَاهُ فَقَالَ هُوَ مِنْ عَظَائِمِ الذُّنُوبِ وَنَخْشَى أَنْ يَكُونَ كُفْرً
Namun, ayat ini telah dimansukhkan atau ditakwil sebagaimana yang diketahui di dalam kitab-kitab para ulama. Shaikh Abu ‘Amr Ibnu al-Solah pernah ditanya mengenai sujud yang disebutkan ini. Lalu beliau menyatakan bahawa ia termasuk dosa besar dan beliau takut ia membawa kepada kekufuran.

Disebutkan dalam Mawsu’ah al-Ijma’ Fi al-Fiqh al-Islamiy:

[٨٩/ ٤] المسألة: التاسعة والثمانون: السجود للعلماء ولو كانوا محدثين حرام.
Masalah- 89:Sujud kepada ulama walaupun mereka dalam keadaan hadas adalah haram.

• المراد بالمسألة: إذا سجد الإنسان لشخص من باب تعظيمه سجود تعظيم، فإن ذلك حرام، كما لو سجد لعالم من العلماء، أو سجد لوالده، أو سجدت المرأة لزوجها، أو العبد لسيده، أو غير ذلك، فكله حرام منهي عنه في الشرع. ويتبين مما سبق أنه لو سجد سجود عبادة، أي: بنية العبادة، فمسألة أخرى ليست مرادة في الباب.
Jika seseorang sujud kepada seseorang sebagai tanda penghormatan, maka ia adalah haram, seperti jika dia sujud kepada ulama, ibu bapa, sujud seorang isteri kepada suami, atau hamba kepada tuannya, dan lain-lain. Semua itu haram dan terlarang dalam syariat. Jelas daripada apa yang disebutkan sebelum ini bahawa jika seseorang bersujud dengan sujud ibadah, iaitu dengan niat ibadah, maka itu adalah isu lain yang tidak dimaksudkan dalam bab ini.

Antara yang menukilkan ijma’ dalam hal ini ialah Imam al-Nawawi seperti telah disebutkan. Antara yang lain ialah Ibnu Taimiyyah.

[٩٠/ ٤] المسألة التسعون: السجود لغير اللَّه بنية العبادة كفر.
Masalah-90: Sujud kepada selain Allah dengan niat ibadah adalah kufur
المراد بالمسألة: إذا سجد الإنسان المسلم البالغ المكلف المختار لأي شيء غير اللَّه تعالى، ناويًا أن ذلك السجود عبادة، فإن ذلك الفعل كفر مخرج من الملة، سواء سجد لصنم، أو لشمس، أو ولي، أو رسول، أو ملَك، أو نحو ذلك، ويحكم على فاعله بالردة، إذا توفرت الشروط وانتفت الموانع.
Jika seorang Muslim baligh, mukallaf, dan dengan sukarela sujud kepada sesuatu selain Allah, dengan niat bahawa sujud tersebut adalah ibadah, maka perbuatan itu adalah kufur yang mengeluarkan pelakunya daripada Islam. Sama ada dia bersujud kepada berhala, matahari, wali, rasul, malaikat, atau apa-apa sahaja seumpamanya. Pelakunya dihukum sebagai murtad jika syarat-syarat kekufuran dipenuhi dan tiada halangan yang menghalang pengkafiran.

وقال الرحيباني (١٢٤٣ هـ): «السجود للحكام والموتى بقصد العبادة كفر، قولًا واحدًا، باتفاق المسلمين» (٤).
Al-Rahibani (1243H): “Sujud kepada penguasa atau orang mati dengan niat ibadah adalah kufur, berdasarkan kesepakatan Muslimin.”

#MMMR