Fatwa Majlis Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkenaan ‘Serangan Berterusan ke atas Gaza dan Penghentian Gencatan Senjata'”.
الحمدلله مذل المعتدين، وناصر المستضعفين، ومثبت المجاهدين، وولي عباده المؤمنين، وحافظ أوليائه الصالحين، وقاطع دابر الطغاة الظالمين، ومصطفي الشهداء من المسلمين، ونصلي ونسلم على إمام المجاهدين، ورحمة الله للعالمين، وعلى آله وصحبه أجمعين وبعد:
Segala puji bagi Allah, yang menghina golongan yang zalim, yang membantu golongan yang lemah, yang meneguhkan para pejuang di jalan-Nya, yang menjadi pelindung kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, yang memelihara wali-wali-Nya yang soleh, yang memutuskan kezaliman golongan yang zalim, yang memilih para syuhada dalam kalangan umat Islam. Kami berselawat dan mengucapkan salam ke atas penghulu para pemimpin mujahidin, rahmat Allah untuk seluruh alam, serta ke atas ahli keluarga baginda SAW dan semua sahabatnya. Amma ba’du:
فإن لجنة الاجتهاد والفتوى بالاتحاد العالمي لعلماء المسلمين تتابع بقلوب تعتصر ألما استمرار العدوان الغاشم على أهلنا في غزة، حيث بلغ عدد الشهداء أكثر من 50 ألف إنسان من بداية العدوان، وقد نقض الكيان المحتل اتفاقية إيقاف الحرب كما هي عادته في نقض العهود والمواثيق مع الله ورسله وخلقه؛ فاستأنف عملية الإبادة الجماعية الممنهجة لإخواننا في غزة بدعم من حكومة الولايات المتحدة، والتي لا زالت تمد العدوان الصهيوني بالقنابل الفتاكة والأسلحة المدمرة، في ظل صمت عربي وخذلان من دول العالم الإسلامي .
Sesungguhnya Majlis Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia mengikuti dengan hati yang pedih apabila melihat berterusannya pembantaian terhadap saudara-saudara kita di Gaza, di mana jumlah syuhada telah melebihi 50,000 orang sejak bermulanya serangan ini. Entiti penjajah telah mencabuli perjanjian gencatan senjata sebagaiman kebiasaan mereka yang selalu melanggar perjanjian,sama ada dengan Allah, para rasul-Nya, mahupun dengan manusia. Mereka telah menyambung operasi pembunuhan beramai-ramai secara sistematik terhadap saudara-saudara kita di Gaza, dengan sokongan kerajaan Amerika Syarikat, yang terus membekalkan senjata pemusnah kepada pihak Zionis, dalam masa yang sama dunia Arab terus membisu, dan negara-negara Islam yang lain pula mendiamkan diri.
وإننا في لجنة الاجتهاد والفتوى بالاتحاد العالمي نبين الأحكام الشرعية المتعلقة بهذه النازلة في ظل استمرار هذا العدوان الصهيوني الغاشم، أداء للأمانة التي أخذها الله على أهل العلم وذلك على النحو التالي:
Justeru itu, kami daripada Majlis Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia ingin menjelaskan hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan krisis ini di mana pembantaian Zionis yang berterusan. Ini sebagai menunaikan amanah yang telah Allah pertanggungjawabkan kepada para ulama. Penjelasan kami adalah seperti berikut:
أولا: عطفا على كافة فتاوانا السابقة والمفصلة الصادرة منذ بدء حرب الإبادة وتأكيدا عليها نبين لأهل الإسلام ودوله كافة وجوب جهاد الكيان الصهيوني وكل من يشترك معه على الأرض المحتلة في إبادة أهلنا في غزة من المرتزقة والجنود من أي دولة، وذلك بالتدخل العسكري وإمداد المجاهدين بالمعدات الحربية والخبرات العسكرية والمعلومات الاستخباراتية، وذلك فرض متعين أولا على أهل فلسطين ثم دول الجوار (مصر والأردن ولبنان)، ثم كافة الدول العربية والإسلامية.
Pertama: Berdasarkan semua fatwa kami yang pernah dikeluarkan sejak bermulanya peperangan ini, dan untuk mengukuhkannya lagi. Kami ingin menjelaskan kepada seluruh umat Islam dan negara-negara mereka tentang kewajipan jihad menentang entiti Zionis dan semua pihak yang bersekongkol dengannya di tanah Palestin yang dijajah dalam usaha mereka melakukan pembunuhan ke atas saudara-saudara kita di Gaza termasuklah di dalamnya tentera upahan dan tentera dari mana-mana negara. Hal ini dilakukan dengan menghantar pasukan tentera untuk campur tangan, serta membekalkan para pejuang dengan peralatan perang, kepakaran tentera dan maklumat risikan. Ini merupakan kewajipan individu pertama ke atas penduduk Palestin, kemudian negara jiran (Mesir, Jordan dan Lubnan), dan seterusnya seluruh negara Arab dan Islam.
وواجب الجهاد ضد الاحتلال في فلسطين على كل مسلم مستطيع في العالم الإسلامي. وتؤكد لجنة الاجتهاد والفتوى بالاتحاد أن الواجب الشرعي على الحكومات في دولنا هو التدخل الفوري عسكريا واقتصاديا وسياسيا لإيقاف هذه الإبادة والتدمير الشامل، بمقتضى ولايتهم
Kewajipan berjihad menentang penjajahan di Palestin merupakan kewajipan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan di seluruh dunia Islam. Majlis Ijtihad dan Fatwa menegaskan bahawa menjadi kewajipan syarak bagi pemerintah negara Islam untuk campur tangan segera secara ketenteraan, ekonomi dan politik bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini dan kemusnahan menyeluruh yang sedang berlaku. Ini berdasarkan kuasa yang ada pada tangan pihak pemerintah-pemerintah ini.
وأن ترك الحكومات العربية والإسلامية نصرة غزة وهي تباد يعدها الشرع جريمة كبرى في حق إخواننا المستضعفين في غزة يقول الله تعالى: {وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ} [النساء: 75]، ويعد هذا التخاذل خيانة لأمانة الولاية وقد قال تعالى: ﴿يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ ﴾ [الأنفال: 27] .
Tindakan kerajaan Arab dan Islam yang membiarkan Gaza dihancurkan tanpa sebarang bantuan merupakan satu jenayah besar terhadap saudara-saudara kita yang tertindas di Gaza. Firman Allah Ta’ala:
“Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah dalam kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak…” [An-Nisa: 75]. Perbuatan ini juga merupakan satu pengkhianatan terhadap amanah pemerintah. Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahuinya.” [Al-Anfal: 27]
ثانيا: يحرم إمداد العدو الكافر في إبادته لأهل الإسلام في غزة، أيا كان نوع هذا الإمداد، فيحرم بيع السلاح له، وتسهيل نقله عبر الموانئ أو الممرات الدولية كقناة السويس وباب المندب ومضيق هرمز أو أي وسيلة برية أو بحرية أو جوية وتفتي اللجنة بوجوب حصار العدو المحتل جويا وبريا وبحريا انتصارا لإخواننا في غزة.
Kedua: Haram memberi sebarang bentuk bantuan kepada musuh kafir dalam usahanya membunuh umat Islam di Gaza. Apa jua bentuk bantuan itu samaada menjual senjata kepadanya, atau memudahkannya mengangkut senjata melalui pelabuhan, laluan antarabangsa seperti Terusan Suez, Bab al-Mandab, Selat Hormuz atau mana-mana laluan darat, laut atau udara adalah haram. Majlis ini juga memfatwakan wajibnya mengepung musuh penjajah dari udara, darat dan laut demi membela saudara-saudara kita di Gaza.
ثالثا: تفتي اللجنة أنه يحرم إمداد الكيان بالبترول والغاز وكل السلع التي تساعده في حربه على أهلنا، وكذا يحرم إمداده بالطعام والشراب في الوقت الذي يموت فيه أبناء غزة جوعا، وأن من يفعل ذلك محبة للعدو الصهيوني الكافر، ورغبة في تدمير المقاومة الإسلامية فهو مرتد عن الإسلام، وتسقط ولايته عنهم،
Ketiga: Majlis inimemfatwakan haram membekalkan entiti Zionis petrol, gas dan sebarang barangan yang membantu mereka dalam perang terhadap saudara kita. Begitu juga haram membekalkan makanan dan minuman kepada mereka sedangkan anak-anak Gaza mati kelaparan. Sesiapa yang berbuat demikian kerana cintakan musuh Zionis dia adalah kafir, dan sesiapa yang ingin menghancurkan perjuangan Islam, maka dia telah murtad daripada Islam dan gugur hak pemerintahannya ke atas orang Islam.
وإن فعله طمعا في كسب ونحوه، فقد أتى أكبر الكبائر وأعظم الذنوب، وهو على خطر عظيم، وتدخل هذه الأفعال في الموالاة المنهي عنها شرعا في قول الله تعالى: ﴿يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾ [المائدة: 51]
Sekiranya dia melakukannya kerana tamak kepada keuntungan dan seumpamanya, maka dia telah melakukan dosa besar yang amat dahsyat, dan berada dalam bahaya besar. Perbuatan ini termasuk dalam bentuk wala’ yang dilarang oleh syarak berdasarkan firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain. Barang siapa yang mengambil mereka sebagai pemimpin dalam kalangan kamu, maka sesungguhnya dia termasuk dari kalangan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” [Al-Ma’idah: 51]
رابعا: تفتي اللجنة بوجوب قيام الدول العربية والإسلامية بإنشاء حلف عسكري موحد لحماية بلاد الإسلام والدفع عن دينها ودمائها ومقدراتها وقرارها وأعراضها وهذا الوجوب من نوع العاجل الذي لا يجوز تأخيره لما يترتب على ذلك من المفاسد والفتنة في الأرض تحقيقا لقوله تعالى: ﴿وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ﴾ [الأنفال: 60]
Keempat: Majlis ini memfatwakan wajibnya negara-negara Arab dan Islam menubuhkan pakatan ketenteraan bagi melindungi negara-negara Islam, mempertahankan agama, nyawa, harta, dan kedaulatan mereka. Kewajipan ini bersifat segera dan tidak boleh ditangguhkan, kerana penangguhannya akan membawa kepada kerosakan dan fitnah besar di muka bumi. Firman Allah Ta’ala:
“Dan bersiap sedialah kamu terhadap mereka dengan segala kekuatan yang kamu mampu, dan dengan kuda-kuda perang untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu…” [Al-Anfal: 60]
والسياسات العالمية اليوم لا مكان فيها للضعفاء والمختلفين والمتفرقين فالحلف العسكري الموحد للدول العربية والإسلامية للردع والحماية هو ما سيحقق الأمن والاستقرار للمسلمين والمنطقة ويشكل قوة توازن عالمي. وقد قال تعالى : ﴿وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ﴾ [الأنفال: 73]
Dasar politik dunia hari ini tidak memberi tempat kepada mereka yang lemah, berpecah dan tidak bersatu. Maka penubuhan pakatan ketenteraan Islam dan Arab ini amat penting bagi menjamin keselamatan dan kestabilan umat Islam wilayah-wilayah umat Islam, dan membentuk satu kuasa pengimbang di dunia. Firman Allah:
“Dan orang-orang kafir itu saling bantu-membantu sesama mereka. Jika kamu (orang-orang Islam) tidak berbuat demikian (membantu sesama sendiri), nescaya akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” [Al-Anfal: 73]
خامسا: تدعو اللجنة الدول الإسلامية التي بينها وبين الكيان المحتل معاهدات إلى أن عليها إعادة النظر فيها والضغط على العدو بذلك.
لأن المعاهدات هدفها تحقيق المصلحة العامة لأهل الإسلام فندعو لمراجعتها وتقدير ما أقيمت لأجله وما التزمه العدو المحتل منها وما انتهك لاتخاذ موقف حازم حيال ذلك.
Kelima: Majlis ini menyeru negara-negara Islam yang mempunyai perjanjian dengan entiti penjajah agar menyemak semula perjanjian-perjanjian tersebut dan menggunakannya sebagai tekanan terhadap pihak musuh. Ini kerana tujuan asal perjanjian tersebut adalah untuk menjaga kemaslahatan umat Islam. Maka hendaklah dinilai semula perjanjian itu berdasarkan objektif asal, sejauh mana musuh komited kepadanya dan sejauh mana ia telah dilanggar, lalu mengambil pendirian tegas berkenaannya.
سادسا: تؤكد اللجنة ما أفتت به من وجوب الجهاد بالمال على كل قادر، فيجب على الأغنياء الجهاد بالمال وتجهيز الغزاة والمجاهدين، ليس فقط من مال الزكاة، بل الواجب أن يخرجوا من حر مالهم لإيقاف سفك دماء الأبرياء من إخوانهم، مصداقا لقول الله تعالى:.
Keenam: Majlis ini menegaskan kembali fatwa wajibnya berjihad dengan harta bagi setiap yang mampu. Orang-orang kaya wajib membelanjakan hartanya untuk membiayai para Mujahidin, bukan hanya daripada zakat tetapi juga daripada harta peribadi mereka, demi menghentikan pertumpahan darah saudara-saudara mereka yang tidak berdosa. Ini berdasarkan firman Allah:
{انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ} [التوبة: 41] ولقول النبي صلى الله عليه وسلم قال:”من جهز غازيا في سبيل الله فقد غزا، ومن خلف غازيا في سبيل الله في أهله بخير فقد غزا”، متفق عليه.
“Pergilah kamu berperang, sama ada dalam keadaan ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kamu di jalan Allah. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” [At-Taubah: 41]
Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang melengkapi seorang pejuang di jalan Allah, maka seolah-olah dia sendiri turut berperang. Dan barang siapa yang menjaga ahli keluarga pejuang dengan baik, maka dia juga dianggap turut berperang.” (Muttafaq ‘alaih)
وعليهم أن يسعوا إلى إيصال المال للمجاهدين بكل وسيلة ممكنة أيا كانت، وواجب كذلك رعاية أسر المجاهدين والمرابطين وكفالتهم بما يضمن لهم العيش واستمرار الرباط والجهاد والمقاومة
Mereka juga wajib berusaha sedaya upaya menyampaikan bantuan harta kepada para mujahidin dengan apa jua cara, dan wajib menanggung biaya kehidupan keluarga mujahidin bagi memastikan kesinambungan jihad dan penentangan.
سابعا: تفتي اللجنة بتحريم التطبيع مع الكيان الصهيوني المحتل بكافة صوره وأشكاله، وأن الواجب الشرعي على الدول التي طبعت مع الكيان قطع علاقتها معه؛ نصرة للمظلومين، فضلا عن حرمة موالاتهم وعونهم للكفار على المسلمين، وقد قال تعالى:
Ketujuh: Majlis ini memfatwakan bahawa haram menjalin hubungan normalisasi dengan entiti penjajah Zionis dalam semua bentuk dan rupanya. Menjadi kewajipan daripada sudut syarak ke atas negara-negara yang telah menormalisasi hubungan tersebut untuk memutuskan hubungan dengan entiti tersebut sebagai sokongan kepada golongan yang dizalimi. Apatah lagi bersekongkol dan membantu orang kafir dalam menindas umat Islam adalah haram.
﴿تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ . وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ وَلَكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ﴾ [المائدة: 80-81].
Firman Allah Taala: “Engkau akan melihat ramai di antara mereka menjadikan orang-orang kafir sebagai teman rapat. Amat buruklah apa yang telah mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka kekal dalam azab. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, nabi dan apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan mereka sebagai teman rapat. Tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
([Surah al-Ma’idah: 80–81])
ثامنا: يجب على العلماء شرعا القيام بواجبهم وعدم السكون والخذلان، وأن يصدعوا بالحق، وأن يعلنوا وجوب جهاد العدو المحتل بكل وسيلة ممكنة، وأن يضغطوا على الأنظمة الحاكمة والجيوش الرسمية والمؤسسات في بلاد الإسلام بالقيام بواجبهم وتحملهم مسؤوليتهم الدينية والتاريخية والحضارية.
Kelapan: Para ulama diwajibkan oleh syarak untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa berdiam diri atau bersikap pasif. Mereka hendaklah menyatakan kebenaran dengan lantang, dan menyeru kepada kewajipan berjihad melawan musuh penjajah dengan segala cara yang mungkin. Mereka juga perlu mendesak kerajaan, tentera rasmi, dan institusi-institusi di negara Islam untuk melaksanakan tanggungjawab agama, sejarah dan tamadun mereka.
تاسعا: يجب شرعا على المسلمين – حكاما وشعوبا- أن يقاطعوا الكيان الصهيوني ومن يشترك معه في حرب الإبادة، مقاطعة سياسية بسحب السفراء، واقتصادية بترك شراء الأسلحة والمعدات والطائرات والسيارات وغيرها من السلع منهم، فضلا عن المقاطعة الثقافية والعلمية وغيرها،
Kesembilan: Menjadi kewajipan syarak ke atas umat Islam – pemerintah dan rakyat – untuk memboikot entiti Zionis serta sesiapa sahaja yang bersekongkol dengannya dalam perang pembunuhan beramai-ramai ini.
Boikot ini perlu merangkumi:
– Boikot politik dengan menarik balik duta,
– Boikot ekonomi dengan tidak membeli senjata, peralatan, kapal terbang, kenderaan dan barangan lain daripada mereka,
– Boikot budaya dan ilmiah serta pelbagai bentuk kerjasama lain.
كما يحرم على الدول التي هي شريكة في شركات بناء المستوطنات بقاؤهم فيها، ويجب عليهم شرعا الانسحاب من تلك الشركات، وألا تستثمر أموال المسلمين في شركات تعمل في بناء المستوطنات وخدمة الاحتلال الصهيوني الظالم، فتلك خيانة عظمى.
Begitu jua negara-negara yang terlibat dalam syarikat yang membina penempatan haram Yahudi haram untuk kekal dalamnya, dan wajib keluar darinya, dan tidak boleh melaburkan wang umat Islam dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembinaan penempatan haram serta berkhidmat kepada penjajah Zionis yang zalim, kerana itu adalah pengkhianatan yang amat besar.
عاشرا: توجه اللجنة النداء إلى الحكومة الامريكية التي تبنى الرئيس ترمب في حملته إحلال السلام في غزة ودعمه الناخب المسلم بناء على ذلك.
وتذكرهم بهذه الوعود وعلى الجاليات المسلمة في الولايات المتحدة الامريكية القيام بالضغط على الرئيس ترمب والحكومة الأمريكية بما في وسعهم من الوسائل المتاحة المكفولة.
Kesepuluh: Majlis ini menyeru jua kerajaan Amerika Syarikat yang presidennya, Donald Trump, semasa kempen pilihan raya telah menjanjikan usaha ke arah keamanan di Gaza dan telah mendapat sokongan daripada pengundi Muslim atas dasar tersebut. Komuniti Muslim di Amerika Syarikat diseru supaya menggunakan segala saluran yang sah yang ada untuk menekan Presiden Trump dan kerajaan AS untuk mengotakan janji mereka.
الحادي عشر: تدعو اللجنة إلى استمرار مقاطعة الشركات الداعمة للكيان الصهيوني المحتل لما لها من فاعلية ظهرت نتائجها الفاعلة من أي دولة كانت غربية أو غيرها وبخاصة إن كانت الدولة ضالعة في دعم العدوان بالسلاح والقنابل والعتاد والموقف السياسي.
Kesebelas: Majlis ini menyeru agar boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong entiti Zionis penjajah diteruskan, kerana boikot ini terbukti berkesan dan memberi impak yang jelas, tidak kira dari negara Barat atau negara lain khususnya lagi jika negara tersebut terlibat secara langsung dalam menyokong serangan melalui senjata, bom, peralatan dan pendirian politik.
الثاني عشر: يجب على الشعوب المسلمة إمداد إخوانهم في غزة بكل ما يقدرون عليه من الدواء والغذاء والكساء والوقود ونحوها، وأنه في حال رفض بعض الحكومات في بلاد المسلمين ذلك، فلا طاعة لمخلوق في معصية الخالق، ولا يكون ذلك مخالفة لولي الأمر، لأن طاعة الله في نصرة المظلوم وعونه أحق من طاعة الحاكم في تقاعسه عن نصرة المسلمين.
Kedua Belas: Umat Islam wajib untuk menyalurkan segala bentuk bantuan kepada saudara-saudara mereka di Gaza, seperti ubat-ubatan, makanan, pakaian, bahan api, dan seumpamanya.
Sekiranya ada kerajaan di negara Islam yang menghalang usaha tersebut, maka tidak harus ditaati kerana “tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang bermaksiat kepada Allah.” Ini tidak termasuk dalam menyelesihi pemerintah Islam. Ini kerana mentaati Allah dalam menolong orang yang dizalimi adalah kewajipan yang lebih utama daripada taat kepada pemerintah yang enggan menolong umat Islam.
الثالث عشر: يجب شرعا في هذه الآونة الصعبة وحدة صف المسلمين، وترك الشقاق والنزاعات جانبا، ويتأكد هذا في حق الفصائل الفلسطينية جميعها، وكذلك وجوب وحدة الصف العربي والإسلامي بين الدول والمؤسسات، مصداقا لقوله تعالى: .
Ketiga Belas: Pada waktu yang sangat genting ini, umat Islam diwajibkan untuk bersatu padu dan meninggalkan perpecahan serta persengketaan. Perkara ini sangat penting, khususnya dalam kalangan semua faksi-faksi pejuang Palestin, dan begitu juga wajib menyatukan saf negara-negara serta institusi-institusi Islam dan Arab. Ini bertepatan dengan irman Allah:
﴿وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ﴾ [الأنفال: 46]
“Dan janganlah kamu berselisih, nanti kamu akan gagal dan hilang kekuatanmu.”
([Surah al-Anfal: 46])
الرابع عشر: تدعو اللجنة الأمة كلها لقنوت النوازل في الصلوات المفروضة والمسنونة، سرا وجهرا والإكثار من الدعاء في عموم الأحوال لإخواننا في غزة؛ لما للدعاء من أثر عظيم بالغ.
Keempat Belas: Majlis ini menyeru seluruh umat agar membaca doa Qunut Nazilah dalam solat fardu dan sunat, sama ada secara kuat atau secara senyap, serta memperbanyakkan doa dalam segala keadaan untuk saudara-saudara kita di Gaza, kerana doa mempunyai kesan yang sangat besar dan kuat.
الخامس عشر: تتقدم اللجنة بالشكر للدول والمؤسسات والشعوب والأفراد التي تساند أهل غزة في محنتهم، سواء برفض التهجير، أو تقديم العون والمساعدة، أو ببيان الحق والصدع به أمام العالم، أو بإصدار الأحكام العادلة كما هو الشأن في بعض المنظمات الدولية ومؤسسات المجتمع المدني في العالم الإسلامي والعالم الغربي، والمؤسسات الدينية وعلى رأسها الأزهر الشريف،
Kelima Belas: Majlis ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada negara, institusi, rakyat dan individu yang menyokong penduduk Gaza dalam penderitaan mereka, sama ada dengan: Menolak pengusiran, memberikan bantuan dan sokongan, menyatakan kebenaran di hadapan dunia, atau mengeluarkan keputusan-keputusan yang adil, seperti yang dilakukan oleh beberapa organisasi antarabangsa dan badan masyarakat sivil di dunia Islam dan Barat. Termasuk juga institusi keagamaan – terutamanya al-Azhar al-Sharif.
كما تشكر كل السياسيين والمسؤولين في العالم الغربي الذين يقفون ضد المشروع الصهيوني وينتقدون سياسات دولهم المؤيدة له، بما في ذلك بعض اليهود، وذلك انطلاقا من قول النبي صلى الله عليه وسلم:.
Majlis ini juga berterima kasih kepada tokoh-tokoh politik dan pegawai-pegawai di negara Barat yang menentang projek Zionis dan mengkritik polisi kerajaan mereka yang menyokong Zionisme, termasuk sebahagian Yahudi sendiri. Semua ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
” لا يشكر الله من لا يشكر الناس” رواه أبو داود والبخاري في الأدب المفرد
“Tidak bersyukur kepada Allah sesiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia.”
(Riwayat Abu Daud dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)
والحمد لله رب العالمين
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
صادر عن لجنة الاجتهاد والفتوى بالاتحاد العالمي لعلماء المسلمين
Dikeluarkan oleh:
Majlis Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia
Pengerusi Jawatankuasa
Prof. Dr. Ali Muhyiddin al-Qaradaghi
Setiausaha Jawatankuasa
Prof. Dr. Fadl Abdullah Murad
Ahli-ahli yang turut serta dalam pengeluaran fatwa:
Al-Fadhil Syeikh Muhammad al-Hasan al-Daddu
Al-Fadhil Syeikh ‘Abd al-Hayy Yusuf
Al-Fadhil Syeikh Ibrahim Abu Muhammad
Al-Fadhil Syeikh Khalid al-Hanafi
Al-Fadhil Syeikh Ahmad Kafi
Dr. Faridah Sadiq Zouz
Al-Fadhil Syeikh Muhammad Gormaz
Al-Fadhil Syeikh Mustafa Daddash
Al-Fadhil Syeikh Salim al-Shaykhi
Al-Fadhil Syeikh Mas‘ud Sabri
Al-Fadhil Syeikh Wanis al-Mabrouk
Al-Fadhil Syeikh ‘Ajil al-Nashmi
Al-Fadhil Syeikh Nur al-Din al-Khadimi
Al-Fadhil Syeikh Ahmad Hawwa
Al-Fadhil Syeikh Sultan al-Hashimi
Sumber asal: https://iums.me/38808