JOM AZAM. SOLAT SUNAT SUBUH + SUBUH JEMAAH.
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ
Sesiapa yang mendirikan solat Subuh, maka dia berada di bawah perlindungan Allah. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Solat, hadis no: 1381]
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ ، وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
Sesiapa yang hadir solat ‘Isya’ berjemaah, baginya (pahala) qiamullail selama separuh malam. Sesiapa yang solat ‘Isya’ dan Subuh secara berjemaah, baginya (pahala) qiamullail seluruh malam.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadis no: 205, hasan sahih]
رَكْعَتَا الْفَجْرِ ، خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Dua rakaat fajar (iaitu solat sunat qabliyah Subuh/sunat Fajar) lebih baik daripada dunia dan isinya.
[Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 1199].
لَيْسَ صَلاَةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنَ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا، لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُقِيمَ، ثُمَّ آمُرَ رَجُلاً يَؤُمُّ النَّاسَ، ثُمَّ آخُذَ شُعَلاً مِنْ نَارٍ فَأُحَرِّقَ عَلَى مَنْ لاَ يَخْرُجُ إِلَى الصَّلاَةِ بَعْدُ
Tiada solat yang lebih berat ke atas kaum munafiq daripada solat Subuh dan ‘Isya’. Seandainya mereka tahu apa yang ada pada kedua solat tersebut, nescaya mereka akan datang kepadanya walau dengan merangkak. Sesungguhnya aku berazam agar muazzin melaungkan iqamah, kemudian aku mengarahkan seorang lelaki untuk mengimami manusia. Kemudian aku akan menyalakan api lalu aku membakar (rumah) sesiapa yang tidak keluar menunaikan solat.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Fadhl al-‘Isya’ fi al-Jama’ah, hadis no: 657]
Dapatkan buku-buku agama berkualiti di kedai Shopee kami -> https://shopee.com.my/shop/325144389
Daftar Pengajian Mingguan Online di sini
Penulis mempunyai tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan. Sebarang jemputan untuk ceramah atau kuliah agama boleh terus berhubung melalui whatsapp di talian 0132506391



