Adakah azab kubur dapat didengari?

Selain daripada manusia, makhluk lain masih dapat mendengar suara jenazah. Ini ditunjukkan di dalam hadis ini:

عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” إِذَا وُضِعَتِ الْجِنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ ، فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ : قَدِّمُونِي ، وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ لِأَهْلِهَا : يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا , يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ ، إِلَّا الْإِنْسَانَ وَلَوْ سَمِعَ الْإِنْسَانُ لَصَعِقَ

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘ahu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila jenazah diangkat, dan orang ramai mengangkatnya di atas bahu mereka. Seandainya jenazah itu baik, jenazah itu akan berkata: Segerakan aku. Seandainya ia jenazah yang tidak baik, jenazah itu akan berkata kepada keluarganya: Celaka lah. Ke mana mereka mahu pergi dengannya. Setiap makhluk akan mendengar suara ini kecuali manusia. Jika manusia mendengar, nescaya mereka akan terkejut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1238]

Akan tetapi, untuk azab kubur. Hanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang dapat mendengar. Hatta jin pun tidak mampu mendengarnya.

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ ، قَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَلَمْ أَشْهَدْهُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ حَدَّثَنِيهِ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ ، قَالَ : بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَائِطٍ لِبَنِي النَّجَّارِ عَلَى بَغْلَةٍ لَهُ ، وَنَحْنُ مَعَهُ إِذْ حَادَتْ بِهِ ، فَكَادَتْ تُلْقِيهِ وَإِذَا أَقْبُرٌ سِتَّةٌ أَوْ خَمْسَةٌ أَوْ أَرْبَعَةٌ ، قَالَ : كَذَا كَانَ ، يَقُولُ : الْجُرَيْرِيُّ ، فَقَالَ : ” مَنْ يَعْرِفُ أَصْحَابَ هَذِهِ الْأَقْبُرِ ؟ ” ، فَقَالَ رَجُلٌ : أَنَا قَالَ : فَمَتَى مَاتَ هَؤُلَاءِ ؟ ، قَالَ : مَاتُوا فِي الْإِشْرَاكِ ؟ ، فَقَالَ : ” إِنَّ هَذِهِ الْأُمَّةَ تُبْتَلَى فِي قُبُورِهَا ، فَلَوْلَا أَنْ لَا تَدَافَنُوا لَدَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُسْمِعَكُمْ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ الَّذِي أَسْمَعُ مِنْهُ ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ ، فَقَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ ، فَقَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، قَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ، قَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu berkata: Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama-sama kami menuju ke perkampungan Bani an-Najjar dengan menunggang keldainya. Tiba-tiba keldainya ketakutan hingga hampir-hampir menjatuhkan baginda. Lalu baginda ternampak lebih kurang empat, atau lima, atau enam buah kubur. Baginda pun bertanya: Siapa yang tahu tentang penghuni kubur-kubur ini? Seorang sahabat berkata: Aku. Baginda bertanya: Bilakah mereka ini mati? Dia menjawab: Mereka mati dalam keadaan musyrik. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya mereka ini sedang diuji di dalam kubur. Jikalah tidak kerana takut kalian tidak akan lagi mengebumikan jenazah (kerana terdengar suara azab kubur), nescaya aku akan meminta kepada Allah untuk memperdengarkan kepada kalian bunyi azab kubur yang aku dengar. Kemudian baginda menghadap kami dan berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada azab neraka. Para sahabat pun berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada azab neraka. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada azab kubur. Para sahabat pun berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada fitnah yang kelihatan dan tersembunyi. Para sahabat berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada fitnah yang kelihatan dan tersembunyi. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada fitnah ad-Dajjal. Para sahabat berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada fitnah ad-Dajjal. [Sahih Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 5116]

Dalam hadis Al-Bara’ bin ‘Azib:

ثُمَّ يُقَيَّضُ لَهُ أَعْمَى أَصَمُّ أَبْكَمُ فِي يَدِهِ مِرْزَبَةٌ ، لَوْ ضُرِبَ بِهَا جَبَلٌ كَانَ تُرَابًا ، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً حَتَّى يَصِيرَ تُرَابًا ، ثُمَّ يُعِيدُهُ اللَّهُ كَمَا كَانَ ، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً أُخْرَى ، فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهُ كُلُّ شَيْءٍ إِلاَّ الثَّقَلَيْنِ.

Kemudian seseorang yang buta, pekak dan bisu yang memegang pemukul datang untuk menghancurkan jenazah itu. Seandainya dia memukul bukit dengan pemukul itu, bukit itu akan menjadi debu. Lalu dia memukul jenazah tadi hingga ia menjadi debu. Kemudian Allah mengembalikan jenazah itu kepada keadaan sebelumnya, lalu orang itu memukulnya dengan pukulan yang lain, lalu jenazah itu menjerit dengan jeritan yang didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:

والأول استثنى فيه الإنس فقط والثاني استثنى فيه الجن والأنس والجواب أن كلام الميت بما ذكر لا يقتضي وجود الصعق وهو الفزع الا من الآدمي لكونه لم يالف سماع كلام الميت بخلاف الجن في ذلك وأما الصيحة التي يصيحها المضروب فإنها غير مألوفه للإنس والجن جميعا لكون سببها عذاب الله ولا شيء أشد منه على كل مكلف فاشترك فيه الجن والإنس والله أعلم

Untuk hadis yang pertama (iaitu hadis jenazah diangkat orang ramai) dikecualikan manusia sahaja (daripada mendengar suara jenazah). Manakala yang kedua (iaitu hadis Al-Bara’ bin Azib) dikecualikan jin dan manusia (daripada mendengar bunyi azab kubur). Ini kerana suara yang pertama itu tidak wujudnya jeritan yang menakutkan kecuali kepada kepada manusia kerana manusia tidak biasa mendengar suara mayat, tidak seperti jin. Adapun suara jeritan daripada mayat yang dipukul, sesungguhnya ia tidak biasa didengari oleh jin dan manusia kesemuanya kerana ia merupakan azab Allah dan tiada sesuatu yang lebih dahsyat daripada itu kepada semua mukallaf. Maka jin dan manusia manusia sama-sama (tidak boleh mendengar jeritan itu). Wallahua’lam.[1]

Apakah hikmah manusia tidak dapat mendengar suara azab kubur. Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:

Pertama:

ما أشار إليه النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بقوله : « لولا أن لا تدافنوا ؛ لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر » .

Apa yang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam isyaratkan (Jika tidak kerana takut kalian tidak akan mengebumikan jenazah…) [Bermaksud ditakuti manusia enggan mengebumikan jenazah kerana takut selepas mendengar bunyi azab kubur]

Kedua:

أن في إخفاء ذلك سترًا للميت .

Untuk menutup keaiban si mati

Ketiga:

أن فيه عدم إزعاج لأهله ؛ لأن أهله إذا سمعوا ميتهم يعذب ويصيح ؛ لم يستقر لهم قرار .

Untuk mengelakkan gangguan emosi kepada ahli keluarganya. Ini kerana jika ahli keluarga mendengar mayat keluarganya diazab dan menjerit, mereka tidak akan dapat hidup dengan tenang.

Keempat:

عدم تخجيل أهله ؛ لأن الناس يقولون : هذا ولدكم ! هذا أبوكم ! هذا أخوكم ! وما أشبه ذلك .

Untuk tidak memalukan ahli keluarganya. Ini kerana manusia akan berkata: Ini ayah engkau! Ini anak engkau! Ini saudara engkau! Dan seumpamanya.

Kelima:

أننا قد نهلك ؛ لأنها صيحة ليست هينة ، بل صيحة قد توجب أن تسقط القلوب من معاليقها ، فيموت الإنسان أو يغشى عليه .

Sesungguhnya kita semua akan musnah (jika mendengarnya). Ini kerana ia bukan satu suara ringan. Bahkan ia jeritan yang akan boleh menggugurkan jantung, dan manusia boleh mati atau pengsan kerananya.

Keenam:

لو سمع الناس صراخ هؤلاء المعذبين ؛ لكان الإيمان بعذاب القبر من باب الإيمان بالشهادة ، لا من باب الإيمان بالغيب ، وحينئذ تفوت مصلحة الامتحان ؛ لأن الناس سوف يؤمنون بما شاهدوه قطعا ؛ لكن إذا كان غائبا عنهم ، ولم يعلموا به إلا عن طريق الخبر ؛ صار من باب الإيمان بالغيب .

Seandainya manusia mendengar raungan mayat yang diazab, maka iman kepada azab kubur temasuk dalam beriman dengan perkara yang dapat dilihat, dan bukan beriman dengan perkara ghaib. Ini akan menyebabkan luputnya objektif ujian (beriman dengan benda ghaib) kerana manusia pasti akan beriman dengan apa yang mereka saksikan. Akan tetapi jika itu perkara ghaib dan mereka tidak dapat memahami melainkan dengan cara wahyu, maka itu termasuk bab beriman dengan perkara ghaib.[2]

[1] Fathul Bari, jilid 3, m/s 185

[2] Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibn Uthaimin, jilid 8, m/s 482-483