Semua daripada kita sering berdoa, dan kita mengimpikan doa yang mustajab. Di sini disenaraikan tips doa mustajab menurut al-Quran dan al-Sunnah supaya kita dapat berdoa dengan cara yang betul

Pensyariatan Doa

 

Firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُم ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka [jawablah], bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]

 

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (55) وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (56)

Berdo’alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (55) Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (56) [Al-A’raf: 55-56].

Ini merupakan perkara penting dalam berdoa iaitu berdoa dengan rasa rendah diri, takut, dan mengharap. Doa dengan rendah diri akan menyebabkan kita tidak berdoa seolah-olah memberi arahan kepada Allah “Mahu A, mesti dapat A”.

 

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الْخُوزِيِّ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ لَمْ يَسْأَلْهُ يَغْضَبْ عَلَيْهِ “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang tidak meminta kepada Allah, Dia Murka kepadanya. [Riwayat Imam al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 655, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Imam Ibn Kathir menukilkan sebuah syair:

لَا تَطْلُبَنَّ بُنَيَّ آدَمَ حَاجَةً     وَسَلِ الَّذِي أَبْوَابُهُ لَا تُغْلَقُ

اللَّهُ يَغْضَبُ إِنْ تَرَكْتَ سُؤَالَهُ     وَبُنَيُّ آدَمَ حِينَ يُسْأَلُ يَغْضَبُ

Janganlah engkau memohon kepada anak Adam sebarang hajat… Mintalah kepada Yang pintu-pintunya tidak tertutup.

Allah Murka tatkala engkau meninggalkan daripada meminta kepadaNya… Sedangkan anak Adam murka tatkala engkau meminta.

 

سفيان الثوري يقول: يا مَنْ أحبُّ عباده إليه مَنْ سأله فأكثر سؤاله، ويا من أبغض عباده إليه من لم يسأله، وليس كذلك غيرك يا رب.

Sufyan at-Tsauri berkata: Wahai Tuhan yang mana hamba yang paling dicintaiNya ialah sesiapa yang banyak meminta kepadanya. Wahai Tuhan yang mana hamba yang paling dimurkaiNya ialah yang tidak meminta kepadaNya. Tidaklah hal ini berlaku kepada selain Engkau wahai Tuhan.

1-Bersangka Baik Dengan Allah

 

عَنْ جَابِرٍ، قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبْلَ وَفَاتِهِ بِثَلاَثٍ يَقُولُ

Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada tiga hari sebelum kewafatannya:

 

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ

Janganlah salah seorang daripada kalian mati

 

إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

kecuali dalam keadaan dia bersangka baik dengan Allah. [Sahih Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 2877]

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي

Sesungguhnya Allah berkata: Aku berada pada persangkaan hamba Ku terhadap Ku.

 

وَأَنَا مَعَهُ إِذَا دَعَانِي .

Aku bersamanya tatkala dia berdoa kepada Ku. [Sahih Muslim, Kitab ad-Dzikr wa ad-Dua’ wa at-Taubah wa al-Istighfar, hadis no: 2675]

 

Bersangka baik dengan Allah merupakan antara ciri-ciri manusia yang doanya mustajab.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

: ” يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ

Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata:

 

: دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي

Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 6340]

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ ، اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ لِيَعْزِمْ الْمَسْأَلَةَ ، فَإِنَّهُ لَا مُكْرِهَ لَهُ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah seseorang daripada kalian berkata: Ya Allah ampuni aku jika engkau Mahu. Ya Allah rahmati aku jika engkau Mahu. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya tiada siapa dapat memaksa Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5891]

Apa yang kita sangka baik dalam diri kita boleh jadi hakikatnya tidak baik. Jadi Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Ramai orang tersilap menyangka bahawa doa mereka tidak makbul. Ini kerana mereka tidak faham bagaimana Allah memakbulkan doa. Mereka menyangka doa makbul bermaksud mereka akan dapat sebagaimana yang mereka mahukan.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ” ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ ، قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ .

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut: (1) Akan disegerakan doanya itu, (2) ditangguhkan ke hari Akhirat, (3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa. Para sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Allah, pemberianNya lebih banyak [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya jayyid]

Kesilapan memahami maksud doa yang makbul menyebabkan sebahagian manusia dengan terbuka menyatakan bahawa doa mereka selama ini tidak makbul, sedangkan perkataan itu sangat bahaya dan melambangkan sikap bersangka buruk dengan Allah.

2-Berdoa Dengan Hati Yang Khusyuk

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin akan diterima. Ketahuilah, Allah tidak akan memakbulkan doa daripada hati yang lalai. [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3426, gharib. Shaikh al-Albani berkata dalam Sahih al-Jami’: Hasan lighairihi]

 

Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَقْبَلُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

Ketahuilah! Allah tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai.

 

فَهَذَا دَوَاءٌ نَافِعٌ مُزِيلٌ لِلدَّاءِ ،

Penawar yang bermanfaat ini akan menghilangkan penyakit.

 

وَلَكِنَّ غَفْلَةَ الْقَلْبِ عَنِ اللَّهِ تُبْطِلُ قُوَّتَهُ ،

Tetapi kelalaian hati daripada mengingati Allah menghilangkan kekuatan penawar itu.

 

وَكَذَلِكَ أَكْلُ الْحَرَامِ يُبْطِلُ قُوَّتَهُ وَيُضْعِفُهَا

Begitu jugalah memakan yang haram akan menghilangkan kekuatan doa dan melemahkannya. [Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa’]

3-Mendoakan Orang Lain

 

حَدَّثَتْنِي أُمُّ الدَّرْدَاءِ ، قَالَتْ : حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ : الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Ummu ad-Darda’ radiallahu ‘anha berkata: Suami aku menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuan mereka, maka malaikat akan berkata: Amin, dan untuk engkau seperti itu. [Sahih Muslim, Kitab az-Zikr wa ad-Dua’ wa at-Taubat, hadis no: 2732]

Imam an-Nawawi menakalkan dalam Syarah Sahih Muslim:

ولو دعا لجملة المسلمين فالظاهر حصولها أيضا ،

Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)

 

وكان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعو لأخيه المسلم بتلك الدعوة ;

Sebahagian ulama’ salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)

لأنها تستجاب ، ويحصل له مثلها

Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya).

4-Mengajak Melakukan Kebaikan dan Mencegah Kejahatan

 

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ ، أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ، ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ

Huzaifah bin al-Yaman radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Demi Tuhan yang diri ku berada pada TanganNya. Hendaklah kalian menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kejahatan, atau pasti Allah akan menghantar kepada kalian hukuman daripadaNya, kemudian kalian berdoa kepadaNya, tetapi Dia tidak menjawab doa kalian. [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, hadis no: 2095. Hadis hasan]

Ajaklah manusia kepada kebaikan, dan cegahlah kemungkaran. Apabila hal ini ditinggalkan, ia boleh menjadi punca tertolaknya doa kita.

5-Menjauhi Perbuatan-Perbuatan Haram

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا ، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ ، فَقَالَ : يَأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ سورة المؤمنون آية 51 ، وَقَالَ : يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ سورة البقرة آية 172 ، ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ” .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua. Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul. Allah berfirman: Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51]. Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172] Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu. Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai tuhan, wahai Tuhan’, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu? [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1692]

6-Banyakkan Berdoa Ketika Senang

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang suka untuk Allah menerima doannya ketika dalam kesukaran dan kesusahan, hendaklah dia membanyakkan doa ketika dalam kesenangan. [Sunan At-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3382, gharib. Shaikh al-Albani berkata: hadis hasan lighairihi]

7-Bertawassul dengan Nama Allah

Firman Allah:

وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الـْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Allah memiliki nama-nama yang indah. Berdoalah dengan nama-nama tersebut. Tinggalkanlah mereka yang menyeleweng pada nama-namaNya. Mereka akan dibalas atas apa yang mereka lakukan. [al-A’raf : 180]

Shaikh Abdul Rahman bin Nasir as-Sa’di menghuraikan ayat ini dalam Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir al-Kalam al-Mannan:

{ فَادْعُوهُ بِهَا } وهذا شامل لدعاء العبادة، ودعاء المسألة، فيدعى في كل مطلوب بما يناسب ذلك المطلوب، فيقول الداعي مثلا اللّهم اغفر لي وارحمني، إنك أنت الغفور الرحيم، وتب عَلَيَّ يا تواب، وارزقني يا رزاق، والطف بي يا لطيف ونحو ذلك.

Firman Allah bermaksud ((Berdoalah dengannya)). Ini merangkumi doa ibadah dan doa masalah. Nama-nama Allah diseru dalam setiap permintaan/doa mengikut kesesuaian dengan permintaan itu. Contohnya, seseorang yang berdoa menyebut ‘Ya Allah ampuni aku, rahmati aku, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Pemberi Rahmat, terimalah taubat aku wahai Maha Penerima Taubat, berikanlah rezeki kepada aku wahai Maha Pemberi rezeki, berlembutlah dengan aku wahai Yang Maha Lembut dan sebagainya.

Contoh2 doa tawassul dengan nama Allah:

Doa 1:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم جَالِسًا – يَعْنِي – وَرَجُلٌ قَائِمٌ يُصَلِّي فَلَمَّا رَكَعَ وَسَجَدَ وَتَشَهَّدَ دَعَا فَقَالَ فِي دُعَائِهِ

Daripada Anas: Aku duduk bersama Nabi s.a.w, lalu seorang lelaki mendirikan solat. Lelaki itu ketika ruku’, sujud, dan tasyahuud dia berdoa dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ إِنِّي أَسْأَلُكَ ‏.‏

“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu. Sesungguhnya bagi-Mu segala pujian, tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar, Maha Pemberi nikmat, Pencipta langit dan bumi tanpa contoh sebelumnya. Ya Rabb Yang memiliki keagungan dan kemuliaan, ya Rabb Yang Mahahidup, ya Rabb yang mengu-rusi segala sesuatu, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu.

فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم لأَصْحَابِهِ ‏”‏ تَدْرُونَ بِمَا دَعَا ‏”‏ ‏.‏ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى ‏”‏ ‏.‏

Nabi s.a.w berkata: Adakah kamu tahu dengan apakah dia berdoa? Sahabat menjawab: Allah dan rasulNya lebih tahu. Baginda menjawab: Demi tuhan yang diri ku di tanganNya, sesungguhnya dia telah berdoa kepada Allah dengan namaNya yang agung yang apabila dia berdoa dengannya, Allah akan menjawab doa itu. Apabila dia meminta, Allah akan memberi. [Sunan An-Nasaie, Kitab al-Sahw, no: 1300]

أَخْبَرَنِي عُثْمَانُ بْنُ مَوْهَبٍ الْهَاشِمِيُّ ، سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ ، يَقُولُ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِفَاطِمَةَ : مَا يَمْنَعُكِ أَنْ تَسْمَعِي مَا أُوصِيكِ بِهِ ، أَوْ تَقُولِي إِذَا أَصْبَحْتِ وَإِذَا أَمْسَيْتِ :

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Fatimah. Apa yang menghalang engkau daripada mendengar nasihat ku atau apa yang menghalang engkau daripada membaca pada waktu pagi dan petang;

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، وَلا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri. Dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusan ku. Jangan engkau serahkan diri ku ini kepada diri ku sendiri walau sekelip mata. [Riwayat Imam an-Nasaie dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab az-Zinah, hadis no: 9955. Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan dalam Sahih al-Jami’, no: 5820]

8-Bertawassul Dengan Amal Soleh

Ini sebagaimana kisah 3 orang yang terperangkap di dalam gua.

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” خَرَجَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ يَمْشُونَ فَأَصَابَهُمُ الْمَطَرُ ، فَدَخَلُوا فِي غَارٍ فِي جَبَلٍ ، فَانْحَطَّتْ عَلَيْهِمْ صَخْرَةٌ ، قَالَ : فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : ادْعُوا اللَّهَ بِأَفْضَلِ عَمَلٍ عَمِلْتُمُوهُ ، فَقَالَ أَحَدُهُمْ : اللَّهُمَّ إِنِّي كَانَ لِي أَبَوَانِ شَيْخَانِ كَبِيرَانِ فَكُنْتُ أَخْرُجُ فَأَرْعَى ، ثُمَّ أَجِيءُ فَأَحْلُبُ فَأَجِيءُ بِالْحِلَابِ فَآتِي بِهِ أَبَوَيَّ فَيَشْرَبَانِ ، ثُمَّ أَسْقِي الصِّبْيَةَ وَأَهْلِي وَامْرَأَتِي ، فَاحْتَبَسْتُ لَيْلَةً فَجِئْتُ فَإِذَا هُمَا نَائِمَانِ ، قَالَ : فَكَرِهْتُ أَنْ أُوقِظَهُمَا وَالصِّبْيَةُ يَتَضَاغَوْنَ عِنْدَ رِجْلَيَّ ، فَلَمْ يَزَلْ ذَلِكَ دَأْبِي وَدَأْبَهُمَا حَتَّى طَلَعَ الْفَجْرُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ ، فَافْرُجْ عَنَّا فُرْجَةً نَرَى مِنْهَا السَّمَاءَ ، قَالَ : فَفُرِجَ عَنْهُمْ ،

‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiga orang lelaki telah sedang berjalan lalu tiba-tiba hujan turun.Mereka pun masuk berlindung di dalam sebuah gua di bukit.Sebiji batu besar telah jatuh lalu menutup pintu gua tersebut. Mereka berkata antara satu sama: Berdoalah kepada Allah dengan amalan terbaik yang pernah kalian lakukan. Maka salah seorang daripada mereka berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua. Aku sering keluar mengembala ternakan ku. Kemudian aku akan memerah susu haiwan ternakan itu dan membawa pulang susu tersebut. Kemudian aku akan memberikan susu itu kepada kedua ibu bapa ku, lalu mereka akan minum. Kemudian aku akan memberikan susu itu kepada bayi ku, ahli keluarga ku dan isteri ku.Pada suatu malam, aku terlewat, aku pulang ketika mereka berdua sudah tiduradiallahu ‘anhuku tidak suka untuk mengejutkan ibu bapa ku.Anak-anak ku menangis di kaki ku (kerana kelaparan).Keadaan itu berterusan sehinggalah masuknya waktu fajar. Ya Allah, seandainya Engkau tahu aku melakukan hal itu kerana menuntut keredhaan Mu, engkau buka lah pintu gua ini sehingga kami dapat melihat langit. Lalu batu itu bergerak sedikit.

 

وَقَالَ الْآخَرُ : اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي كُنْتُ أُحِبُّ امْرَأَةً مِنْ بَنَاتِ عَمِّي كَأَشَدِّ مَا يُحِبُّ الرَّجُلُ النِّسَاءَ ، فَقَالَتْ : لَا تَنَالُ ذَلِكَ مِنْهَا حَتَّى تُعْطِيَهَا مِائَةَ دِينَارٍ ، فَسَعَيْتُ فِيهَا حَتَّى جَمَعْتُهَا ، فَلَمَّا قَعَدْتُ بَيْنَ رِجْلَيْهَا ، قَالَتِ : اتَّقِ اللَّهَ وَلَا تَفُضَّ الْخَاتَمَ إِلَّا بِحَقِّهِ ، فَقُمْتُ وَتَرَكْتُهَا ، فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا فُرْجَةً ، قَالَ : فَفَرَجَ عَنْهُمُ الثُّلُثَيْنِ ،

Orang yang kedua berdoa: Ya Allah, Engkau tahu bahawa aku mencintai sepupu perempuan aku sedalam-dalam cinta seorang lelaki kepada perempuan. Perempuan itu berkata bahawa aku tidak akan mendapatnya kecuali sehingga aku memberikan kepadanya seratus dinar. Aku berusaha mengumpulkan duit itu sehingga aku berjaya. Ketika aku sudah duduk di antara kedua kakinya, perempuan itu berkata: Takutlah kepada Allah. Jangan kau ragut kesucian ku kecuali dengan jalan yang benar (perkahwinan).Aku pun bangun dan meninggalkan perempuan itu. Seandainya Engkau tahu aku melakukan hal itu kerana memburu keredhaan Mu, engkau bukalah pintu gua ini.Lalu batu itu bergerak sedikit sehingga pintu gua itu sudah 2/3 terbuka.

 

وَقَالَ الْآخَرُ : اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي اسْتَأْجَرْتُ أَجِيرًا بِفَرَقٍ مِنْ ذُرَةٍ ، فَأَعْطَيْتُهُ وَأَبَى ذَاكَ أَنْ يَأْخُذَ ، فَعَمَدْتُ إِلَى ذَلِكَ الْفَرَقِ فَزَرَعْتُهُ ، حَتَّى اشْتَرَيْتُ مِنْهُ بَقَرًا وَرَاعِيهَا ، ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللَّهِ أَعْطِنِي حَقِّي ، فَقُلْتُ : انْطَلِقْ إِلَى تِلْكَ الْبَقَرِ وَرَاعِيهَا ، فَإِنَّهَا لَكَ ، فَقَالَ : أَتَسْتَهْزِئُ بِي ، قَالَ : فَقُلْتُ : مَا أَسْتَهْزِئُ بِكَ ، وَلَكِنَّهَا لَكَ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ عَنَّا ، فَكُشِفَ عَنْهُمْ ” .

Berkata orang yang ketiga: Ya Allah, Engkau tahu bahawa aku ada mengupah seorang pekerja dengan bayaran satu Farq.Aku memberikan bayaran upah kepadanya tetapi dia enggan mengambilnya.Lalu aku menggunakan duit upah itu untuk bercucuk-tanam sehingga dengan hasilnya aku dapat membeli lembu dan pengembalanya. Kemudian lelaki itu kembali kepada ku dan berkata: Wahai hamba Allah, berikan aku hak ku. Aku berkata: Pergilah kepada lembu-lembu itu dan pengembalanya, sesungguhnya itu milik engkau. Lelaki itu berkata: Adakah engkau cuba memperbodohkan aku? Aku menjawab: Aku tidak memperbodohkan engkau, akan tetapi semua itu milik engkau. Ya Allah, seandainya Engkau tahu aku melakukan hal itu kerana mahukan keredhaan Mu, bukalah pintu gua ini untuk kami.Lalu pintu gua itu pun terbuka.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu’, hadis no: 2073]

Kesan Doa Berbezaa-Beza Mengikut Kekuatan Doa Itu

Semakin patuh kita kepada adab-adab berdoa, semakin kuat doa kita. Akan tetapi bukanlah syarat berdoa untuk kita memenuhi semua kriteria ini. Berdoalah, dan berusahalah melaksanakan adab-adab berdoa sebaik mungkin.

Ibn al-Qayyim berkata:

 

وَالْأَدْعِيَةُ وَالتَّعَوُّذَاتُ بِمَنْزِلَةِ السِّلَاحِ ،

Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang.

 

وَالسِّلَاحُ بِضَارِبِهِ ، لَا بِحَدِّهِ فَقَطْ ،

Pedang bergantung kepada orang yang menghunusnya, bukan sekadar kepada ketajaman bilahnya.

 

فَمَتَى كَانَ السِّلَاحُ سِلَاحًا تَامًّا لَا آفَةَ بِهِ ،

Apabila pedang itu pedang yang sempurna tanpa kecacatan.

 

وَالسَّاعِدُ سَاعِدُ قَوِيٍّ

Lengan yang memegangnya pula lengan yang kuat.

 

وَالْمَانِعُ مَفْقُودٌ؛ ،

Tiada pula perkara yang menghalang.

 

حَصَلَتْ بِهِ النِّكَايَةُ فِي الْعَدُوِّ

Maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya.

 

وَمَتَى تَخَلَّفَ وَاحِدٌ مِنْ هَذِهِ الثَّلَاثَةِ تَخَلَّفَ التَّأْثِيرُ ،

Apabila hilang salah satu daripada tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu.

 

فَإِنْ كَانَ الدُّعَاءُ فِي نَفْسِهِ غَيْرَ صَالِحٍ ،

Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yang tidak elok.

 

أَوِ الدَّاعِي لَمْ يَجْمَعْ بَيْنَ قَلْبِهِ وَلِسَانِهِ فِي الدُّعَاءِ ،

Atau orang yang berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa.

 

أَوْ كَانَ ثَمَّ مَانِعٌ مِنَ الْإِجَابَةِ ، لَمْ يَحْصُلِ الْأَثَرُ

Atau apabila terdapat penghalang daripada terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi. [Al-Daa’ wa Ad-Dawaa’]