Secara umumnya ia tidak salah selagi mana tidak berlebih-lebihan. Nabi s.a.w dalam hadis-hadis baginda pernah mendoakan secara spesifik orang tertentu dan sebagainya.

Imam Al-Munawi menukilkan perkataan Imam Al-Munziri:

كان يجمع في الدعاء تارة ويفصل أخرى.
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam adakalanya berdoa secara umum, dan adakalanya memperincikannya. [Lihat Al-Munawi, Faidhul Qadir, 5:277].

Secara umumnya, kita semua pasti pernah berdoa secara spesifik. Untuk dapat kerja, nak lulus periksa, dan sebagainya. Semua ini tiada masalah.

Yang menjadi masalah ialah apabila seseorang mendakwa bahawa cara untuk doa makbul, mustajab ialah kita kena spesifikkan doa kita. Sebahagian pula lebih teruk telah menyatakan jika doa umum, nanti Allah akan makbulkan bukan apa yang kita nak, sebab doa kita umum sangat.

Ini semua kenyataan yang sangat menyeleweng. Ini bercanggah dengan hadis-hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w suka kepada doa yang umum@jawami’.

عن عائشة قالت: كان رسولُ الله – صلَّى الله عليه وسلم – يَستحِبُّ الجَوامِعَ مِن الدُعاء، ويَدَعُ ما سِوى ذلك
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyukai doa yang ringkas, dan meninggalkan selain itu. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Witr, Bab al-Du’a, no: 1482, Shaikh Al-Arnaouth menyatakan isnadnya sahih].

Al-Shaikh Al-‘Azhim al-Aabadi menyatakan:
: أَيْ الْجَامِعَة لِخَيْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَة وَهِيَ مَا كَانَ لَفْظه قَلِيلًا وَمَعْنَاهُ كَثِيرًا كَمَا فِي قَوْله تَعَالَى : { رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الْآخِرَة حَسَنَة وَقِنَا عَذَاب النَّار }

Iaitu doa yang menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat, dan doa itu lafaznya ringkas dan maksudnya luas. Ini sebagaimana (doa) dalam firman Allah: “Tuhan kami, berikan kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan selamatkan kami daripada azab neraka”.

وَمِثْل الدُّعَاء بِالْعَافِيَةِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَة . وَقَالَ عَلِيّ الْقَارِيّ : وَهِيَ الَّتِي تَجْمَعُ الْأَغْرَاض الصَّالِحَة أَوْ تَجْمَعُ الثَّنَاء عَلَى اللَّه تَعَالَى وَآدَاب الْمَسْأَلَة .
Ia seperti doa memohon kesejahteraan di dunia dan akhirat. ‘Ali al-Qariy berkata: Ia merupakan doa yang menggabungkan banyak maksud-maksud yang baik, atau doa yang menggabungkan pujian ke atas Allah dan adab-adab dalam meminta.

وَقَالَ الْمُظْهِر : هِيَ مَا لَفْظه قَلِيل وَمَعْنَاهُ كَثِير شَامِل لِأُمُورِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَة نَحْو اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُك الْعَفْو وَالْعَافِيَة فِي الدِّين وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَة ، وَكَذَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُك الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَاف وَالْغِنَى ، وَنَحْو سُؤَال الْفَلَاح وَالنَّجَاح
Berkata Al-Muzhir: Ia merupakan doa yang lafaznya sedikit tetapi maksudnya luas merangkumi urusan dunia dan akhirat. Ia seperti doa “Ya Allah, aku memohon kepada Mu kesejahteraan dalam urusan agama, dunia, dan akhirat. Begitu jua doa “Ya Allah aku memohon kepada Mu hidayah, ketaqwaan, pemeliharaan daripada maksiat, dan rasa cukup” dan permintaan-permintaan lain untuk kejayaan.
[‘Aunul Ma’bud, 4:355].

Kata Al-Shaikh Abdul Muhsin ‘Abbad:

الجوامع هي التي لفظها قليل ومعناها كثير، فهي قليلة المبنى واسعة المعنى، هذه هي جوامع الكلم، وهكذا كانت أدعية الرسول صلى الله عليه وسلم، وكذلك الأدعية التي جاءت في القرآن،
Al-Jawami’ iaitu lafaz yang ringkas yang luas maknanya. Inilah ia Jawami’ al-Kalim. Begitulah doa-doa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan begitulah doa-doa dalam al-Quran. [Sharh Sunan Abi Daud, 8:197]

Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:

كان يحب الجوامع من الدعاء ويدع ما سوى ذلك يعني أنه إذا دعا يختار من الدعاء أجمعه كلمات جامعة عامة ويدع التفاصيل وذلك لأن الدعاء العام أبلغ في العموم والشمول من التفاصيل فمثلا إذا أراد أن يدعو الإنسان ربه أن يدخله الجنة قال اللهم أدخلني الجنة ولا يحتاج أن يفصل ويقول فيها كذا وكذا لأنه قد يكون هناك أشياء لا يعلمها
Baginda suka kepada doa yang jawami’ (ringkas dan meliputi banyak perkara) dan meninggalkan doa yang lain bermaksud apabila baginda berdoa, baginda memilih doa-doa yang lafaznya merangkumi secara umum segala permintaan, dan meninggalkan perincian dalam doa. Ini kerana doa yang umum lebih kuat dan merangkumi banyak benda berbanding doa yang terperinci. Misalnya, apabila seseorang berdoa kepada Allah untuk dimasukkan ke dalam syurga. Dia menyebut: “Ya Allah, masukkan aku ke dalam syurga”. Dia tidak perlu memperincikan dengan menybutkan ‘syurga yang di dalamnya itu dan ini’ ini kerana akan ada di dalam syurga itu benda-benda yang dia tidak ketahui.
[Sharh Riyadissolihin]

Dr. Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi pernah ditanya: Bolehkah berdoa agar dikabulkan pada waktu tertentu misalnya berdoa agar dapat tunaikan haji pada tahun hadapan, atau berkahwin pada tarikh sekian sekian? Boleh menyebutkan agar disegerakan dan tidak ditangguhkan dalam setiap doa?

Beliau menjawab:

فلا مانع من ذلك، والأولى أن تضيف: (إن كان في ذلك الخير) فالله تعالى هو علام الغيوب، وليدع الإنسان ثم ليرض باختيار الله تعالى وإرادته، فالله هو الحكيم الخبير.
Tiada masalah melakukan hal itu. Akan tetapi lebih baik jika menambah: “Jika hal itu baik..”. Allah yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Hendaklah manusia berdoa kemudian redha dengan apa yang Allah pilih dan kehendaki. [ http://islamic-fatwa.com/fatwa/58623 ]

Shaikh Sulaiman bin Abdul Majid ditanya: Apakah hukum memperincikan dalam dengan berkata: Ya Allah, kurniakan aku sejuta riyal..

Beliau menjawab:

لا حرج على الإنسان في أن يدعو الله تعالى بشيء من أمور الدنيا مع تعيين نوع الحاجة التي يريد؛ ولا يعد اعتداء في الدعاء، وإن كان الأفضل في الأمور التي لا يُعلم بالشرع أو بالتجربة كونها خيراً هو إرجاع الخيرة فيها إلى الله تعالى؛ فإن الإنسان لا يدري ما هو الأصلح له؛ بحيث يقول: اللهم إن كانت هذه الوظيفة خيراً لي فيسرها وإلا فاصرفها عني ويسر لي ما هو خير، ونحو ذلك. والله أعلم.
Tiada masalah untuk seseorang berdoa kepada Allah dengan sesuatu daripada urusan dunia dengan memspesifikkan hajat yang dia kehendaki. Tidaklah dikira sebagai melampau-lampau dalam berdoa, walaupun begitu yang lebih afdhal, dalam urusan yang tidak diketahui daripada sudut syara’ atau pengalaman bahawa ia baik (atau buruk), maka dikembalikan pilihan itu kepada Allah. Manusia tidak tahu apakah yang lebih elok untuk dirinya. Oleh itu, dia menyebut: “Ya ALlah, jika jawatan ini baik untuk aku, mudahkanlah ia untukku, jika tidak, palingkanlah ia daripada aku dan mudahkan untuk ku apa yang lebih baik..” dan semisalnya.
https://www.salmajed.com/fatwa/findnum.php?arno=5443 ]

Ini senada dengan doa yang dibaca dalam istikharah.

الْأُمُورِ كُلِّهَا ، كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ , يَقُولُ : إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ، ثُمَّ لِيَقُلِ
Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an. Baginda bersabda: Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ : وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ “
Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, hadis no: 1102]

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sering membaca satu doa yang sangat umum tetapi maksudnya tersangat luas. Merangkumi semua jenis kebaikan di dunia dan akhirat.

سَأَلَ قَتَادَةُ أَنَسًا أَىُّ دَعْوَةٍ كَانَ يَدْعُو بِهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَكْثَرَ
Qatadah bertanya kepada Anas tentang doa apakah yang paling kerap Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lakukan.

قَالَ كَانَ أَكْثَرُ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا يَقُولُ ‏
Anas r.a menjawab: Baginda paling kerap berdoa dengan doa:

“‏ اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ‏”‏ ‏.
Ya Allah, berikan kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan selamatkan kami daripada azab neraka.

‏ قَالَ وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ ‏.
Qatadah berkata: Apabila Anas r.a mahu berdoa, dia akan berdoa dengan doa ini. Apabila dia mahu berdoa dengan doa lain, dia akan membaca jua doa ini.

[Sahih Muslim, Kitab adz-Dzikr wa al-Dua’ wa at-Taubah wa al-Istighfar, no: 2690]

Kesimpulan:

1- Tiada masalah dalam berdoa secara spesifik selagi mana permintaan tidak melampau-lampau.

2- Nabi s.a.w menyukai doa-doa yang ringkas@umum@jawami’ kerana ia merangkumi segala permintaan.

3- Para ulama menggalakkan jika berdoa secara spesifik, kita menyebutkan lafaz “Jika ia baik untuk diri ku…” atau semisalnya kerana kita tidak tahu hakikatnya benarkah ia baik atau tidak untuk kita. Ia seperti doa kita dalam istikharah.

4- Dakwaan bahawa doa spesifik lebih mustajab, lebik makbul, adalah dakwaan yang tertolak. Ia terhasil kerana tidak faham bagaimana Allah menjawab doa kita dan ditakuti itu penzahiran bersangka buruk dengan Allah.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ” ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ ، قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ .
Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut: (1) Akan disegerakan doanya itu, (2) ditangguhkan ke hari Akhirat, (3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa. Para sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Allah, pemberianNya lebih banyak [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya jayyid]

Untuk mengetahui rahsia doa mustajab, klik di sini 8 Rahsia Doa Mustajab