1- Bersahur dan melewatkan sahur

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً “
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1798]

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
‘Amru bin al-‘As radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1843]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةٍ مِنْ مَاءٍ
‘Abdullah bin ‘Amru radiallahu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bersahurlah walau dengan seteguk air [Sahih Ibn Hibban, Kitab as-Sawm, hadis no: 3558]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik sahur orang beriman ialah kurma [Sunan Abi Daud, Kitab ad-Sawm, hadis no: 2001]

Di dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (Ensiklopedia Fiqh Kuwait) disebutkan:

السُّحُورُ سُنَّةٌ لِلصَّائِمِ ، وَقَدْ نَقَل ابْنُ الْمُنْذِرِ الإْجْمَاعَ عَلَى كَوْنِهِ مَنْدُوبًا
Sahur itu sunat kepada orang yang berpuasa. Ibn al-Munzir menukilkan kesepakatan ulama bahawa hukumnya adalah sunat.

Sunnah Melewatkan Sahur

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، قُلْتُ : كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ ؟ قَالَ : قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersahur bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian baginda bangun mendirikan solat. Aku (iaitu Anas bin Malik) berkata: Berapa lamakah tempoh masa antara azan dan sahur? Zaid menjawab: Pada kadar lima puluh ayat [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1796]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ : ” إِنَّ بِلَالًا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا ، حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Bilal azan di waktu malam, makan dan minumlah sehingga kalian mendengar azan Ibn Ummi Maktum [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no: 1834]

Bilakah masuknya waktu sahur?

ذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ إِلَى أَنَّ وَقْتَ السَّحُورِ مَا بَيْنَ نِصْفِ اللَّيْل الأَْخِيرِ إِلَى طُلُوعِ الْفَجْرِ ، وَقَال بَعْضُ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ : هُوَ مَا بَيْنَ السُّدُسِ الأَْخِيرِ وَطُلُوعِ الْفَجْرِ .وَيُسَنُّ تَأْخِيرُ السَّحُورِ عِنْدَ جُمْهُورِ الْفُقَهَاءِ مَا لَمْ يَخْشَ طُلُوعَ الْفَجْرِ الثَّانِي
Jumhur ulama feqah menyatakan bahawa waktu sahur ialah antara separuh malam yang akhir hinggalah terbit fajar. Sebahagian ulama mazhab Hanafi dan Syafie pula berkata ia adalah pada satu perenam akhir malam hingga terbit fajar. Disunatkan juga di sisi majoriti ulama untuk melewatkan sahur selagi mana tidak takut akan masuknya fajar yang kedua [Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah]

Berdasarkan kenyataan di atas, antara kesilapan yang sering berlaku ialah apabila seseorang makan sahur sebelum tidur malam. Lalu bangun pada waktu Subuh. Sesungguhnya ia tidak dikira mengamalkan sunnah sahur.

2- Menyegerakan Berbuka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ ، عَجِّلُوا الْفِطْرَ فَإِنَّ الْيَهُودَ يُؤَخِّرُونَ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Manusia akan sentiasa dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa. Segeralah berbuka puasa, sesungguhnya Yahudi melewatkannya [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam, hadis no: 1688]

حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ ، يَقُولُ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berbuka puasa dengan kurma basah sebelum solat, jika tiada kurma basah, baginda akan makan kurma kering, jika tiada juga baginda akan minum air [Sunan Abi Daud, Kitab al-Sawm, hadis no: 2012]

Ganjaran memberi makan orang berbuka puasa

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا “
Zaid bin Khalid al-Juhaini radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun puasa orang yang berpuasa tersebut.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Sawm, hadis no : 734, Imam at-Tirmizi berkata : Hadis hasan sahih]

3- Membanyakkan doa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ : الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ ، وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ ، وَيَقُولُ الرَّبُّ : وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiga orang yang tidak akan ditolak doa mereka. Iaitu orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka, imam yang adil, dan doa orang yang dizalimi. Allah akan mengangkat doa itu ke atas awan, dibuka untuknya pintu-pintu langit, lalu Allah berkata: Demi kekuasaanKu, Aku akan Membantu kamu walau selepas masa yang lama [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3552, hadis hasan]

ثنا مَرْوَانُ الْمُقَفَّعِ , قَالَ : رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يَقْبِضُ عَلَى لِحْيَتِهِ وَيَقْطَعُ مَا زَادَ عَلَى الْكَفِّ , قَالَ : وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَفْطَرَ : ” ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ “
Marwan berkata, aku melihat Ibn Umar menggenggam janggutnya dan memotong apa yang melebihi genggamannya. Lalu ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam apabila berbuka, baginda akan membaca: Telah hilanglah rasa dahaga, telah basahlah urat-urat, dan telah tetaplah pahala, Insya-Allah. [Sunan ad-Daraquthni, Kitab al-Siyam, hadis no: 2006. Dhaif]

Selain daripada doa di atas, dibolehkan jua membaca apa-apa sahaja doa permintaan kita kepada Allah.

4- Membanyakkan sedekah

5- Membanyakkan membaca dan tadarus al-Quran
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” أَجْوَدَ النَّاسِ وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ “
Ibnu Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling murah hati, lebih-lebih ketika Jibril datang bertemunya pada malam bulan Ramadhan. Jibril datang bertemu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pada setiap malam Ramadhan dan mengajarnya al-Quran. Sesungguhnya sifat murah hati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih baik daripada angin yang bertiup.” [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no : 3313]

6- Solat Terawih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Abu Huraira radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menghidupkan (malam) Ramadhan dengan keimanan dan mengharap (pahala), diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no : 36]

Apakah itu solat terawih?

Terawih merupakan solat sunat di waktu malam. Bezanya ia dilakukan pada malam Ramadhan. Ia bermula daripada selepas solat Isya’ sehingga sebelum fajar. Kenapakah ia dinamakan terawih?

وَالتَّرَاوِيحُ : جَمْعُ تَرْوِيحَةٍ ، أَيْ تَرْوِيحَةٌ لِلنَّفْسِ ، أَيِ اسْتِرَاحَةٌ ، مِنَ الرَّاحَةِ وَهِيَ زَوَال الْمَشَقَّةِ وَالتَّعَبِ ، وَالتَّرْوِيحَةُ فِي الأْصْل اسْمٌ لِلْجِلْسَةِ مُطْلَقَةً ، وَسُمِّيَتِ الْجِلْسَةُ الَّتِي بَعْدَ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي لَيَالِي رَمَضَانَ بِالتَّرْوِيحَةِ لِلاِسْتِرَاحَةِ ، ثُمَّ سُمِّيَتْ كُل أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ تَرْوِيحَةً مَجَازًا ، وَسُمِّيَتْ هَذِهِ الصَّلاَةُ بِالتَّرَاوِيحِ ؛ لأِنَّهُمْ كَانُوا يُطِيلُونَ الْقِيَامَ فِيهَا وَيَجْلِسُونَ بَعْدَ كُل أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ لِلاِسْتِرَاحَةِ
At-Tarawih merupakan jama’/plural kepada perkataan tarwihah. Ia bermaksud merehatkan diri daripada kepenatan. Tarwihah pada asalnya adalah nama mutlaq untuk duduk, di mana duduk yang dilakukan antara empat rakaat pada malam Ramadhan untuk berehat. Kemudian, di namakan setiap empat rakaat solat itu dengan terawih sebagai kiasan, lalu dinamakanlah solat itu dengan nama solat terawih. Ini kerana mereka yang mendirikannya akan melamakan berdiri, dan duduk berehat pada setiap empat rakaat. [Al-Mau’suah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah]

Apakah hukum solat ini?
اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى سُنِّيَّةِ صَلاَةِ التَّرَاوِيحِ ، وَهِيَ عِنْدَ الْحَنَفِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ وَبَعْضِ الْمَالِكِيَّةِ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ ، وَهِيَ سُنَّةٌ لِلرِّجَال وَالنِّسَاءِ ،
Ulama feqah bersepakat bahawa solat terawih hukumnya sunat. Ia dikira sunat muakkad di sisi mazhab Hanafi, Hanbali dan sebahagian ulama mazhab Maliki. Ia sunat kepada lelaki dan perempuan.

Solat terawih boleh dilakukan sendirian, dan digalakkan untuk dilakukan secara berjemaah berdasarkan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Di dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyah dinyatakan bahawa sunat berjemaah di sisi majoriti ulama melainkan mazhab Malik. Ini berdasarkan hadis berikut:

عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” صَلَّى فِي الْمَسْجِدِ ذَاتَ لَيْلَةٍ ، فَصَلَّى بِصَلَاتِهِ نَاسٌ ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا أَصْبَحَ ، قَالَ : قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ ، فَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ ، إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ، قَالَ : وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ ” .
‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam solat di masjid pada suatu malam, dan orang ramai pun solat bersama baginda. Kemudian pada malam seterusnya baginda mendirikan solat lagi dan jemaah semakin ramai. Kemudian pada malam ketiga atau keempat orang ramai sudah berkumpul tetapi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar untuk solat bersama mereka. Apabila hari telah siang, baginda berkata: Aku melihat apa yang kalian lakukan, tidak ada apa yang menghalang aku daripada keluar mendirikan solat bersama kalian melainkan kerana aku takut ia akan diwajibkan ke atas kalian. Perawi berkata: Hal ini berlaku dalam bulan Ramadhan. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 1276]

7- Menahan daripada melakukan maksiat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْجَهْلَ وَالْعَمَلَ بِهِ ، فَلَا حَاجَةَ لِلَّهِ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ” .
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang keji dan bodoh, dan beramal pula dengannya. Allah tiada hajat langung kepada puasanya dia daripada makan dan minum. [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam, hadis no: 1679]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ ، وَلَا يَجْهَلْ ، وَإِنْ جَهِلَ عَلَيْهِ أَحَدٌ ، فَلْيَقُلْ : إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pada hari seseorang daripada kalian berpuasa, janganlah dia berkata perkataan yang keji, bukan jua perkataan yang bodoh. Jika seseorang memprovokasinya, hendaklah dia menjawab: Sesungguhnya aku berpuasa. [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam, hadis no: 1681]

Semua jenis maksiat walaupun tidak membatalkan puasa, ia akan mengurangkan kesempurnaan puasa.