﴿ وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (32) ﴾
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak [berkahwin] daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui. (32)
﴿ وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا وَآتُوهُمْ مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاءِ إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّنًا لِتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَنْ يُكْرِهْهُنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مِنْ بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَحِيمٌ (33 (﴾
Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian [diri]nya, sehingga Allah mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Dan hamba-hamba yang kamu miliki yang mahukan perjanjian (agar mereka dibebaskan), hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian daripada harta Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mahukan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [kepada mereka] sesudah mereka dipaksa [itu] . (33) [an-Nur 24 : 32-33]
Gesaan Untuk Berkahwin
Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah berkata dalam Tafsir al-Quran al-Azhim:
هذا أمر بالتزويج. وقد ذهب طائفة من العلماء إلى وجوبه، على كل من قَدَر عليه. واحتجوا بظاهر قوله صلى الله عليه وسلم: “يا معشر الشباب، من استطاع منكم الباءة فليتزوج، فإنه أغض للبصر، وأحصن للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء”. أخرجاه من حديث ابن مسعود
Ini (iaitu ayat 32) merupakan arahan untuk berkahwin. Sebahagian ulama berpegang bahawa hukum berkahwin adalah wajib bagi mereka yang berkemampuan. Mereka berhujah dengan zahir sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاء
Wahai pemuda ! Sesiapa daripada kalian yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya pernikahan membantu untuk menundukkan pandangan, dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu perisai. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5066].
Shaikh Muhammad Ali al-Sobuni hafizahullah menyebutkan dalam Rawai’ al-Bayan:
زوجوا أيها المؤمنون من لا زوج له من أحرار رجالكم ونسائكم ، ومن أهل الصلاح والتقى من عبيدكم ومواليكم ، إن يكن هؤلاء الذين تزوجونهم أهل فاقة وفقر ، فإن الله تعالى يغنيهم من فضله ، فلا يمنعكم فقرهم من إنكاحهم . فالله واسع الفضل ، جواد كريم ، يعطي الرزق من يشاء من عباده ، ولا تخفى عليه خافية من شؤونهم وأحوالهم .
(Maksud ayat 32) : Wahai orang yang beriman, nikahkan lah orang-orang yang merdeka tidak kira lelaki mahu pun perempuan yang masih tidak mempunyai pasangan, begitu juga hamba-hamba kalian yang baik dan bertaqwa. Seandainya mereka yang ingin dikahwinkan itu merupakan orang-orang yang miskin, sesungguhnya Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Janganlah kemiskinan mereka menghalang kamu daripada menikahkan mereka. Sesungguhnya Allah sangat luas kurniaanNya, Dia sangat Pemurah. Dia memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki daripada hamba-hambaNya. Tiada sedikitpun urusan mereka yang tersembunyi daripadaNya.[2]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلَاثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمْ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الْأَدَاءَ ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiga golongan yang pasti Allah akan membantu mereka: Mujahid di jalan Allah, hamba sahaya yang mahu membebaskan dirinya, orang yang menikah kerana mahu menjaga maruah dirinya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab Fadhail al-Jihad, hadis no: 1577, hadis hasan]
Perkahwinan golongan miskin jelas dalam hadis di bawah:
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ يَقُولُ: إِنِّي لَفِي الْقَوْمِ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذْ قَامَتِ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ. فَلَمْ يُجِبْهَا شَيْئًا، ثُمَّ قَامَتْ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ. فَلَمْ يُجِبْهَا شَيْئًا ثُمَّ قَامَتِ الثَّالِثَةَ فَقَالَتْ: إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ، فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَنْكِحْنِيهَا. قَالَ: هَلْ عِنْدَكَ مِنْ شَيْءٍ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: اذْهَبْ فَاطْلُبْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ. فَذَهَبَ فَطَلَبَ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ: مَا وَجَدْتُ شَيْئًا وَلاَ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ. فَقَالَ: هَلْ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ شَيْءٌ؟ قَالَ: مَعِي سُورَةُ كَذَا وَسُورَةُ كَذَا. قَالَ: اذْهَبْ فَقَدْ أَنْكَحْتُكَهَا بِمَا مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ
Sahl bin Sa’id As-Sai’di radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya aku bersama para sahabat nabi di sisi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba berdirilah seorang wanita seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia telah menyerahkan dirinya kepada mu, lihatlah kepadanya, apa pandangan mu.” Baginda pun diam dan tidak menjawab sesuatupun. Kemudian berdirilah wanita itu dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia telah menyerahkan dirinya kepada mu, lihatlah kepadanya, apa pandangan mu.” Baginda pun diam dan tidak menjawab sesuatupun. Kemudian wanita itu pun berdiri untuk yang kali yang ketiga dan berkata: sesungguhnya dia telah menyerahkan dirinya kepada mu, lihatlah kepadanya, apa pandangan mu.”.”
Kemudian berdirilah seorang lelaki lalu berkata: “Ya Rasulullah, nikahkanlah saya dengannya.” Baginda pun bertanya: “Adakah kamu memiliki sesuatu?” Lelaki itu berkata: “Tidak.”
Kemudian baginda pun berkata: “Pergilah dan carilah (mahar) walaupun sebentuk cincin besi.” Kemudian lelaki itu pun mencarinya dan datang kembali kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sambil berkata: “Saya tidak mempunyai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi.”
Maka Rasulullah bersabda: “Adakah engkau ada menghafaz ayat al-Quran ? Lelakit itu berkata: “Ada, saya hafal surah ini dan itu.” Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Pergilah, telah aku nikahkan engkau dengan dia dengan mahar berbentuk hafazan al-Quran mu.” [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5149]
Bagaimana pula dengan orang yang tidak mampu bernikah?
Imam Ibn Kathir rahimahullah memetik perkataan Ikrimah yang menerangkan firman Allah dalam ayat 33:
هو الرجل يرى المرأة فكأنه يشتهي، فإن كانت له امرأة فليذهب إليها وليقض (7) حاجته منها، وإن لم يكن له امرأة فلينظر في ملكوت السموات [والأرض] (8) حتى يغنيه الله.
Itulah seorang lelaki yang melihat perempuan, lalu timbul keinginan dalam dirinya. Jika dia mempunyai isteri, maka dia pergi kepada isterinya dan menunaikan hajatnya. Jika dia tidak mempunyai isteri, dia akan melihat kearah pemerintahan langit dan bumi sehingga Allah akan mengkayakannya.[3]
Shaikh al-Sobuni hafizahullah berkata:
ثم يأمر تعالى الشباب الذين لا تتيسر لهم سُبل الزواج – لأسباب مادية أو عقبات اجتماعية – بالعفة عن الفواحش والابتعاد عما حرم الله ، حتى يوسّع الله عليهم ، ويسهل لهم أمر الزواج . فإن العبد إذا اتقى الله جعل له من أمره فرجاً ومخرجاً { وَمَن يَتَّقِ الله يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْراً } [ الطلاق : 4 ]
Kemudian Allah menyuruh anak-anak muda yang tidak mampu untuk berkahwin, disebabkan masalah materialistik mahupun halangan masyarakat, supaya mereka menjaga kehormatan mereka dengan menjauhi segala apa yang Allah haramkan, sehinggalah nanti Allah akan meluaskan rezeki mereka, dan memudahkan mereka untuk berkahwin. Sesungguhnya apabila seseorang hamba bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar kepada urusannya:
{ وَمَن يَتَّقِ الله يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْراً }
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah. Nescaya Allah akan menjadikan untuknya kemudahan dalam urusannya [al-Thalaq : 4][4]
Perkahwinan Sebagai Solusi
Shaikh al-Sobuni hafizahullah berkata lagi:
في الآيات السابقة حذر الله جل ثناؤه من مقارفة الفواحش وارتكاب الموبقات فنهى عن الزنى ودواعيه القريبة والبعيدة ، من النظر إلى النساء ، والاختلاط بهن ، وكشف العورات ، وإبداء الزينة ، ودخول البيوت بغير استئذان . وغير ذلك مما يدعو إلى الفساد وضياع الأخلاق والوقوع في المهالك ،
Pada ayat-ayat sebelumnya Allah telah memberikan amaran daripada terlibat dengan perbuatan yang keji dan dosa, lalu Dia melarang daripada perbuatan zina dan sebab-sebabnya, sama ada sebab-sebab yang dekat mahupun jauh. Iaitu daripada melihat kepada perempuan yang bukan mahram, pergaulan bebas dengan mereka, membuka aurat, menzahirkan perhiasan, memasuki rumah orang lain tanpa keizinan dan lain-lain perkara yang membawa kepada kerosakan, keruntuhan akhlak dan menjerumuskan ke dalam kemusnahan.
وفي هذه الآيات الكريمة رغب المولى جل وعلا في النكاح وأمر بالإعانة عليه وتسهيل سبله ، لأن النكاح من خير ما يحقق العفة ، ويعصم المؤمن من الزنى ، ويبعده عن آثامه وهو الطريق الوحيد لبقاء النوع الإنساني . وبناء المجتمع الفاضل
Dalam ayat ini pula, Allah menyuruh hamba-hambanya bernikah dan menyuruh pula untuk membantu pernikahannya untuk dan memudahkan urusannya. Ini kerana pernikahan merupakan sebaik-baik jalan untuk menjaga kehormatan, memeliharan orang beriman daripada perzinaan, dan menjauhkannya daripada dosa. Ia juga merupakan satu-satunya jalan untuk memastikan keberlangsungan spesies manusia, jua untuk membina masyarakat yang baik.
ولهذا وردت هذه الآيات الكريمة تحثُّ على إعفاف الشباب والفتيات عن طريق الزواج . وتدعو إلى تذليل كل العقبات التي تعترض طريق الزواج سواء كانت هذه العقباتُ مالية ، أو غير مالية.
Oleh kerana itu, ayat ini menggesa agar kehormatan pemuda dan pemudia dijaga melalui jalan perkahwinan. Ayat ini juga menyeru agar dirobohkan segala tembok penghalang yang menutup jalan perkahwinan, tidak kira sama ada tembok penghalang itu berkaitan dengan harta benda, atau bukan harta benda.[5]
Persoalan: Ada yang berkahwin tetapi miskin?
Shaikh al-Sobuni hafizahullah menjawab:
فإن قيل : فنحن نرى كثيراً من الفقراء يتزوجون ويستمر فقرهم ولا يستغنون ونرى من كان غنياً فيتزوج يصبح فقيراً؟ فالجواب : أن هذا الوعد مشروط بالمشيئة كما في قوله تعالى : { فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ الله مِن فَضْلِهِ إِن شَآءَ } [ التوبة : 28 ] ومما يدل على إضماره أن الله تعالى ختم الآية بقوله : { والله واسع عَلِيمٌ } ولم يقل ( واسع كريم ) وهذا يفيد أنه تعالى يعلم مصلحة عباده فيبسط لمن يشاء ويقدر لمن يشاء ، حسب الحكمة والمصلحة .
Janji Allah ini terikat dengan kehendak Allah, sebagaimana firmannya:
{ فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ الله مِن فَضْلِهِ إِن شَآءَ } [ التوبة : 28 ]
Allah akan mengkayakan kamu dengan kurniaanNya seandainya Dia Mahu [al-Taubah : 28]
Antara petunjuk kepada hal ini ialah Allah menutup ayat di atas (ayat 32 surah an-Nur) dengan firmanNya : Allah Maha Luas KurniaanNya dan Mengetahui, dan Dia tidak berfirman : Allah Maha Luas Kurniaan dan Maha Pemurah. Ini menunjukkan Allah Maha Mengetahui apa yang bermanfaat untuk hambaNya. Dia tidak memberi kepada sesiapa yang dia kehendaki, dan dia turut memberi kepada siapa yang dia mahukan, dan semua ini melihat kepada hikmah dan maslahah.[6]