Takhrij hadis: “Apabila seseorang mendengar azan, dan ketika itu bekas air minuman ditangannya, hendaklah dia tidak meletakkannya sehingga dia telah menunaikan hajatnya”.
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ الْأَذَانَ، وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَدَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ مِنْهُ
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dan kesemuanya melalui jalan periwayatan Hammad bin Salamah. Ini menunjukkan Hammad adalah madar kepada hadis ini.
Jalur 1:
Hammad bin Salamah meriwayatkan daripada Muhammad bin ‘Amru, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w. [Musnad Ahmad (9474) (10629), Sunan Abu Daud (2350), Sunan al-Daraquthni (2182), Al-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi (8275), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (729).
Jalur 2:
Hammad bin Salamah meriwayatkan daripada ‘Ammar bin Abi ‘Ammar, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w. Dalam riwayat ini terdapat tambahan lafaz:
وَكَانَ الْمُؤَذِّنُ يُؤَذِّنُ إِذَا بَزَغَ الْفَجْرُ
Muazzin azan apabila telah terbit fajar. [Musnad Ahmad (10630)]
Jalan 3:
Hammad bin Salamah meriwayatkan daripada Yunus, daripada Al-Hasan Al-Basri, daripada Rasulullah s.a.w.
Fakta penting perlu diteliti dalam semua riwayat ini ialah:
- Hammad bin Salamah bersendirian meriwayatkan riwayat ini.
- Kemudian kelihatan berlaku tidak konsisten dalam riwayat ini kerana Hammad meriwayatkan daripada 3 individu yang berbeza. Jadi sebenarnya, beliau meriwayatkan hadis ini daripada siapa?
Apakah kedudukan Imam Hammad bin Salamah di sisi ulama al-Jarh wa al-Ta’dil?
Para ulama hadis menyatakan beliau adalah perawi thiqah.
Al-Hafiz Ibnu Hajar menyimpulkan bahawa Hammad bin Salamah adalah seorang perawi thiqah, yang paling dipercayai riwayatnya daripada Tsabit, akan tetapi kualiti hafazannya berubah di hujung usianya. [Taqrib al-Tahzib, 1:178][1]
Imam Muslim menyebutkan bahawa Hammad bin Salamah apabila meriwayatkan selain daripada Tsabit, maka dia ada melakukan banyak kesilapan pada riwayatnya.[Al-Tamyiz, 51][2].
Adz-Dzahabi menyatakan bahawa dia adalah lautan ilmu, akan tetapi dia ada tersilap dalam banyak riwayatnya.[3]
Di dalam Thabaqat Ibn Sa’ad disebutkan bahawa Hammad bin Salamah thiqah, banyak hadisnya, dan adakalanya dia menyampaikan hadis munkar. [Al-Thabaqat Al-Kubra, 7:282]. [4]
Ya’qub bin Syaibah berkata: Hammad bin Salamah Thiqah, akan tetapi pada hadisnya terdapat idhthirab yang teruk.. [Sharh ‘Ilal al-Tirmizi, 336][5]
Al-Baihaqi selepas menerangkan tentang Hammad bin Salamah bahawa tidak boleh berhujah dengan hadis-hadisnya yang bercanggah perawi thiqah. [Al-Khilafiyyat, 2:50][6].
Selain daripada isu tafarrud Hammad bin Salamah, dan idhtirabnya riwayat ini, terdapat kecacatan lain seperti status Muhammad bin Amru, mursalnya riwayat Al-Hasan Al-Basri.
Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya tentang riwayat Hammad daripada Muhammad bin Amru, dan riwayat Hammad daripada ‘Ammar bin Abi ‘Ammar. Lalu Abu Hatim menjawab: Kedua hadis ini tidak sahih. Adapun riwayat ‘Ammar daripada Abu Hurairah mawquf. ‘Ammar thiqah. Hadis yang lain tidak sahih.[7]
Oleh yang demikian riwayat ini adalah dhaif kerana ia adalah hadis mudhtharib, dan riwayat Hammad ini bercanggah dengan dalil-dalil lain yang lebih kuat dan sahih. Ia bercanggah dengan ayat al-Quran:
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang puntih daripada benang hitam daripada waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam.
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، قُلْتُ : كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ ؟ قَالَ : قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersahur bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian baginda bangun mendirikan solat. Aku (iaitu Anas bin Malik) berkata: Berapa lamakah tempoh masa antara azan dan sahur? Zaid menjawab: Pada kadar lima puluh ayat [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Sawm, hadis no: 1796]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ : ” إِنَّ بِلَالًا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا ، حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Bilal azan di waktu malam, makan dan minumlah sehingga kalian mendengar azan Ibn Ummi Maktum [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no: 1834]
Sebahagian ulama hadis menghasankan riwayat di atas. Seandainya diterima bahawa hadis ini hasan sekalipun, lafaz hadis ini masih terdapat kebarangkalian ia merujuk kepada azan yang pertama. Ini kerana di zaman Nabi s.a.w azan Subuh dilaungkan dua kali sebagaimana riwayat Ibnu ‘Umar di atas.
Imam al-Baihaqi menerangkan: Riwayat ini, jika ia sahih sekalipun. Ia difahami oleh ramai ulama bahawa Rasulullah s.a.w mengetahui bahawa muazzin itu melaungkan azan sebelum terbitnya fajar dimana orang itu minum sebelum masuknya waktu fajar. Perkataan perawi yang menyatakan bahawa muazzin melaungkan azan apabila matahari telah terbit pula boleh jadi merupakan khabar yang munqathi’, dan bukan daripada Abu Hurairah, atau boleh jadi ia sedang menyebutkan tentang azan kedua. Adapun sabda baginda s.a.w “Apabila seseorang mendengar azan, dan ketika itu bekas air minuman ditangannya, hendaklah dia tidak meletakkannya sehingga dia telah menunaikan hajatnya” ia merujuk kepada azan pertama kerana ia selari dengan riwayat (yang menyatakan Bilal azan di waktu malam). [Al-Sunan Al-Kubra, 4:218].[8]
Terdapat beberapa riwayat lain yang seolah-olah menunjukkan boleh bersahur walau ketika sudah terbit fajar. Kesemua riwayat itu tidak terlepas daripada kritikan akan kesahihannya. Boleh dibaca dalam kajian yang terperinci yang diterbitkan dalam Jurnal Universiti Islam Gaza
السُّحور مع أذانِ الفجر الثَّاني أو بعده دراسةٌ حديثيةٌ نقديَّة
https://journals.iugaza.edu.ps/index.php/IUGJIS/article/view/8294
Kesimpulan:
Marilah kita berpegang dengan dalil yang jelas sahihnya, dan tinggalkan yang samar-samar apatah lagi ia melibatkan sah atau batalnya ibadah puasa kita.
Suka diingatkan di sini, penentunya tamat masa sahur adalah dengan terbitnya fajar. Jika diketahui telah terbit fajar tetapi masih belum azan, tetap perlu berhenti sahur. Jika telah azan, dan diketahui muazzin sengaja awalkan azan, maka masih boleh sahur.
[1] تقريب التهذيب (1/ 178)
1499- حماد ابن سلمة ابن دينار البصري أبو سلمة ثقه عابد أثبت الناس في ثابت وتغير حفظه بأخرة من كبار
الثامنة مات سنة سبع وستين خت م 4
[2] التمييز للإمام مسلم (ص: 51)
وحماد يعد عندهم، إذا حدث عن غير ثابت، كحديثه عن قتادة، وأيوب، ويونس، وداود بن أبي هند، والجريري، ويحيى بن سعيد، وعمرو بن دينار، وأشباههم، فإنه يخطئ في حديثهم كثيراً.
[3] سير أعلام النبلاء ـ تح الأرنؤوط (7/ 446)
قلت: كان بحرا من بحور العلم، وله أوهام في سعة ما روى، وهو صدوق حجة، إن شاء الله، وليس هو في الاتقان كحماد بن زيد
[4] الطبقات الكبرى كاملا 230 (7/ 282)
وَكَانَ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ثِقَةً ، كَثِيرَ الْحَدِيثِ ، وَرُبَّمَا حَدَّثَ بِالْحَدِيثِ الْمُنْكَرِ.
[5] شرح علل الترمذي لابن رجب (ص: 336)
قال يعقوب بن شيبة : (( حماد بن سلمة ثقة ، في حديثه اضطراب شديد ، إلا عن شيوخ ، فإنه حسن الحديث عنهم ، متقن لحديثهم ، مقدم على غيره فيهم ، منهم : ثابت البناني ، وعمار بن أبي عمار ، وغيرهما )) .
[6] الخلافيات بين الإمامين الشافعي وأبي حنيفة وأصحابه ت النحال (2/ 50)
فَأَمَّا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ – رحمه الله – فَإِنَّهُ أَحَدُ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، حَتَّى قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ – رحمه الله -: إِذَا رَأَيْتَ الرَّجُلَ يَغْمِزُ حَمَّادَ بْنَ سَلَمَةَ فَاتَّهِمْهُ؛ فَإِنَّهُ كَانَ شَدِيدًا عَلَى أَهْلِ الْبِدَعِ، إِلَّا أَنَّهُ لَمَّا طَعَنَ فِي السِّنِّ سَاءَ حِفْظُهُ، فَلِذَلِكَ تَرَكَ الْبُخَارِيُّ الِاحْتِجَاجَ بِحَدِيثِهِ، وَأَمَّا مُسْلِمٌ – رحمه الله – فَإِنَّهُ اجْتَهَدَ فِي أَمْرِهِ وَأَخْرَجَ مِنْ أَحَادِيثِهِ عَنْ ثَابِتٍ مَا سَمِعَ مِنْهُ قَبْلَ تَغَيُّرِهِ، وَمَا سِوَى حَدِيثهِ عَنْ ثَابِتٍ لَا يَبْلُغُ أَكْثَرَ مِنِ اثْنَيْ عَشَرَ حَدِيثًا أَخْرَجَهَا فِي الشَّوَاهِدِ دُونَ الِاحْتِجَاجِ بِهِ، وَإِذَا كَانَ الْأَمْرُ عَلَى هَذَا فَالِاحْتِيَاطُ لِمَنْ رَاقَبَ اللَّهَ تَعَالى أَنْ لَا يَحْتَجَّ بِمَا يَجِدُ فِي أَحَادِيثِهِ مِمَّا يُخَالِفُ الثِّقَاتِ، وَهَذَا (3) الْحَدِيثُ مِنْ جُمْلَتِهَا؛ فَقَدْ:
[7] علل الحديث لابن أبي حاتم (1/ 123)
340- وسألتُ أبِي عَن حدِيثٍ ؛ رواهُ روحُ بنُ عُبادة ، عن حمّادٍ ، عن مُحمّدِ بنِ عَمرٍو ، عن أبِي سلمة ، عن أبِي هُريرة ، عنِ النّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، أنّهُ قال : إِذا سمِع أحدُكُمُ النِّداء والإِناءُ على يدِهِ فلا يضعهُ حتّى يقضِي حاجتهُ مِنهُ.
قُلت لأبِي : وروى روحٌ أيضًا عن حمّادٍ ، عن عمّارِ بنِ أبِي عمّارٍ ، عن أبِي هُريرة ، عنِ النّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِثلهُ ، وزاد فِيهِ : وكان المُؤذِّنُ يُؤذِّنُ إِذا بزغ الفجرُ.
قال أبِي : هذانِ الحدِيثانِ ليسا بِصحِيحينِ ، أمّا حدِيثُ عمّارٍ فعن أبِي هُريرة موقُوفٌ ، وعمّارٌ ثِقةٌ ، والحدِيثُ الآخرُ ليس بِصحِيحٍ
[8] السنن الكبرى للبيهقي وفي ذيله الجوهر النقي (4/ 218)
8276- قَالَ وَحَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ عَمَّارِ بْنِ أَبِى عَمَّارٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- مِثْلَهُ. قَالَ الرِّيَاحِىُّ فِى رِوَايَتِهِ وَزَادَ فِيهِ : وَكَانَ الْمُؤَذِّنُونَ يُؤَذِّنُونَ إِذَا بَزَغَ الْفَجْرُ وَكَذَلِكَ رَوَاهُ غَيْرُهُ عَنْ حَمَّادٍ. {ق} وَهَذَا إِنْ صَحَّ فَهُوَ مَحْمُولٌ عِنْدَ عَوَامِّ أَهْلِ الْعِلْمِ عَلَى أَنَّهُ -صلى الله عليه وسلم- عَلِمَ أَنَّ الْمُنَادِىَ كَانَ يُنَادِى قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ بِحَيْثُ يَقَعُ شُرْبُهُ قُبَيْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ وَقَوْلُ الرَّاوِى وَكَانَ الْمُؤَذِّنُونَ يُؤَذِّنُونَ إِذَا بَزَغَ يُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ خَبَرًا مُنْقَطِعًا مِمَّنْ دُونَ أَبِى هُرَيْرَةَ أَوْ يَكُونَ خَبَرًا عَنِ الأَذَانِ الثَّانِى وَقَوْلُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- :« إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ ». خَبَرًا عَنِ النِّدَاءِ الأَوَّلِ لِيَكُونَ مُوَافِقًا لِمَا.