Semakin penghujung Ramadhan, banyakkanlah berdoa agar amalan kita diterima Allah.

Begitulah sikap para sahabat, mereka sangat takut amalan mereka ditolak oleh Allah.

Firman Allah [Al-Mukminun :57-61] :

إِنَّ الَّذِينَ هُمْ مِنْ خَشْيَةِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ (57) وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ (58)
Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan [azab] Tuhan mereka, (57) dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, (58)

وَالَّذِينَ هُمْ بِرَبِّهِمْ لَا يُشْرِكُونَ (59)وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ (60)
dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka [sesuatu apa-pun], (59) dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, [kerana mereka tahu bahawa] sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka (60)

أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ (61)
mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya (61)

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ وَهْبٍ الْهَمْدَانِيِّ، أَنَّ عَائِشَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَتْ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ هَذِهِ الآيَةِ : ( والَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ ) قَالَتْ عَائِشَةُ أَهُمُ الَّذِينَ يَشْرَبُونَ الْخَمْرَ وَيَسْرِقُونَ
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengenai ayat 60 di atas. ‘Aisyah berkata: Adakah mereka orang yang minum arak atau mencuri?

قَالَ ” لاَ يَا بِنْتَ الصِّدِّيقِ وَلَكِنَّهُمُ الَّذِينَ يَصُومُونَ وَيُصَلُّونَ وَيَتَصَدَّقُونَ وَهُمْ يَخَافُونَ أَنْ لاَ يُقْبَلَ مِنْهُمْ “
Baginda menjawab: Tidak, wahai anak perempuan as-Siddiq. Tetapi mereka adalah orang yang berpuasa, solat, dan bersedekah dalam keadaan takut tidak diterima daripada mereka.

أُولَئِكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ
Merekalah orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan. Merekalah orang yang akan segera mendapatkannya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 3475].

Oleh kerana itu selepas solat Subuh kita digalakkan membaca doa berikut:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ :
Ummu Salamah radiallahu ‘anha meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca semasa solat Subuh ketika memberikan salam :

” اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا ” .
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
[Sunan Ibn Majah, no: 926. Shaikh al-Arnaouth menyatakan isnadnya dhaif kerana mubhamnya perawi yang meriwayatkan daripada Ummu Salamah]

*membaca semasa solat Subuh bermaksud selepas solat Subuh ( يَقُولُ بَعْدَ صَلَاةِ الْفَجْرِ) sebagaimana dalam riwayat At-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Saghir (735).

Ibn Rajab al-Hanbali r.h.m dalam Lathaif al-Ma’arif membawakan beberapa contoh tentang kerisauan generasi salaf berkaitan pengabulan amalan kebaikan mereka oleh Allah s.w.t.

كان السلف الصالح يجتهدون في إتمام العمل و إكماله و إتقانه ثم يهتمون بعد ذلك بقبوله و يخافون من رده و هؤلاء الذين : { وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آَتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ

Imam Ibn Rajab berkata: Generasi Salafussoleh berusaha bersungguh-sungguh dalam beramal dan menyempurnakannya. Selepas itu mereka akan menjadi sangat risau tentang penerimaan (Allah) ke atas amalan yang dilakukan. Mereka sangat takut jika amal-amal mereka ditolak. Mereka inilah yang disebut dalam ayat yang bermaksud: Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang penuh khuatir, sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka [Al Mu’minun : 60].

روي عن علي رضي الله عنه قال : كونوا لقبول العمل أشد اهتماما منكم بالعمل ألم تسمعوا الله عز و جل يقول : { إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ}

Diriwayatkan bahawa ‘Ali r.a berkata: Mereka (generasi salaf) lebih mengambil berat tentang penerimaan amal berbanding dengan amal itu sendiri. Adakan kalian tidak pernah mendengar Allah s.w.t berfirman : Sesungguhnya Dia (Allah) hanya menerima (amalan-amalan) daripada mereka yang bertaqwa [al-Maidah : 27]

و عن فضالة بن عبيد قال : لأن أكون أعلم أن الله قد تقبل مني مثقال حبة من خردل أحب إلي من الدنيا و ما فيها لأن الله يقول : { إنما يتقبل الله من المتقين }

Fudhalah bin ‘Ubaid berkata: Seandainya aku mengetahui Allah menerima amalan aku walau seberat biji benih, itu lebih aku cintai daripada dunia dan isinya. Ini kerana Allah s.w.t berfirman: Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan-amalan) mereka yang bertaqwa.

قال ابن دينار : الخوف على العمل أن لا يتقبل أشد من العمل و قال عطاء السلمي : الحذر الاتقاء على العمل أن لا يكون لله

Ibn Dinar berkata: Perasaan takut bahawa amalan tidak akan diterima itu lebih kuat daripada amalan itu sendiri. ‘Atha’ as-Salami berkata: Berhati-hatilah menjaga amal agar ia takut-takut ia dilakukan bukan kerana Allah.

و قال عبد العزيز بن أبي رواد : أدركتهم يجتهدون في العمل الصالح فإذا فعلوه وقع عليهم الهم أيقبل منهم أم لا قال بعض السلف كانوا يدعون الله ستة أشهر أن يبلغهم شهر رمضان ثم يدعون الله ستة أشهر أن يتقبله منهم

Abdul Aziz bin Rawwad berkata: Aku melihat generasi salaf sangat bersungguh-sungguh melakukan amal soleh. Apabila mereka telah melakukannya, timbul pula perasaan risau adakah amalan itu diterima atau tidak.

#MMMR