Cerita Tentang Doa Dalam Surah Yunus.

Ada beberapa ayat dalam surah Yunus berkaitan doa yang sangat perlu kita tadabburi.

1- Kelembutan Allah kepada manusia yang jenis tak sabar sampai mendoakan keburukan.

وَلَوْ يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنَّاسِ الشَّرَّ اسْتِعْجَالَهُمْ بِالْخَيْرِ لَقُضِيَ إِلَيْهِمْ أَجَلُهُمْ فَنَذَرُ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (11)
Dan kalau sekiranya Allah menyegerakan kejahatan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, pastilah diakhiri umur mereka. Maka Kami biarkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, bergelumang di dalam kesesatan mereka. [Yunus: 11].

Imam Ibnu Katsir menerangkan tentang ayat surah Yunus di atas:
يخبر تعالى عن حلمه ولطفه بعباده: أنه لا يستجيب لهم إذا دعوا على أنفسهم أو أموالهم أو أولادهم في حال ضجرهم وغضبهم، وأنه يعلم منهم عدم القصد إلى إرادة ذلك، فلهذا لا يستجيب لهم
Allah memberitahu kepada hambaNya tentang kelembutanNya dengan hamba-hambaNya: Dia tidak memakbulkan doa mereka apabila mereka mendoakan keburukan ke atas diri mereka, harta mereka atau anak-anak mereka dalam keadaan mereka sedang marah. Dia mengetahui bahawa sebahagian daripada mereka tidak bermaksud dengan apa yang mereka doakan. Oleh itu, tidak dimakbulkan doa keburukan tersebut.

Ia jua ada kaitan dengan ayat dalam surah al-Isra’:

وَيَدْعُ الْإِنْسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الْإِنْسَانُ عَجُولًا (11)
Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdo’a untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. [Al-Isra’:11].

Apakah maksud ayat ini? Siapakah manusia yang berdoa dengan keburukan?

Shaikh Al-Sa’di menyebutkan:
وهذا من جهل الإنسان وعجلته حيث يدعو على نفسه وأولاده وماله بالشر عند الغضب ويبادر بذلك الدعاء كما يبادر بالدعاء في الخير،
Ini merupakan daripada kebodohan manusia dan kegopohannya. Dia berdoa keburukan ke atas dirinya, anak-anaknya dan hartanya ketika dia marah. Dia bersegera dengan doa keburukan itu sebagaimana dia bersegera berdoa dengan kebaikan.

Shaikh al-Sa’di menyatakan:
ولكن الله -بلطفه (1) – يستجيب له في الخير ولا يستجيب له بالشر. { وَلَوْ يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنَّاسِ الشَّرَّ اسْتِعْجَالَهُمْ بِالْخَيْرِ لَقُضِيَ إِلَيْهِمْ أَجَلُهُمْ }
Akan tetapi Allah dengan kehalusanNya, memakbulkan doa yang baik dan tidak memakbulkan doanya yang buruk. Firman Allah: Dan kalau sekiranya Allah menyegerakan kejahatan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, pastilah diakhiri umur mereka.

2- Manusia yang lupa diri bila sudah senang.

وَإِذَا مَسَّ ٱلْإِنسَـٰنَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنۢبِهِۦٓ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَآئِمًۭا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُۥ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَآ إِلَىٰ ضُرٍّۢ مَّسَّهُۥ ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. [Yunus: 12]

Shaikh al-Sa’di menerangkan dalam tafsirnya:

وهذا إخبار عن طبيعة الإنسان من حيث هو، وأنه إذا مسه ضر، من مرض أو مصيبة اجتهد في الدعاء، وسأل الله في جميع أحواله، قائما وقاعدا ومضطجعا، وألح في الدعاء ليكشف الله عنه ضره.
Ayat ini memberitahu tentang perangai manusia. Apabila ditimpa kesusahan seperti sakit, atau apa-apa musibah, dia akan bersungguh-sungguh berdoa. Dia akan meminta kepada Allah dalam segala keadaannya, sama ada ketika berdiri, duduk, atau berbaring. Dia akan berterusan berdoa untuk Allah menghilangkan kesusahannya.

{ فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَسَّهُ } أي: استمر في غفلته معرضا عن ربه، كأنه ما جاءه ضره، فكشفه الله عنه،
“setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya”, dia berterusan pula dalam kelalaiannya dan berpaling daripada Tuhannya, seolah-olah tiada kesusahan pernah menimpanya lalu Allah yang telah menghilangkan kesusahan itu.

فأي ظلم أعظم من هذا الظلم؟!! يطلب من الله قضاء غرضه، فإذا أناله إياه لم ينظر إلى حق ربه، وكأنه ليس عليه لله حق. وهذا تزيين من الشيطان، زين له ما كان مستهجنا مستقبحا في العقول والفطر.
Apakah kezaliman yang lebih besar daripada ini! Dia meminta kepada Allah hajatnya, apabila Allah telah menunaikan hajatnya, dia tidak memandang pun kepada hak Tuhannya, seolah-olah tiada hak Allah yang wajib dia tunaikan. Ini merupakan tipu daya syaitan. Syaitan menghiasi tindakan yang sangat buruk di sisi akal dan fitrah.

Allah mengulangi perkhabaran tentang sikap buruk orang Musyrikin yang lupa daratan selepas diselamatkan ini. Dalam ayat 21-23:

وَإِذَآ أَذَقْنَا ٱلنَّاسَ رَحْمَةًۭ مِّنۢ بَعْدِ ضَرَّآءَ مَسَّتْهُمْ إِذَا لَهُم مَّكْرٌۭ فِىٓ ءَايَاتِنَا ۚ قُلِ ٱللَّهُ أَسْرَعُ مَكْرًا ۚ إِنَّ رُسُلَنَا يَكْتُبُونَ مَا تَمْكُرُونَ
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang ayat-ayat keterangan Kami. Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah lebih cepat melakukan rancangan menentangnya!” Sesungguhnya malaikat-malaikat utusan Kami sentiasa menulis akan rancangan tipu daya yang kamu jalankan itu. (21)

هُوَ ٱلَّذِى يُسَيِّرُكُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا كُنتُمْ فِى ٱلْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِم بِرِيحٍۢ طَيِّبَةٍۢ وَفَرِحُوا۟ بِهَا جَآءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌۭ وَجَآءَهُمُ ٱلْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍۢ وَظَنُّوٓا۟ أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ ۙ دَعَوُا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ لَئِنْ أَنجَيْتَنَا مِنْ هَـٰذِهِۦ لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, dan (berlayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya. Lalu datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (dalam bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata), “Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami daripada bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur”. (22)

فَلَمَّآ أَنجَىٰهُمْ إِذَا هُمْ يَبْغُونَ فِى ٱلْأَرْضِ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ ۗ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّمَا بَغْيُكُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُم ۖ مَّتَـٰعَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا مَرْجِعُكُمْ فَنُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar. Hai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; (hasil kezalimanmu) itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kamilah kamu akan kembali, lalu Kami khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (23)

Imam al-Thabari berkata:

(وإذا أذقنا الناس رحمة من بعد ضراء مستهم) إلى آخر الآية، قال: هؤلاء المشركون يدعون مع الله ما يدعون، فإذا كان الضر لم يدعوا إلا الله، فإذا نجاهم إذا هم يشركون .
Firman Allah: “Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan” sehingga akhir ayat. Orang-orang Musyrikin itu (ketika senang) berdoa kepada Allah, dan berdoa kepada selain Allah. Apabila ditimpa kesusahan, mereka tidak berdoa kecuali kepada Allah. Apabila Allah telah menyelamatkan mereka, mereka kembali mensyirikkan Allah.

Walaupun ayat-ayat ini ditujukan kepada Musyrikin, umat Islam hendaklah menjauhi sifat seperti mereka yang umpama kacang lupakan kulit.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ .
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang suka untuk Allah menerima doannya ketika dalam kesukaran dan kesusahan, hendaklah dia membanyakkan doa ketika dalam kesenangan. [Sunan At-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3382, gharib. Shaikh al-Albani berkata: hadis hasan lighairihi]