“Kita tak boleh minta terus@direct dekat Allah, sebab kita belum betul-betul kenal Allah”.
.
“Kita banyak dosa, mana layak minta terus kepada Allah”
.
Ini adalah satu sangka buruk kepada Allah. Inilah antara hujah yang digunakan sebahagian orang yang meminta kepada orang mati, meminta orang mati membantu mereka, meminta orang mati mendoakan mereka. [Saya sebut sebahagian, sebab saya yakin tak semua yang buat bid’ah sebegini beri’tiqad sebegitu].
.
Allah telah dengan jelas menyatakan gesaan kepada manusia untuk berdoa kepadanya.
.
﴿وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ٦٠﴾ [غافر: 60]
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]
.
﴿وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ١٨٦﴾ [البقرة: 186]
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka [jawablah], bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]
.
Bersangka buruk kepada Allah adalah antara ciri golongan Musyrikin.
.
وَذَٰلِكُمْ ظَنُّكُمُ ٱلَّذِى ظَنَنتُم بِرَبِّكُمْ أَرْدَىٰكُمْ فَأَصْبَحْتُم مِّنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ
Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhan-mu, prasangka itu telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. [Fussilat: 23]
.
Sebab itu Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan:
.
أعظم الذنوب عند الله إساءةُ الظنّ به ،
(Antara) sebesar-besar dosa di sisi Allah ialah bersangka buruk denganNya.
.
فإنّ المسيء به الظنَّ قد ظنّ به خلافَ كماله المقدّس، وظنّ به ما يناقض أسماءه وصفاته.
Sesungguhnya sesiapa yang bersangka buruk dengan Allah, dia telah bersangka kepadaNya sesuatu yang bercanggah dengan kesempurnaanNya yang suci, dia telah bersangka kepada Allah sesuatu yang bertentangan dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya. [Al-Daa’ wa Al-Dawaa’, 318].
.
Mereka yang menyatakan tidak boleh meminta terus kepada Allah, hakikatnya sedang menyamakan Allah dengan makhluk. Makhluk yang hebat seperti raja sesebuah negara sekalipun, mereka tidak mempunyai kuasa mutlak dan tak mempunyai kemampuan untuk menguruskan dan memenuhi semua permintaan rakyatnya secara terus tanpa perantaraan pegawai-pegawainya. Maha suci Allah daripada sifat lemah.
.
Al-Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam kitabnya Al-Tawassul Ahkamuhu Wa Anwa’uhu telah menempelak hujah sebahagian orang yang menggunakan analogi sebegini.
.
يقول المخالفون، إن التوسل بذوات الصالحين وأقدارهم أمر مطلوب وجائز، لأنه مبني على منطق الواقع ومتطلباته،
Mereka yang tidak bersetuju (dengan pendapat shaikh al-Albani yang melarang tawassul dengan kedudukan orang soleh) berkata: Sesungguhnya bertawassul dengan diri orang saleh dan kedudukan mereka adalah perkara yang dituntut dan dibenarkan. Ini kerana ia berdasarkan logik yang berlaku pada realiti dan keperluan kepadanya.
ذلك أن أحدنا إذا كانت له حاجة عند ملك أو وزير أو مسؤول كبير فهو لا يذهب إليه مباشرة، لأنه يشعر أنه ربما لا يلتفت إليه، هذا إذا لم يرده أصلاً،
Ini kerana salah seorang daripada kita jika mempunyai hajat yang mahu dipinta daripada raja, menteri atau pegawai berpangkat besar, orang yang berhajat itu tidak akan pergi terus kepadanya. Ini kerana dia merasakan bahawa dia mungkin tidak akan diberi perhatian, itu pun jika tidak ditolak terus.
ولذلك كان من الطبيعي إذا أردنا حاجة من كبير فإننا نبحث عمن يعرفه، ويكون مقرباً إليه أثيراً عنده، ونجعله واسطة بيننا وبينه، فإذا فعلنا ذلك استجاب لنا، وقضيت حاجتنا،
Oleh itu, adalah perkara biasa jika kita mempunyai hajat kepada orang berpangkat, kita akan mencari seseorang yang mengenalinya, dan yang rapat dengannya serta disayangi olehnya, kita menjadikan orang tersebut sebagai perantara antara kita dan orang besar itu. Jika kita melakukan demikian, hajat kita akan dipenuhi dan ditunaikan,
وهكذا الأمر نفسه في علاقتنا بالله سبحانه – بزعمهم – فالله عز وجل عظيم العظماء، وكبير الكبراء، ونحن مذنبون عصاة، وبعيدون لذلك عن جناب الله،
Begitu juga dalam hubungan kita dengan Allah – menurut mereka – Allah yang Maha Besar, dan kita adalah pendosa, oleh itu kita jauh daripada Allah,
ليس من اللائق بنا أن ندعوه مباشرة، لأننا إن فعلنا ذلك خفنا أن يردنا على أعقابنا خائبين، أو لا يلتفت إلينا فنرجع بخفي حنين،
Oleh itu, tidak wajar bagi kita untuk memohon terus kepadaNya, kerana jika kita melakukannya, kita takut permintaan kita akan ditolak dan lalu kita akan kecewa, atau tidak diberi perhatian langsung sehingga kita pulang dengan tangan kosong.
وهناك ناس صالحون كالأنبياء والرسل والشهداء قريبون إليه سبحانه، يستجيب لهم إذا دعوه، ويقبل شفاعتهم إذا شفعوا لديه،
Dalam masa yang sama, terdapat orang-orang saleh seperti para nabi, rasul, dan syuhada yang dekat denganNya, Allah akan menjawab permohonan mereka jika mereka berdoa kepadaNya, dan menerima syafaat mereka jika mereka memohon bagi pihak kita.
أفلا يكون الأولى بنا والأخرى ان نتوسل إليه بجاههم، ونقدم بين يدي دعائنا ذكرهم، عسى ان ينظر الله تعالى إلينا إكراماً لهم، ويجيب دعاءنا مراعاة لخاطرهم،
Bukankah lebih baik bagi kita untuk bertawassul kepada Allah dengan kedudukan mereka, dan menyebut mereka sebelum kita berdoa, supaya Allah memandang kepada kita sebagai penghormatan kepada mereka, dan menjawab doa kita disebabkan oleh kedudukan mereka.
فلماذا تمنعون هذا النوع من التوسل، والبشر يستعملونه فيما بينهم، فلم لا يستعملونه مع ربهم ومعبودهم؟
Jadi mengapa kamu melarang jenis tawassul ini, sedangkan manusia menggunakannya sesama mereka, mengapa tidak menggunakannya dengan Tuhan mereka?
ونقول جواباً على هذه الشبهة: إنكم يا هؤلاء إذن تقيسون الخالق على المخلوق،
(Shaikh al-Albani menjawab) kami katakan sebagai jawapan kepada syubhat ini: Sesungguhnya kamu sedang membuat kiasan antara Pencipta dengan makhluk,
وتشبهون قيوم السماوات والأرض، أحكم الحاكمين، وأعدل العادلين، الرؤوف الرحيم بأولئك الحكام الظالمين، والمتسلطين المتجبرين الذين لا يأبهون لمصالح الرعية،
kamu sedang menyamakan Penguasa langit dan bumi, Hakim yang Maha Bijaksana, yang Maha Adil, yang Maha Lembut lagi Penyayang; dengan para pemerintah yang zalim, yang berkuasa dan angkuh, yang tidak mempedulikan kepentingan rakyat,
ويجعلون بينهم وبين الرعية حجباً وأستاراً، فلا يمكنها أن تصل إليهم إلا بوسائط ووسائل، ترضي هذه الوسائط بالرشاوي والهبات، وتخضع لها وتتذلل، وتترضاها ووتقرب إليها،
Pemerintah sebegini telah menjadikan antara mereka dan rakyatnya penghalang dan tabir, tidak mungkin mereka dapat berhubung dengan pemerintah tersebut kecuali dengan perantara, menyenangkan perantara tersebut dengan rasuah dan hadiah, tunduk dan merendah diri kepadanya, berusaha untuk menyenangkannya dan mendekatinya.
فهل خطر ببالكم أيها المساكين أنكم حين تفعلون ذلك تذمون ربكم، وتطعنون به، وتؤذونه، وتصفونه بما يمقته وما يكرهه؟
Adakah terlintas di fikiran kamu wahai orang-orang yang miskin bahawa apabila kamu melakukan demikian, kamu sebenarnya menghina Tuhan kamu, mencacinya, mencelanya, dan menggambarkannya dengan sifat yang Dia benci dan tidak suka?
هل خطر ببالكم انكم تصفون الله تعالى بأبشع الصفات حين تقيسونه على الحكام الظلمة، والمتسلطين الفجرة، فكيف يسَّوغ هذا لكم دينكم، وكيف يتفق هذا مع ما يجب عليكم من تعظيمكم لربكم، وتمجيدكم لخالقكم؟
Adakah terlintas di fikiran kamu bahawa kamu menyifatkan Allah dengan sifat yang paling buruk apabila kamu membandingkanNya dengan pemerintah yang zalim, dan penindas yang sangat jahat? Bagaimana ini boleh diterima oleh agama kamu, dan bagaimana ini menepati kewajipan kamu untuk mengagungkan Tuhan kamu, dan memuliakan Pencipta kamu?
ترى لو كان يمكن لأحد الناس أن يخاطب الحاكم وجهاً لوجه، ويكلمه دون واسطة أو حجاب أيكون ذلك أكمل وأمدح له، أم حين لا يتمكن من مخاطبته إلا من خلال وسائط قد تطول وقد تقصر؟
Kamu sendiri boleh lihat, (bandingkan) jika seseorang dapat berbicara dengan pemerintah secara langsung, dan berbicara dengannya tanpa perantara atau tabir, adakah itu lebih sempurna dan lebih terpuji baginya, atau ketika dia hanya dapat berbicara dengannya melalui perantara yang mungkin panjang atau pendek?
يا هؤلاء إنكم تفخرون في أحاديثكم بعمر بن الخطاب رضي الله عنه وتمجدونه وتشيدون به وتبينون للناس أنه كان متواضعاً لا يتكبر ولا يتجبر، وكان قريباً من الناس، يتمكن أضعفهم من لقائه ومخاطبته، وأنه كان يأتيه الأعرابي الجاهل الفظ من البادية، فيكلمه دون واسطة أو حجاب، فينظر في حاجته ويقضيها له إن كانت حقاً.
Wahai mereka yang beranggapan sebegini, kamu berbangga-banggan dengan kisah-kisah yang kamu ceritakan tentang Umar bin Khattab r.a, kamu memuliakannya, memujinya, dan menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia adalah seorang yang rendah hati, tidak sombong dan tidak angkuh, dia dekat dengan orang ramai. Rakyat yang paling lemah dapat bertemu dan berbicara dengannya, seorang Badwi yang jahil dan kasar dari padang pasir dapat datang kepadanya dan berbicara dengannya tanpa perantara atau tabir. Dia akan memeriksa keperluannya dan menunaikannya jika orang itu benar-benar berhak.
ترى هل هذا النوع من الحكام خير وأفضل، أم ذاك النوع الذي تضربون لربكم به الأمثال؟
Sekarang kamu lihat! Adakah pemerintah sebegini lebih baik dan lebih utama, atau jenis yang kamu jadikan perumpamaan untuk Tuhan kamu?
فما لكم كيف تحكمون؟ وما لعقولكم أين ذهبت، وما لتفكيركم أين غاب، وكيف ساغ لكم تشبيه الله تعالى بالملك الظالم، أم كيف غطى عنكم الشيطان بشاعة قياس الله سبحانه على الأمير الغاشم؟
Apa yang telah berlaku kepada kamu? Bagaimana kamu membuat keputusan? Ke mana perginya akal kamu, ke mana hilangnya fikiran kamu? Bagaimana kamu boleh menyamakan Allah dengan raja yang zalim? Bagaimana syaitan menutup kamu daripada melihat keburukan menyamakan Allah dengan pemerintah yang kejam?
يا هؤلاء إنكم لو شبهتم الله تعالى بأعدل الناس وأتقى الناس، وأصلح الناس لكفرتم، فكيف وقد شبهتموه بأظلم الناس، وأفجر الناس، وأخبث الناس؟
Wahai mereka yang sebegini, jika kamu menyamakan Allah dengan orang yang paling adil, paling takwa, dan paling baik, kamu telah kufur. Lalu bagaimana jika kamu menyamakanNya dengan orang yang paling zalim, paling jahat, dan paling keji?
يا هؤلاء إنكم لو قستم ربكم الجليل على عمر بن الخطاب التقي العادل لوقعتم في الشرك، فكيف تردى بكم الشيطان، فلم ترضوا بذلك حتى أوقعكم في قياس ربكم على أهل الجور والفساد من الملوك والأمراء والوزراء؟
Wahai mereka yang sebegini, jika kamu menyamakan Tuhan yang mulia dengan Umar bin Khattab yang bertakwa dan adil, kamu telah jatuh dalam syirik. Lalu bagaimana syaitan telah menyesatkan kamu, sehingga kamu tidak berpuas hati dengan hal itu, sehingga ia menjerumuskan kamu dalam menyamakan Tuhan kamu dengan orang yang zalim dan korup daripada raja-raja, para pemimpin, dan menteri-menteri?
إن تشبيه الله تعالى بخلقه كفر كله حذر منه سبحانه حيث قال: وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ شَيْئًا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ (73) فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (74)
Sesungguhnya menyamakan Allah dengan makhluk-Nya adalah kekufuran sepenuhnya yang telah Allah ingatkan dalam firman-Nya: (Dan mereka menyembah selain Allah sesuatu yang tidak memiliki rezeki bagi mereka dari langit dan bumi sedikit pun dan mereka tidak mampu (berbuat apa-apa). Maka janganlah kamu membuat perumpamaan-perumpamaan bagi Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.) [Surah An-Nahl: Ayat 73-74]
كما نفى سبحانه أي مشابهة بينه وبين أي خلق من مخلوقاته فقال: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ[.
Allah juga menafikan sebarang persamaan antara-Nya dan mana-mana makhluk-Nya dengan berfirman: (Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.) [Surah Asy-Syura: Ayat 11].
ولكن شر تشبيه أن يشبهه المرء بالأشرار والفجار والفساق من الولاة، وهو يظن أنه يحسن صنعاً!
Namun penyamaan yang paling buruk adalah apabila seseorang menyamakan Allah dengan orang-orang yang jahat, penjahat, dan fasik daripada kalangan pemerintah, sedangkan dia menyangka bahawa dia berbuat baik!
إن هذا هو الذي يحمل بعض العلماء والمحققين على المبالغة في إنكار التوسل بذوات الأنبياء، واعتباره شركاً، وإن كان هو نفسه ليس شركاً عندنا، بل يخشى ان يؤدي إلى الشرك، وقد ادى فعلاً بأؤلئك الذين يعتذرون لتوسلهم بذلك التشبيه السابق الذي هو الكفر بعينه لو كانوا يعلمون.
Inilah yang mendorong sebahagian ulama untuk bertegas dalam menolak tawassul dengan zat para nabi, dan menganggapnya sebagai syirik, walaupun pada hakikatnya perbuatan itu sendiri bukan syirik menurut kami, tetapi dikhuatiri ia akan membawa kepada syirik. Ia sebenarnya telah membawa kepada syirik bagi mereka yang membenarkan tawassul dengan perumpamaan sebelumnya yang merupakan kekufuran yang nyata jika mereka mengetahui. [Al-Tawassul Ahkamuhu Wa Anwa’uhu, 94-96].
#MMMR