Bahaya Riak.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
” قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى :
Allah Tabaraka wa Ta’ala berkata:
أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ ،
Aku tidak memerlukan kepada sekutu daripada segala perbuatan syirik.
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي
Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dengan menyekutukan Aku bersama yang lain.
تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
Nescaya Aku tinggalkan dia kepada apa yang dia sekutukan itu.
[Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa ar-Raqaiq, hadis no: 2985]
عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ،
Mahmud bin Labid radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kalian ialah syirik kecil.
قَالَ : وَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ؟
Sahabat bertanya: Apakah itu syirik kecil?
قَالَ : الرِّيَاءُ ، إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ يُجَازِي الْعِبَادَ بِأَعْمَالِهِمُ :
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Riak. Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari Dia membalas hamba-hambaNya di atas amalan mereka:
اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا ، فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً أَوْ خَيْرًا “
Pergilah kalian kepada sesiapa yang kalian menunjuk-nunjuk (amalan kalian di dunia). Lihatlah! Adakah kalian akan menemui sebarang balasan atau kebaikan daripada mereka [Syu’ab al-Iman, Al-Khamis wa Al-Arba’un Min Syu’ab al-Iman, hadis no: 6412, Shaikh al-Albani berkata dalam al-Silsilah al-Sahihah: Isnadnya baik]
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ , قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ ,
Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemui kami, dan ketika itu kami sedang berbincang tentang dajjal.
فَقَالَ : ” أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ” ,
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Mahukah kalian aku beritahu tentang apa yang aku lebih takut menimpa kalian berbanding dajjal?
قَالَ : قُلْنَا : بَلَى , فَقَالَ :
Para sahabat menjawab: Sudah pasti!
” الشِّرْكُ الْخَفِيُّ , أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Syirik yang tersembunyi. Iaitu seseorang mendirikan solat lalu mencantikkan solatnya kerana dia melihat ada orang sedang melihatnya. [Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhd, hadis no: 4344. Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan dalam Sahih Ibn Majah]
~~~~~~~~
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarah Sahih Muslim:
ومعناه أنا غني عن المشاركة وغيرها ،
Maksudnya: Aku tidak perlu kepada apa-apa sekutu dan selainnya.
فمن عمل شيئا لي ولغيري لم أقبله ،
Sesiapa yang melakukan sesuatu amal untuk Ku dan untuk selain Ku, nescaya Aku tidak akan menerima amalnya.
بل أتركه لذلك الغير .
Bahkan aku meninggalkannya kepada apa yang dia sekutukan.
والمراد أن عمل المرائي باطل لا ثواب فيه ، ويأثم به .
Ini bermaksud amal yang dilakukan dengan tidak ikhlas adalah terbatal. Tiada pahala padanya, bahkan yang ada ialah dosa.