Bulan Rejab adalah salah satu bulan-bulan haram.

عَنِ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ الزَّمَانُ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ ‏
Abu Bakrah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Zaman telah beredar sebagaimana keadaannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Setahun itu ialah dua belas bulan. Daripadanya terdapat empat bulan haram: Tiga yang berturut-turut iaitu: Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Al-Muharram, dan bulan Rejab pula yang berada antara Jamadil AKhir dan Sya’ban [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’I al-Khalq, hadis no: 3197]

Berkaitan bulan Haram, Allah berkata:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) [At-Taubah : 36]

Tokoh-tokoh tafsir seperti Ibn ‘Abbas, Ali bin Abi Talhah berkata:
فجعلهنَّ حرماً، وعظم حُرماتهنَّ، وجعل الذَّنبَ فيهنَّ أعظمَ، والعمل الصالح والأجر أعظم
Allah telah menjadikan bulan-bulan itu penuh kehormatan, dan sangat besar kehormatan bulan-bulan itu. Allah telah menjadikan dosa pada bulan itu besar, dan amalan soleh dan pahala pada bulan itu juga besar. [Tafsir al-Qur’an al-Azhim, 4:148]

Tetapi Allah jua menyebutkan:

﴿مَن جَآءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشۡرُ أَمۡثَالِهَاۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَىٰٓ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ١٦٠﴾ [الأنعام: 160]
«Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun) [al-An’am : 160]»

Para ulama menerangkan bahawa dosa tidak digandakan daripada sudut bilangan. Akan tetapi besarnya dosa itu berbeza-beza. Dosa dilakukan di waktu dimuliakan lebih besar daripada dosa di waktu lain.

Al-Shaikh Abdul Aziz bin Baz berkata:

فالسيئات لا تضاعف من جهة العدد، لا في رمضان ولا في الحرم ولا في غيرها، بل السيئة بواحدة دائمًا، وهذا من فضله سبحانه وتعالى وإحسانه.
Dosa-dosa tidak digandakan daripada sudut bilangannya, tidak kira sama ada ia dilakukan dalam bulan Ramadhan, di Tanah Haram, atau di waktu atau tempat yang lain. Bahkan, dosa itu sentiasa kekal satu. Ini merupakan daripada kurniaan Allah s.w.t.

ولكن سيئة الحرم وسيئة رمضان وسيئة عشر ذي الحجة أعظم إثمًا من السيئة فيما سوى ذلك، فسيئة في مكة أعظم وأكبر وأشد إثمًا من سيئة في جدة والطائف مثلًا، وسيئة في رمضان وسيئة في عشر ذي الحجة أشد وأعظم من سيئة في رجب أو شعبان ونحو ذلك.
Akan tetapi dosa di Tanah Haram, Ramadhan, 10 awal Zulhijjah, lebih besar daripada dosa di waktu atau tempat yang lain. Dosa di Mekah lebih besar dan teruk daripada dosa di Jeddah atau Thaif misalnya. Dosa dalam bulan Ramadhan, 10 awal Zulhijjah, lebih besar dan teruk daripada dosa dalam bulan Rejab, Sya’ban dan waktu yang lain.

فهي تضاعف من جهة الكيفية لا من جهة العدد، أما الحسنات فهي تضاعف كيفية وعددًا بفضل الله سبحانه وتعالى
Oleh itu gandaan untuk dosa adalah dalam bentuk besarnya dosa itu, dan bukan daripada sudut bilangan. Adapun kebaikan, ia berlipat kali ganda pada sudut besarnya pahala dan bilangan pahala itu sendiri, dengan kurniaan daripada Allah. [ Rujuk: https://binbaz.org.sa/fatwas/120/مضاعفة-الحسنات-كما-وكيفا-ومضاعفة-السيىات-كيفا-لا-كما ]

Dapatkan buku-buku agama berkualiti di kedai Shopee kami -> https://shopee.com.my/shop/325144389

Daftar Pengajian Mingguan Online di sini

Penulis mempunyai tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan. Sebarang jemputan untuk ceramah atau kuliah agama boleh terus berhubung melalui whatsapp di talian 0132506391