Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Al-Quran Petunjuk Semua Manusia Atau Orang Beriman Sahaja?

Al-Quran itu petunjuk kepada semua manusia atau orang beriman sahaja? شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [Al-Baqarah: 185]. Ia adalah kitab yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w supaya baginda menyampaikan isinya untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan. الٓر ۚ كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ Alif Lām Rā. (Ini adalah) Kitab yang...

Read More

ADAKAH AYAT 54 SURAH SHAD DOA UNTUK MINTA REZEKI?

ADAKAH AYAT 54 SURAH SHAD DOA UNTUK MINTA REZEKI? إِنَّ هَـٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ ٥٤ Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; [Shad: 54] Seandainya kita lihat konteks ayat dengan melihat ayat sebelum dan selepas, kita akan dapati ia adalah ayat yang berkaitan nikmat syurga. Mari kita ambil sedikit masa menghayatinya. 38:49 هَـٰذَا ذِكْرٌۭ ۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَـَٔابٍۢ ٤٩ (Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), – 38:50 جَنَّـٰتِ عَدْنٍۢ مُّفَتَّحَةًۭ لَّهُمُ...

Read More

Bolehkah menggunakan hadis dhaif dalam Fadhail al-A’mal?

Penggunaan Hadis Dhaif Dalam Fadhail al-A’mal.   Majoriti ulama hadis berpendapat bahawa hadis-hadis yang dhaif boleh digunakan untuk Fadhail al-A’mal. Ini adalah pegangan majoriti ulama.   Imam Al-Nawawi rahimahullah berkata:   الحديث ثلاثة أقسام، صحيح، وحسن، وضعيف قالوا: وإنما يجوز الاحتجاج من الحديث في الأحكام بالحديث الصحيح أو الحسن . فأما الضعيف فلا يجوز الاحتجاج به في الأحكام والعقائد وتجوز روايته والعمل به في غير الأحكام كالقصص، وفضائل الأعمال، والترغيب والترهيب Hadis terbahagi kepada tiga bahagian: Sahih, Hasan, Dhaif. Para ulama berkata: Di dalam urusan hukum-hakam, hanyalah dibenarkan berhujah dengan hadis sahih atau hasan. Adapun hadis dhaif, tidak boleh...

Read More

Bersahur Sebelum Tidur?

SAHUR SEBELUM TIDUR Sebahagian daripada kita mungkin takut terlewat bangun sebelum Subuh@memang tak mahu bangun sebelum Subuh, jadi sebelum tidur, dia akan makan dahulu, dan menyatakan itu adalah sahur untuk puasanya. Jadi adakah dia dapat pahala sunnah bersahur tu? Jawapannya: Imam al-Nawawi menyatakan: وقت السحور بين نصف الليل وطلوع الفجر Waktu sahur adalah antara separuh malam hingga terbitnya fajar. [Al-Majmu’ Sharh Al-Muhazzab]. Oleh itu, jika dia makan selepas separuh malam, maka dia mendapat pahala sunnah bersahur. Jika sebelum separuh malam, ia tidak dikira sahur. Sebaiknya dilewatkan sahur itu hingga hampir waktu fajar. عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ...

Read More

Wujudkah Sedekah Subuh?

dalam sesi Hisnul Muslim, saya mendapat soalan tentang ‘Sedekah Subuh’. Ustaz yang bertanya menimbulkan persoalan adakah orang yang sedekah sebelum masuknya waktu Subuh, akan dapat jua fadhilat ‘Sedekah Subuh’? . Jawapan saya: . Isu ‘Sedekah Subuh’ merujuk kepada hadis berikut: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا ‏ Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Setiap kali hamba-hamba Allah memasuki waktu pagi, dua malaikat akan turun. Salah satu malaikat itu berkata: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ...

Read More