Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Sahihkah Hadis Kelebihan Qiamullail Malam Raya?

Sahihkah Hadis Kelebihan Qiamullail Malam Raya? Hadis itu berbunyi: Sesiapa yang bangun beribadah pada malam 2 hari raya mengharapkan pahala kerana Allah, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia. Imam Ibn Majah meriwayatkan dalam Sunannya: سنن ابن ماجه ت الأرنؤوط (2/ 658) 1782 – حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الْمَرَّارُ بْنُ حَمُّويَهَ، حَدّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُصَفَّى، حَدّثَنَا بَقِيَّةُ بْنُ الْوَلِيدِ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنْ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -، قَالَ:”مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ، لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ” (2). Pada sanad ini terdapat Baqiyyah bin al-Walid, beliau seorang mudallis, beliau meriwayatkan daripada Tsaur bin Yazid dengan lafaz ‘an. Al-Albani menyatakan bahawa terdapat kebarangkalian dalam riwayat ini Baqiyyah telah melakukan tadlis dengan menggugurkan perawi bernama Umar bin Harun al-Balkhi yang mana dia adalah seorang perawi yang terlalu dhaif. [Rujuk Mizan al-I’tidal, 3:228]. Ini sebagaimana sanad oleh Al-Asbahani di bawah di mana yang meriwayatkan daripada Tsaur untuk riwayat Abu Umamah Umar bin Harun al-Balkhi. الترغيب والترهيب لقوام السنة (1/ 248) فصل في فضل ليلتي العيد 373- أخبرنا محمد بن أحمد بن هارون، أنا أبو بكر بن مردويه، ثنا أحمد بن محمد عثمان الصيدلاني الكوفي، ثنا المنذر بن محمد بن المنذر، ثنا أحمد بن موسى الأسدي، ثنا عمر بن هارون البلخي، عن ثور بن يزيد، عن خالد بن معدان، عن أبي أمامة الباهلي -رضي الله عنه- قال: قال رسول...

Read More

Sunnah-Sunnah Di Hari Raya

1- Mandi Hari Raya عَنْ مَالِك ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ” كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى “ Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’, Kitab al-Eidain, hadis no: 426]. Ulama mazhab Syafie menyatakan digalakkan untuk mandi pada pagi hari Raya. Ini berdasarkan atsar Ibn Umar di atas dan diqiaskan dengan hari Jumaat. Masa untuk mandi pula, pada pendapat yang paling kuat dalam mazhab Syafie ialah dibolehkan untuk mandi sama...

Read More

Cara Solat Raya Di Rumah

Cara Mudah Mendirikan Solat Hari Raya Di Rumah   1- Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah. Lebih afdhal berjemaah. 2- Ia 2 rakaat. 3- Pada rakaat pertama, selepas takbiratul Ihram, disunatkan membaca doa iftitah. 4- Selepas doa iftitah, disunatkan bertakbir sebanyak 7 kali. Digalakkan berzikir antara takbir-takbir itu. 5- Selepas 7 kali takbir. Bacalah surah al-Fatihah dan apa-apa surah yang kita hafaz. Kemudian solat macam biasa. 6- Rakaat kedua, selepas bangun daripada rakaat pertama. Disunatkan bertakbir sebanyak 5 kali (tidak termasuk takbir intiqal ketika bangun dari rakaat 1). 7- Selepas selesai solat, digalakkan berkhutbah jika ia dilakukan secara...

Read More

HUKUM-HAKAM TAKBIR RAYA

Dalil-dalil pensyariatan takbir raya Firman Allah: وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ “…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” [Al-Baqarah: 185]. Begitu juga hadis Ummu Atiyyah berkaitan solat raya yang disebutkan tujuan semua wanita keluar ke tempat raya adalah agar dapat bertakbir bersama orang ramai. عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ، قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ‏.‏ Daripada Ummu ‘Atiyyah beliau berkata: Kami disuruh untuk keluar pada hari raya...

Read More

Tatacara Solat Hari Raya

SOLAT HARI RAYA عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : ” أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى : الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ ” ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ ، قَالَ : ” لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا “ Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun...

Read More

JEMPUTAN KULIAH

Jumlah Pelawat

  • 1
  • 3,264
  • 869,705
  • 461,082