Antara perkara ‘best’ ketika 10 akhir Ramadhan ialah berkampung di masjid, atau namanya i’tikaf.

Saya mula kenal sunnah ini bila masuk UIA. Disebabkan benda ni jugalah saya 10 akhir Ramadhan rasa rugi kalau tak ada di UIA.

Terasa kemeriahan 10 akhir Ramadhan di masjid UIA, dengan ramainya orang yang tidur di masjid, ada yang bawa anak dan sebagainya.

Ada yang 24 jam di masjid, dan ramai jua yang i’tikaf pada waktu malam sahaja sebab siang kerja.

Apakah maksud I’tikaf?

اللُّبْثُ فِي الْمَسْجِدِ عَلَى صِفَةٍ مَخْصُوصَةٍ بِنِيَّةٍ

Duduk di dalam masjid dengan sifat-sifat yang khas dan dengan niat (ibadah) [Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah]

Dr. Khalid al-Musyaiqih menyatakan dalam Fiqh al-I’tikaf:

يتفق قول الفقهاء على أنه في الشرع: لزوم مسجد لطاعة الله تعالى.

Ulama feqah bersepakat bahawa maksud I’tikaf di sisi syara’ ialah melazimi masjid untuk mentaati Allah.

Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:

Dalil al-Quran:

وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ البقرة : 187

Dan janganlah kamu campuri mereka (iaitu isteri-isteri kalian( itu, sedang kamu beri`tikaf dalam masjid”[Al-Baqarah : 187]

Dalil-dalil As-Sunnah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ ، اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2044]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْج النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ” ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ .

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkanNabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2026]

Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu’ menyatakan:

فالاعتكاف سنة بالإجماع ولا يجب إلا بالنذر بالإجماع ، ويستحب الإكثار منه ، ويستحب ويتأكد استحبابه في العشر الأواخر من شهر رمضان للأحاديث السابقة هنا

I’tikaf hukumnya sunnah menurut kesepakatan ulama. Ia tidak wajib kecuali apabila seseorang bernazar untuk beri’tikaf, maka ia menjadi wajib menurut ijma’ ulama. Digalakkan membanyakkan beri’tikaf, dan lebih ditekankan lagi galakan itu pada 10 akhir daripada Ramadhan berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan sebelum ini.

Batasan Waktu I’tikaf

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

وَأَمَّا أَقَلُّ الاعْتِكَافِ فَالصَّحِيحُ الَّذِي قَطَعَ بِهِ الْجُمْهُورُ أَنَّهُ يُشْتَرَطُ لُبْثٌ فِي الْمَسْجِدِ , وَأَنَّهُ يَجُوزُ الْكَثِيرُ مِنْهُ وَالْقَلِيلُ حَتَّى سَاعَةٍ أَوْ لَحْظَةٍ

Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’]

Berdasarkan pendapat majoriti, jika seseorang tidak mampu I’tikaf 24 jam kerana bekerja, ada kelas dan sebagainya. Dia boleh melakukan I’tikaf dengan tidur dan beribadah di masjid pada malam hari, dan pada siangnya meneruskan urusan kehidupannya. Akan tetapi jika seseorang dapat I’tikaf 24 jam di masjid selama 10 hari akhir Ramadhan, maka itu adalah lebih utama kerana itulah sifat I’tikaf Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan itulah yang sempurna.

Wanita juga boleh melakukan I’tikaf.

Ini berdasarkan kisah isteri-isteri nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di atas dan dalil-dalil berikut.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْج النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ” ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ .

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkanNabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 1896]

Perkara-Perkara Yang Membatalkan I’tikaf

1) Keluar masjid tanpa alasan syar’i dan tanpa ada keperluan.

Ulama sepakat keluar daripada masjid atas keperluan yang tidak dapat dilakukan di masjid seperti buang air, makan dan minum apabila tiada makanan di masjid dan lain-lain tidak membatalkan I’tikaf. Jika keluar masjid tanpa keperluan mereka juga sepakat ia membatalkan I’tikaf [Fiqh al-I’tikaf]

Ini berdasarkan riwayat-riwayat berikut yang menunjukkan boleh keluar apabila ada keperluan.

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اعْتَكَفَ ، يُدْنِي إِلَيَّ رَأْسَهُ ، فَأُرَجِّلُهُ ، وَكَانَ لَا يَدْخُلُ الْبَيْتَ ، إِلَّا لِحَاجَةِ الإِنْسَانِ ” .

‘Aisyah berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila melakukan I’tikaf, baginda akan menghulurkan kepalanya kepada aku lalu aku menyikatnya. Baginda tidak akan masuk ke dalam rumah melainkan untuk hajat biasa seorang manusia (iaitu membuang air) [Sahih Muslim, Kitab al-Haidhi, hadis no: 297]

أَنَّ صَفِيَّةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم تَزُورُهُ فِي اعْتِكَافِهِ فِي الْمَسْجِدِ، فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ، فَتَحَدَّثَتْ عِنْدَهُ سَاعَةً، ثُمَّ قَامَتْ تَنْقَلِبُ، فَقَامَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مَعَهَا يَقْلِبُهَا،

Sofiyyah radiallahu ‘anha menceritakan bahawa dia pergi menziarahi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di tempat I’tikafnya di masjid pada sepuluh akhir Ramadhan, lalu berbual-bual seketika dengan baginda. Kemudian beliau bangun untuk pulang, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdiri bersama untuk menemaninya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2035]

2) Jima’ (bersetubuh) -Ibn al-Munzir telah menukil ijma’/kesepakatan ulama’ bahawa yang dimaksudkan dengan mubasyaroh dalam surat Al Baqarah ayat 187 adalah jima’ (hubungan intim).

Adab-adab I’tikaf

Seseorang itu hendaklah memfokuskan untuk melakukan ibadah-ibadah seperti membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan sebagainya. Kerana itu adalah fokus I’tikaf. Antara kesilapan yang sering berlaku ialah apabila masa I’tikaf dihabiskan dengan banyak tidur dan berbual-bual.

Kebersihan masjid juga hendaklah dijaga. Peralatan yang dibawa hendaklah dikemaskan agar tidak mengganggu orang yang solat.

Bilakah bermulanya waktu I’tikaf 10 akhir Ramadhan?

Pendapat pertama: Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20 Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab.

Pendapat kedua: Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan pendapat Al-ImamAl Auza’ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan Al-Imam As-Son’ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis berikut:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِي اعْتَكَفَ فِيهِ ، قَالَ : فَاسْتَأْذَنَتْهُ عَائِشَةُ أَنْ تَعْتَكِفَ ، فَأَذِنَ لَهَا ، فَضَرَبَتْ فِيهِ قُبَّةً ، فَسَمِعَتْ بِهَا حَفْصَةُ ، فَضَرَبَتْ قُبَّةً ، وَسَمِعَتْ زَيْنَبُ بِهَا ، فَضَرَبَتْ قُبَّةً أُخْرَى ، فَلَمَّا انْصَرَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْغَدَاةِ ، أَبْصَرَ أَرْبَعَ قِبَابٍ ، فَقَالَ : مَا هَذَا ؟ فَأُخْبِرَ خَبَرَهُنَّ ، فَقَالَ : مَا حَمَلَهُنَّ عَلَى هَذَا آلْبِرُّ ، انْزِعُوهَا فَلَا أَرَاهَا ، فَنُزِعَتْ فَلَمْ يَعْتَكِفْ فِي رَمَضَانَ ، حَتَّى اعْتَكَفَ فِي آخِرِ الْعَشْرِ مِنْ شَوَّالٍ

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan I’tikaf dalam setiap Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda akan masuk ke dalam tempat I’tikafnya. Lalu ‘Aisyah meminta izin untuk turut beri’tikaf, lalu baginda mengizinkannya. ‘Aisyah pun mendirikan khemah di situ, lalu Hafsah mendengar tentang hal tersebut, lalu Hafsah pun mendirikan khemah, lalu Zainab pula mendengar tentang hal itu, lalu Zainab pun mendirikan khemah yang lain. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selesai daripada solat Subuh, baginda terlihat empat buah khemah lalu baginda berkata: Apa ini? Lalu baginda diberitahu tentang hal mereka itu. Lalu baginda pun berkata: Mereka bukan melakukan kebaikan. Tanggalkan semua khemah ini, aku tidak mahu melihatnya. Lalu khemah-khemah pun dibuka dan baginda tidak melakukan I’tikaf pada Ramadhan tersebut, sehinggalah baginda melakukan I’tikaf pada sepuluh akhir bulan Syawal.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2041]

Akan tetapi pendapat jumhur berkata hadis di atas menunjukkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sudah berada di masjid sejak Maghrib lagi, dan hanya masuk ke tempat i’tikaf yang mana di situ baginda tidur dan sebagainya selepas solat Subuh.

Untuk lebih berhati-hati dicadangkan agar mengambil pendapat pertama agar tidak terlepas malam Lailatulqadar seandainya ia berlaku pada malam 21 Ramadhan.

Ulama jua berbeza pendapat pada waktu bilakah kita perlu keluar daripada masjid, pada Maghrib hari terakhir Ramadhan, atau selepas solat Aidilfitri.

Imam an-Nawawi menukilkan dalam Al-Majmu’:

قال الشافعي والأصحاب : ومن أراد الاقتداء بالنبي صلى الله عليه وسلم في الاعتكاف في العشر الأواخر من رمضان فينبغي أن يدخل المسجد قبل غروب الشمس ليلة الحادي والعشرين منه ، لكي لا يفوته شيء منه ، يخرج بعد غروب الشمس ليلة العيد ، سواء تم الشهر أو نقص ، والأفضل أن يمكث ليلة العيد في المسجد حتى يصلي فيه صلاة العيد ، أو يخرج منه إلى المصلى لصلاة العيد إن صلوها في المصلى . .

Imam al-Syafie dan ulama-ulama mazhab Syafie berkata: Sesiapa yang mahu mencontohi nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam melakukan I’tikaf pada 10 akhir Ramadhan, hendaklah dia masuk ke masjid sebelum terbenamnya matahari malam ke 21 supaya tidak terlepas sedikit pun daripadanya. Hendaklah dia keluar selepas terbenamnya matahari pada malam raya tidak kira Ramadhan itu cukup sebulan atau tidak. Yang lebih afdhal adalah dia tinggal di masjid pada malam raya itu sehingga dia solat hari raya di situ, atau dia keluar dari masjid itu menuju ke musolla untuk mendirikan solat raya jika ia didirikan di musolla.

Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata:

عَجَبًا لِلْمُسْلِمِينَ , تَرَكُوا الاعْتِكَاف , وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَتْرُكْهُ مُنْذُ دَخَلَ الْمَدِينَةَ حَتَّى قَبَضَهُ اللَّهُ .
Pelik sungguh kaum Muslimin. Mereka meninggalkan I’tikaf sedangkan nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkannya sejak hijrah ke Madinah sehinggalah Allah mengambil nyawanya. [Fathul Bari]

Imam Ibn Batthal berkata:

قال ابن بطال : مواظبته – صلى الله عليه وسلم – على الاعتكاف تدل على أنه من السنن المؤكدة
Bersungguh-sungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan i’tikaf menunjukkan ia adalah sunat muakkadah/sunat yang sangat dituntut [Fathul Bari]

Oleh itu, sesiapa yang mampu, cubalah beri’tikaf. Yang penting guna masa tu untuk ibadah bukan borak-borak dan tidur sepanjang masa. Jika tak mampu, banyakkanlah ibadah di rumah.