Benarkah hadis doa “Ya Allah berkati kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami kepada Ramadhan” adalah PALSU?

 

Hadis ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad (anak Imam Ahmad) dalam Zawaidnya kepada Musnad Ahmad (2346)

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ، عَنْ زَائِدَةَ بْنِ أَبِي الرُّقَادِ، عَنْ زِيَادٍ النُّمَيْرِيِّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: ” اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ ” وَكَانَ يَقُولُ: ” لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ غَرَّاءُ، وَيَوْمُهَا أَزْهَرُ

‘Abdullah bin Ahmad menyampaikan kepada kami: ‘Ubaidillah bin ‘Umar menyampaikan kepada kami, daripada Zaidah bin Abi al-Ruqad, daripada Ziyad al-Numairi, daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Nabi s.a.w apabila masuknya bulan Rejab, baginda akan berdoa: “Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan”. Baginda jua bersabda: “Malamnya bercahaya, dan siangnya indah”.

Hadis ini turut diriwayatkan oleh Al-Bazzar dalam Musnadnya (2032), Al-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath (4070), dan Al-Dua’ (838), Ibnu Sunni dalam Amal al-Yawm wa al-Lailah (654), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3525), dan Fadhail al-Awqat (14), kesemuanya daripada jalan Zaidah bin Abi al-Ruqad seperti sanad di atas.

 

Pada sanad hadis ini terdapat dua kecacatan:

  • Zaidah bin Abi al-Ruqad.

 

التاريخ الكبير (3/ 433)

زائدة بن ابى الرقاد، عن زياد النميري وثابت، منكر الحديث

Imam al-Bukhari menyatakan beliau ini Munkar al-Hadis.

 

الجرح والتعديل (3/ 613)

حدثنا عبد الرحمن قال سألت أبى عن زائدة بن ابى الرقاد فقال: يحدث عن زياد النميري عن انس احاديث مرفوعة منكرة فلا ندرى منه أو من زياد ؟ ولا اعلم روى عن غير زياد فكنا نعتبر بحديثه.

Abu Hatim al-Razi berkata: Dia meriwayatkan daripada Ziyad al-Numairiy daripada Anas hadis-hadis marfu’ yang munkar. Kami tak tahu kesilapan itu daripada beliau atau Ziyad. Kami jua tidak tahu dia ada meriwayatkan daripada selain Ziyad. Kami menggunakan hadisnya untuk I’tibar (proses mengumpulkan riwayat untuk lihat ada sokongan atau tidak).

 

الضعفاء للعقيلي (2/ 81)

حدثني محمد بن عثمان بن أبي شيبة ، قال : سَمِعْتُ علِي بن المديني قال زائدة بن أبي الرقاد روى مناكير.

Al-‘Uqaili meriwayatkan bahawa Ali al-Madini menyatakan bahawa beliau meriwayatkan hadis-hadis munkar.

 

المجروحين (1/ 308)

زائدة بن أبى الرقاد الباهلى (1) كنيته أبو معاذ من أهل البصرة، يروى عن زياد النميري، روى عنه أهل البصرة، يروى المناكير عن المشاهير لا يحتج به ولا يكف

إلا للاعتبار.

Ibnu Hibban menyatakan beliau meriwayatkan riwayat-riwayat munkar daripada perawi-perawi masyhur. Tidak boleh berhujah dengannya, kecuali untuk I’tibar (proses mengumpulkan riwayat untuk lihat ada sokongan atau tidak).

 

الضعفاء والمتروكين للنسائي (ص: 180)

زائدة بن أبي الرفاد أبو معاذ منكر الحديث

Al-Nasaie berkata beliau Munkar al-Hadis.

 

تقريب التهذيب (1/ 213)

1981- زائدة ابن أبي الرقاد بضم الراء ثم قاف الباهلي أبو معاذ البصري الصيرفي منكر الحديث من الثامنة س

Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Taqrib al-Tahzib menyimpulkan beliau perawi Munkar al-Hadis.

 

  • Ziyad al-Numairy.

 

تقريب التهذيب (1/ 220)

2087- زياد ابن عبدالله النميري البصري ضعيف من الخامسة ت

Ibnu Hajar al-Asqalani menyimpulkan beliau adalah dhaif.

 

تهذيب التهذيب ـ محقق (3/ 326)

قال الدوري عن ابن معين ضعيف وقال في موضع آخر ليس به بأس قيل له هو زياد أبو عمار قال لا حديث أبي عمار ليس بشئ وقال ابن أبي مريم عن يحيى في حديثه ضعف وقال أبو حاتم يكتب حديثه ولا يحتج به وقال الآجري سألت ابا داود عنه فضعفه وذكره ابن حبان في الثقات وقال يخطئ وكان من العباد وقال ابن عدي عندي إذا روى عنه ثقة فلا بأس بحديثه (1).

 

تهذيب الكمال 742 (9/ 492)

قال عباس الدُّورِيُّ (1) ، عن يحيى بن مَعِين : ضعيف الحديث.

Yahya bin Ma’in menyatakan hadisnya lemah.

 

المجروحين (1/ 306)

زياد بن عبدالله النميري (1) شيخ من أهل البصرة، يروى عن أنس بن مالك، روى عنه أهل البصرة منكر الحديث، يروى عن أشياء لاتشبه حديث الثقات لا يجوز الاحتجاج به، تركه يحيى بن معين سمعت الحنبلى يقول سمعت أحمد بن زهير يقول: قال يحيى بن معين عن زياد النميري فقال: لا شئ.

Ibnu Hibban dalam al-Majruhin menyatakan bahawa dia meriwayatkan daripada Anas bin Malik, dan ahli Basrah meriwayatkan daripadanya munkar al-Hadis. Dia meriwayatkan hadis-hadis yang menyerupai hadis perawi-perawi thiqah. Tidak boleh berhujah dengannya. Yahya bin Ma’in menyatakan dia lemah.

 

الثقات لابن حبان (4/ 255)

 2788 – زياد بن عبد الله النميري بصرى يروى عن أنس بن مالك روى

عنه سهيل بن أبى صالح وعمارة بن زاذان يخطىء وكان من العباد

Ibnu Hibban menyenaraikannya dalam al-Thiqaat. Dia ada tersilap, dia daripada orang yang kuat beribadah.

 

الجرح والتعديل (3/ 536)

2419 – زياد بن عبد الله النميري روى عن انس روى عنه صدقة بن يسار وعمارة بن زاذان وسهيل بن ابى صالح والحسن بن ابى الحسناء

ومحمد بن مسلم بن ابى الوضاح وابو جناب عون بن ذكوان سمعت ابى يقول ذلك.

حدثنا عبد الرحمن قال.

قرئ على العباس بن محمد الدوري قال سمعت يحيى بن معين يقول: زياد النميري ضعيف [ الحديث – 2 ].

حدثنا عبد الرحمن سمعت ابى يقول: زياد النميري يكتب حديثه ولا يحتج به.

Abu Hatim al-Razi berkata: Dia ini ditulis hadisnya, tetapi tidak berhujah dengannya.

 

الكامل في ضعفاء الرجال (4/ 130)

قال ابن عدي ولزياد بن النميري غير ما ذكرت من الحديث ، عَن أَنَس والذي ذكرت له من الحديث من يرويه عنه فيه طعن والبلاء منهم لا منه وعندي إذا روى عن زياد النميري ثقة فلا بأس بحديثه.

Ibnu Adiy al-Jurjaniy menyatakan bahawa hadis-hadis yang dia sebutkan daripada riwayat Ziyad ini terdapat masalah, akan tetapi masalah itu datang daripada mereka yang meriwayatkan daripadanya, bukan daripada dirinya sendiri. Jika thiqah meriwayatkan daripada Ziyad, tidak ada apa-apa hadisnya itu.

 

Tafarrud (bersendirian)nya Zaidah

 

Didapati bahawa hadis ini hanya datang daripada Zaidah bin Abi al-Ruqad.

 

Imam al-Thabarani berkata:

المعجم الأوسط (4/ 189)

لَا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا بِهَذَا الْإِسْنَادِ، تَفَرَّدَ بِهِ: زَائِدَةُ بْنُ أَبِي الرُّقَادِ “

Hadis ini tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w melainkan dengan sanad ini. Zaidah bin Abi al-Ruqad telah bersendirian meriwayatkannya.

 

Imam al-Baihaqi menyebutkan:

فضائل الأوقات للبيهقي (ص: 105)

 تَفَرَّدَ بِهِ زَائِدَةُ بْنُ أَبِي الرُّقَادِ، عَنْ زِيَادٍ النُّمَيْرِيِّ،

Zaidah bersendirian meriwayatkan hadis ini daripada Ziyad.

 

Komentar ulama hadis:

 

Imam Ibnu Hajar menyebutkan dalam Tabyin al-‘Ujab:

تبيين العجب بما ورد في فضل رجب (ص: 13)

وهو حديث ليس بالقوي

Hadis ini tidak kuat.

 

Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Adzkar:

الأذكار النووية (ص: 189)

وروينا في ” حلية الأولياء ” بإسناد فيه ضعف

Isnadnya ada kelemahan.

 

صحيح وضعيف الجامع الصغير (20/ 447)

9875 – كان إذا دخل رجب قال : اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان و كان إذا كانت ليلة الجمعة قال : هذه ليلة غراء و يوم أزهر .

تخريج السيوطي

( هب ابن عساكر ) عن أنس .

تحقيق الألباني

( ضعيف ) انظر حديث رقم : 4395 في ضعيف الجامع .

Al-Albani menyatakan ia dhaif.

 

Al-Fattani menyatakan:

 

تذكرة الموضوعات – الفتني (ص: 117)

نعم روي بإسناد ضعيف ” أنه صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل رجب قال اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان ” ويجوز العمل في الفضائل بالضعيف.

Sanadnya dhaif, dibenarkan beramal dengan hadis dhaif dalam bab fadhail.

 

الفتاوى الحديثية للحويني (1/ 168)

أما الحديث الأول : ( اللهم بارك لنا … ) فهو حديث منكر .

Shaikh Abu Ishaq al-Huwaini menyatakan hadis ini munkar.

 

 

Kesimpulan:

 

Zaidah bin Abi al-Ruqad merupakan seorang perawi yang dipanggil Munkar al-Hadis, banyak riwayat-riwayatnya adalah Munkar. Di samping kedhaifannya, beliau bersendirian dalam meriwayatkan hadis ini.

 

Setakat penemuan saya, kebanyakan ulama hadis seperti telah disebutkan menilainya sebagai dhaif. Penilaian Shaikh al-Huwaini yang menilainya sebagai hadis munkar adalah kerana salah satu maksud hadis munkar ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi dhaif secara bersendirian. Seperti disebutkan, Zaidah telah bersendirian dalam meriwayatkan hadis ini, dan banyak hadisnya adalah munkar.

 

Oleh itu hadis ini adalah lemah. Kelemahannya jelas. Walaupun begitu, isi kandungan doa ini baik dan boleh diamalkan. Sesiapa yang ingin menyebarkan riwayat ini, hendaklah menyatakan ia hadis dhaif. Misalnya menggunakan ayat “Terdapat satu doa yang berasal daripada hadis yang dhaif…”.

 

Berbalik kepada tajuk, sebahagian orang menyatakan ia hadis palsu@mawdhu’. Setakat Keputusan ulama hadis yang saya temui, tiada yang menyatakan ia palsu. Sebab kecacatan hadis ini jua tidak membawa sampai ke tahap boleh dihukum sebagai palsu@mawdhu’. Paling berat status boleh diberikan kepada hadis ini ialah hadis munkar sebagaimana yang dilakukan oleh al-Huwaini.