Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

 

لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه، ولا في صيام شيء منه، – معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه – حديث صحيح يصلح للحجة، وقد سبقني إلى الجزم بذلك الإمام أبو إسماعيل الهروي الحافظ، رويناه عنه بإسناد صحيح، وكذلك رويناه عن غيره،

Tidak wujud sebarang hadis yang sahih yang boleh dijadikan hujah berkaitan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, tidak juga berkaitan puasa pada sebarang hari yang khusus daripadanya, tiada juga tentang mendirikan qiamullail pada malam yang tertentu di dalamnya. Sesungguhnya al-Imam Abu Ismail al-Harawi telah mendahului kami dalam menyebutkan hal ini. Kami meriwayatkan daripadanya dengan sanad yang sahih, begitu juga kami telah meriwayatkan daripada selain beliau.

ولكن اشتهر أن أهل العلم يتسامحون في إيراد الأحاديث في الفضائل وإن كان فيها ضعف، ما لم تكن موضوعة. وينبغي مع ذلك اشتراط أن يعتقد العامل كون ذلك الحديث ضعيفا، وأن لا يشهر بذلك، لئلا يعمل المرء بحديث ضعيف، فيشرع ما ليس بشرع، أو يراه بعض الجهال فيظن أنه سنة صحيحة.

Akan tetapi ahli ilmu kelihatan memberikan kelonggaran dalam meriwayatkan hadis-hadis lemah yang berkaitan kelebihan amal, selagi mana ia bukan palsu. Akan tetapi disyaratkan agar yang beramal meyakini bahawa hadis itu lemah, dan tidak memasyhurkan amalan itu. Ini kerana ditakuti seseorang akan beramal dengan hadis lemah, lalu dia mensyariatkan apa yang tidak disyariatkan, atau sebahagian orang bodoh akan menganggap ia sebagai sunnah yang sahih.

 

وقد صرح بمعنى ذلك الأستاذ أبو محمد بن عبد السلام وغيره. وليحذر المرء من دخوله تحت قوله صلى الله عليه وسلم: “من حدث عني بحديث يرى أنه كذب فهو أحد الكذابين”. فكيف بمن عمل به

Ustaz Abu Muhammad bin Abdussalam dan selainnya telah menjelaskan juga hal yang serupa. Hendaklah seseorang berhati-hati daripada termasuk di bawah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Sesiapa yang meriwayatkan mengenaiku satu hadis yang dia lihat sebagai dusta, maka dia salah seorang daripada pendusta. Lalu bagaimana pula dengan orang yang beramal dengannya.

[(Tabyin al-‘Ujab Bi Ma Warada Fi Fadhli Rajab),تبيين العجب بما ورد في فضل رجب oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani]

 

 

Rejab Adalah Bulan Haram

عَنِ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ الزَّمَانُ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ ‏

Abu Bakrah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Zaman telah beredar sebagaimana keadaannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Setahun itu ialah dua belas bulan. Daripadanya terdapat empat bulan haram: Tiga yang berturut-turut iaitu: Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Al-Muharram, dan bulan Rejab pula yang berada antara Jamadil AKhir dan Sya’ban [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’I al-Khalq, hadis no: 3197]

عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ مِنَ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ، قَالَ : ” ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبَ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa [Imam an Nasaie di dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab al-Siyam, hadis no: 2642]

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ حَكِيمٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ:  سَأَلْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ صَوْمِ رَجَبٍ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِي رَجَبٍ فَقَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ

Uthman bin Hakim al-Ansori radiallahu ‘anhu berkata: Aku telah bertanya kepada Sa’id bin Jubair tentang puasa dalam bulan Rejab. Ketika itu kami berada dalam bulan Rejab. Sa’id bin Jubair pun menjawab: Aku mendengar Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehingga kami berkata beliau tidak berbuka. Baginda berbuka sehingga kami berkata baginda tidak berpuasa. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1157]

Al-Imam An-Nawawi menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim:

الظَّاهِرُ أَنَّ مُرَادَ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ بِهَذَا الِاسْتِدْلَالِ أَنَّهُ لَا نَهْيَ عَنْهُ ، وَلَا نَدْبَ فِيهِ لِعَيْنِهِ ، بَلْ لَهُ حُكْمُ بَاقِي الشُّهُورِ ، وَلَمْ يَثْبُتْ فِي صَوْمِ رَجَبٍ نَهْيٌ وَلَا نَدْبٌ لِعَيْنِهِ ، وَلَكِنَّ أَصْلَ الصَّوْمِ مَنْدُوبٌ إِلَيْهِ ، وَفِي سُنَنِ أَبِي دَاوُدَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَدَبَ إِلَى الصَّوْمِ مِنَ الْأَشْهُرِ الْحُرُمِ ، وَرَجَبٌ أَحَدُهَا . وَاللَّهُ أَعْلَمُ .

Yang zahir daripada apa yang dimaksudkan oleh Sa’id bin Jubair dengan berdalilkan hadis ini ialah: Tiada larangan untuk berpuasa dalam bulan Rejab, dan tiada galakan khusus (berpuasa) padanya. Bahkan hukumnya seperti hukum bulan-bulan yang lain. Tidak terdapat dalil melarang berpuasa di bulan Rejab atau dalil menggalakkan secara khusus. Akan tetapi, asal hukum berpuasa padanya adalah sunat. Ini sebagaimana dalam Sunan Abi Daud bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menggalakkan berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, dan Rejab adalah salah satu bulan Haram tersebut. Wallahua’lam.

Antara amalan lain yang popular ialah solat sunat Raghaib. Ia merupakan solat sunat yang dilakukan pada malam Jumaat pertama bulan Rejab.

Kata Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu’:

الصلاة المعروفة بصلاة الرغائب وهي ثنتى عشرة ركعة تصلي بين المغرب والعشاء ليلة أول جمعة في رجب وصلاة ليلة نصف شعبان مائة ركعة
Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sunat sebanyak 12 rakaat yang didirikan antara Maghrib dan Isya pada malam Jumaat pertama dalam bulan Rejab, dan solat malam Nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat;

وهاتان الصلاتان بدعتان ومنكران قبيحتان
kedua-dua ini adalah solat yang bid’ah lagi munkar lagi keji.

ولا يغتر بذكرهما في كتاب قوت القلوب واحياء علوم الدين ولا بالحديث المذكور فيهما فان كل ذلك باطل
Janganlah tertipu dengan nukilan tentang solat ini di dalam kitab Qutul Qulub (oleh Imam Abu Talib al-Makki) dan Ihya Ulumuddin (oleh Imam al-Ghazali), dan tidak juga dengan hadis yang disebutkan tentang kedua solat ini. Sesungguhnya semua itu adalah bathil.

 

Di sini, kita perlu jelas di mana bid’ahnya, dan di mana sunnahnya sebagaimana pendapat majoriti ulama yang menggalakkan puasa Rejab.

 

1- Ia sunnah kerana bulan Rejab termasuk bulan-bulan Haram dan berdasarkan hadis di atas. Maka digalakkan berpuasa dan banyakkan amalan soleh yang lain yang memang sudah sedia ada dalam sunnah.
2- Ia menjadi bid’ah apabila landasan atau asas amalan itu ialah hadis-hadis yang tidak sahih, di mana ada yang menyebutkan puasa yang khusus untuk hari-hari tertentu dalam bulan Rejab, fadhilat-fadhilat tertentu, atau ibadah-ibadah tertentu yang dikhususkan pada malam atau siang Rejab tanpa dalil yang sahih.
3- Penyebaran hadis palsu adalah satu maksiat yang dosanya besar.

Jangan cemari amalan sunnah dengan tokok tambah dan penyebaran hadis-hadis tidak sahih.

PERINGATAN:

Imam Muslim dalam Muqadimah Sahih Muslim membawakan beberapa hadis yang mengajar kita untuk berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَىَّ يَلِجِ النَّارَ

Janganlah berdusta menggunakan diri ku, sesungguhnya sesiapa yang berdusta menggunakan diri ku nescaya akan masuk neraka [hadis no:2]

 

مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Sesiapa yang dengan sengaja berdusta menggunakan diri ku, maka dia menempah tempat duduk dalam neraka [hadis no: 4]

 

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Cukuplah seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar [hadis no: 7]

Berhati-hatilah kita!