عَنْ عَلِيٍّ ، قَالَ : كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً ، فَأَمَرْتُ رَجُلًا أَنْ يَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ ، فَسَأَلَ ، فَقَالَ : ” تَوَضَّأْ وَاغْسِلْ ذَكَرَكَ
‘Ali radiallahu ‘anhu berkata: Aku lelaki yang selalu keluar air mazi. Lalu aku menyuruh seorang lelaki bertanya hal ini kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di rumah anak perempuannya. Lelaki itu bertanya, lalu baginda menjawab: Berwudhulah dan basuhlah kemaluan kamu. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Taharah, hadis no: 263]

Dalam Sahih Muslim:
قَالَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ : ” أَرْسَلْنَا الْمِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ ، إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَسَأَلَهُ عَنِ الْمَذْيِ يَخْرُجُ مِنَ الإِنْسَانِ ، كَيْفَ يَفْعَلُ بِهِ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَوَضَّأْ وَانْضَحْ فَرْجَكَ
Ali radiallahu ‘anhu berkata: Kami telah mengutus Al-Miqdad bin Al-Aswad kepada Rasulullah sallalallahu ‘alaihi wasallam. Dia bertanya kepada baginda tentang air mazi yang keluar daripada manusia. Apa yang perlu dilakukan? Baginda menjawab: Berwudhulah dan percikkan air pada kemaluan engkau. [Sahih Muslim, Kitab al-Haidhi, hadis no: 463]

Al-Imam An-Nawawi menyebutkan di dalam Al-Majmu’:
أجمعت الامة على نجاسة المذى والودى ثم مذهبنا ومذهب الجمهور أنه يجب غسل المذى ولا يكفى نضحه بغير غسل>
وقال احمد بن حنبل رحمه الله ارجو ان يجزيه النضح
Ulama telah sepakat bahawa mazi dan wadi adalah najis. Mazhab kami (iaitu Syafie) dan mazhab majoriti berpegang bahawa wajib membasuh mazi, dan tidak cukup dengan sekadar merenjis tanpa dibasuh. Sedangkan Imam Ahmad menyatakan bahawa dia berharap agar cukup jika sekadar direnjis

واحتج له برواية في صحيح مسلم في حديث علي (توضأ وانضح فرجك) ودليلنا رواية اغسل
وهي أكثر والقياس على سائر النجاسات وأما رواية النضح فمحمولة على الغسل
Imam Ahmad berhujah dengan riwayat Sahih Muslim daripada hadis Ali ((Berwudhulah dan percikkan air kepada kemaluan engkau)). Sedangkan dalil kami ialah riwayat menyebut ((Basuhlah)), dan ia lebih banyak. Ia juga diqiaskan kepada najis-najis yang lain. Adapun riwayat ((Perciklah)) di bawa kepada maksud basuh.
[Al-Majmu’ jilid 2, m/s 552-553]

Bagaimana jika ia terkena baju?

عَنْ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ ، قَالَ : كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْيِ شِدَّةً وَعَنَاءً فَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الْغُسْلَ ، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَأَلْتُهُ عَنْهُ ، فَقَالَ : ” إِنَّمَا يُجْزِئُكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ” , فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِي مِنْهُ ؟ قَالَ : ” يَكْفِيكَ أَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهِ ثَوْبَكَ حَيْثُ تَرَى أَنَّهُ أَصَابَ مِنْهُ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَسَنٌ صَحِيحٌ
Sahl bin Hunaif radiallahu ‘anhu berkata: Aku mengalami penyakit yang teruk berkaitan mazi, aku sering kali mandi (untuk bersuci selepas keluarnya mazi). Aku pun menceritakan hal itu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan aku bertanya kepada baginda tentang hal itu. Baginda menjawab: Sesungguhnya cukup untuk engkau sekadar mengambil wudhu. Aku bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana pula dengan mazi terkena pada pakaian ku? Baginda menjawab: Cukup dengan mengambil air sebanyak tapak tangan lalu merenjiskannya pada pakaian engkau dimana engkau lihat mazi terkena padanya.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 107, hasan sahih]

Imam at-Tirmizi berkata:
وَقَدِ اخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الْمَذْىِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ يُجْزِئُ إِلاَّ الْغَسْلُ وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَإِسْحَاقَ . وَقَالَ بَعْضُهُمْ يُجْزِئُهُ النَّضْحُ . وَقَالَ أَحْمَدُ أَرْجُو أَنْ يُجْزِئَهُ النَّضْحُ بِالْمَاءِ
Ulama berbeza pendapat tentang air mazi yang terkena pakaian. Sebahagian berkata: Tidak cukup kecuali dengan cara membasuh. Ini merupakan pendapat Imam al-Syafie dan Ishaq bin Rahawiah. Sebahagian mereka berpendapat cukup dengan merenjis. Imam Ahmad berkata: Aku berharap agar cukup sekadar merenjis dengan air.

Kesimpulannya: Di sisi mazhab Syafie, mazi perlu dibersihkan sebagaimana najis-najis yang lain.
Wallahua’lam.