Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Hukum-Hakam I’tikaf 10 Akhir Ramadhan

Antara perkara ‘best’ ketika 10 akhir Ramadhan ialah berkampung di masjid, atau namanya i’tikaf. Saya mula kenal sunnah ini bila masuk UIA.  Terasa kemeriahan 10 akhir Ramadhan di masjid UIA, dengan ramainya orang yang tidur di masjid, ada yang bawa anak dan sebagainya. Ada yang 24 jam di masjid, dan ramai jua yang i’tikaf pada waktu malam sahaja sebab siang kerja. Apakah maksud I’tikaf? اللُّبْثُ فِي الْمَسْجِدِ عَلَى صِفَةٍ مَخْصُوصَةٍ بِنِيَّةٍ Duduk di dalam masjid dengan sifat-sifat yang khas dan dengan niat (ibadah) [Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah] Dr. Khalid al-Musyaiqih menyatakan dalam Fiqh al-I’tikaf: يتفق قول الفقهاء على أنه في...

Read More

Hadis-Hadis Berkaitan Malam al-Qadar

  Di bawah dilampirkan hadis-hadis daripada Sahih al-Bukhari berkaitan amalan 10 akhir Ramadhan. Kesimpulannya: 1- Berusahalah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir Ramadhan. 2- Perbanyakkan beribadah pada malam tersebut. 3- Sesiapa yang mampu hendaklah berusaha beri’tikaf di masjid. 4- Wanita juga disunnahkan melakukan i’tikaf. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadar dengan keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosanya yang terdahulu. [no. 2014] عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رِجَالاً، مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ...

Read More

Adakah Para Sahabat Berpuasa Ketika Perang Badar?

Puasa fardhu Ramadhan disyariatkan pada tahun 2 Hijrah. 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah jua berlakunya pertempuran besar pertama umat Islam iaitu Perang Badar. Al-Mubarakfuri menyebutkan: Rasulullah ﷺ menyusun barisan tenteranya, lalu Baginda berjalan di sekitar medan pertempuran sambil menunjuk dengan tangannya: «هَذَا مَصْرَعُ فُلَانٍ غَدًا، إِنْ شَاءَ اللهُ» “Ini tempat terbunuhnya si fulan esok hari, insya-Allah, dan ini tempat terbunuhnya si fulan esok hari, insya-Allah.” (Sahih Muslim). Selepas itu Rasulullah ﷺ menghabiskan malam dengan solat di sisi sebatang pokok di situ. Kaum Muslimin pula menghabiskan malam mereka dengan tenang. Keyakinan memenuhi hati mereka, mereka mendapat rehat yang mencukupi, sambil...

Read More

Kesan Maksiat Kepada Puasa Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi

Maksiat dan Kesannya terhadap Puasa Puasa ialah ibadah yang berfungsi menyucikan jiwa, menghidupkan hati, menguatkan iman dan mempersiapkan orang yang berpuasa agar menjadi golongan yang bertakwa, sebagaimana firman Allah Ta‘ala: “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.” Oleh itu, wajib ke atas orang yang berpuasa untuk memelihara puasanya daripada perkara yang mencacatkannya, bahkan mungkin memunahkannya. Dia hendaklah menjaga pendengaran, penglihatan dan seluruh anggota badannya daripada perkara yang diharamkan oleh Allah Ta‘ala. Dia hendaklah menjaga lidahnya, tidak bercakap perkara sia-sia, tidak bercakap kotor, tidak bertengkar, tidak bertindak bodoh, dan tidak membalas kejahatan...

Read More

Adab Makan dan Minum Menurut al-Quran dan al-Sunnah

1) Makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat   Firman Allah s.w.t: وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ (٨٨( Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. [al-Maidah : 88]   2) Menjauhi pembaziran وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ Makan dan minumlah. Janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebihan [al-A’raf : 31] عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ...

Read More