Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Sunnah-Sunnah Di Hari Raya

  1- Mandi Hari Raya عَنْ مَالِك ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ” كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى “ Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’, Kitab al-Eidain, hadis no: 426]. Ulama mazhab Syafie menyatakan digalakkan untuk mandi pada pagi hari Raya. Ini berdasarkan atsar Ibn Umar di atas dan diqiaskan dengan hari Jumaat. Masa untuk mandi pula, pada pendapat yang paling kuat dalam mazhab Syafie ialah dibolehkan untuk mandi...

Read More

Sahihkah Hadis Sunnah Ziarah Kubur Di Hari Raya?

Benarkah Menziarahi Kubur Termasuk Sunnah Yang Berkaitan Dengan Hari Raya? Saya terbaca beberapa tulisan yang menggalakkan menziarahi kubur pada hari raya, yang berhujahkan dengan beberapa riwayat. Di sini saya kongsikan sebahagian riwayat yang digunakan. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam al-Sunan al-Kubra: وَأَخْبَرَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ بْنُ بِشْرَانَ بِبَغْدَادَ، أنبأ أَبُو جَعْفَرٍ الرَّزَّازُ، ثنا كَثِيرُ بْنُ شِهَابٍ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ سَابِقٍ ثنا عَمْرُو بْنُ أَبِي قَيْسٍ، عَنْ مُطَرِّفٍ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْحَارِثِ، عَنْ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: «الْجَهْرُ فِي صَلَاةِ الْعِيدَيْنِ مِنَ السُّنَّةِ، وَالْخُرُوجُ فِي الْعِيدَيْنِ إِلَى الْجَبَّانَةِ مِنَ السُّنَّةِ» Daripada Ali RA, beliau berkata: Menguatkan bacaan...

Read More

Hukum-Hakam I’tikaf 10 Akhir Ramadhan

Antara perkara ‘best’ ketika 10 akhir Ramadhan ialah berkampung di masjid, atau namanya i’tikaf. Saya mula kenal sunnah ini bila masuk UIA.  Terasa kemeriahan 10 akhir Ramadhan di masjid UIA, dengan ramainya orang yang tidur di masjid, ada yang bawa anak dan sebagainya. Ada yang 24 jam di masjid, dan ramai jua yang i’tikaf pada waktu malam sahaja sebab siang kerja. Apakah maksud I’tikaf? اللُّبْثُ فِي الْمَسْجِدِ عَلَى صِفَةٍ مَخْصُوصَةٍ بِنِيَّةٍ Duduk di dalam masjid dengan sifat-sifat yang khas dan dengan niat (ibadah) [Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah] Dr. Khalid al-Musyaiqih menyatakan dalam Fiqh al-I’tikaf: يتفق قول الفقهاء على أنه في...

Read More

Hadis-Hadis Berkaitan Malam al-Qadar

  Di bawah dilampirkan hadis-hadis daripada Sahih al-Bukhari berkaitan amalan 10 akhir Ramadhan. Kesimpulannya: 1- Berusahalah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir Ramadhan. 2- Perbanyakkan beribadah pada malam tersebut. 3- Sesiapa yang mampu hendaklah berusaha beri’tikaf di masjid. 4- Wanita juga disunnahkan melakukan i’tikaf. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadar dengan keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosanya yang terdahulu. [no. 2014] عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رِجَالاً، مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ...

Read More

Adakah Para Sahabat Berpuasa Ketika Perang Badar?

Puasa fardhu Ramadhan disyariatkan pada tahun 2 Hijrah. 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah jua berlakunya pertempuran besar pertama umat Islam iaitu Perang Badar. Al-Mubarakfuri menyebutkan: Rasulullah ﷺ menyusun barisan tenteranya, lalu Baginda berjalan di sekitar medan pertempuran sambil menunjuk dengan tangannya: «هَذَا مَصْرَعُ فُلَانٍ غَدًا، إِنْ شَاءَ اللهُ» “Ini tempat terbunuhnya si fulan esok hari, insya-Allah, dan ini tempat terbunuhnya si fulan esok hari, insya-Allah.” (Sahih Muslim). Selepas itu Rasulullah ﷺ menghabiskan malam dengan solat di sisi sebatang pokok di situ. Kaum Muslimin pula menghabiskan malam mereka dengan tenang. Keyakinan memenuhi hati mereka, mereka mendapat rehat yang mencukupi, sambil...

Read More

JEMPUTAN KULIAH

Jumlah Pelawat

  • 0
  • 1,538
  • 2,874,202
  • 720,710