Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Sahihkah Hadis Puasa Tarwiyah?

Puasa hari Arafah adalah satu sunnah. Ini berdasarkan hadis sahih berikut: Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1162] Bagaimana pula dengan puasa tarwiyah, atau puasa 8 Zulhijjah? Adakah dalilnya sahih? Riwayat Ibnu Abbas: Al-Khatib Al-Baghdadi meriwayatkan di dalam kitabnya Al-Muttafiq wa Al-Muftariq: أخبرنا أبو بكر أحمد بن عمر بن أحمد بن عبيد الدلال حدثنا جعفر بن...

Read More

Sahihkah Hadis: “Pada setiap bulu haiwan korban ada kebaikan”.

Sahihkah Hadis: “Pada setiap bulu haiwan korban ada kebaikan”. Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dalam Musnadnya (19283) daripada Yazid bin Harun, daripada Salam bin Miskin, daripada ‘Ai’zullah al-Mujasyi’i, daripada Abu Daud Nafi’ bin al-Harits, daripada Zaid bin Arqam, beliau berkata: Para sahabat bertanya: يا رسول الله، ما هذه الأضاحي Wahai Rasulullah, ibadah korban ini apa? Baginda menjawab: سنة أبيكم إبراهيم Ia adalah sunnah ayah kalian, Nabi Ibrahim. Para sahabat bertanya: فما لنا فيها يا رسول الله؟ Apa kami perolehi daripada ibadah ini wahai Rasulullah? Baginda menjawab: بكل شعرة حسنة Dengan setiap bulu (haiwan korban itu) adanya kebaikan. Para sahabat...

Read More

Masih Bolehkah Makan Sahur Ketika Azan Subuh?

Takhrij hadis: “Apabila seseorang mendengar azan, dan ketika itu bekas air minuman ditangannya, hendaklah dia tidak meletakkannya sehingga dia telah menunaikan hajatnya”. إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ الْأَذَانَ، وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَدَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ مِنْهُ   Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dan kesemuanya melalui jalan periwayatan Hammad bin Salamah. Ini menunjukkan Hammad adalah madar kepada hadis ini. Jalur 1: Hammad bin Salamah meriwayatkan daripada Muhammad bin ‘Amru, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w. [Musnad Ahmad (9474) (10629), Sunan Abu Daud (2350), Sunan al-Daraquthni (2182), Al-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi (8275), Al-Hakim dalam...

Read More

ADAB-ADAB BERSEDEKAH

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita banyak bersedekah. Bacalah kata-kata Allah dalam juzu’ 3, tujukan ayat-ayat itu kepada diri kita agar sedekah yang kita lakukan tidak hilang begitu sahaja. 1- TIDAK MENGUNGKIT DAN MENYAKITI PENERIMA SEDEKAH يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ Hai orang-orang beriman, janganlah kamu hilangkan [pahala] sedekahmu dengan mengungkit-ungkitnya dan menyakiti [perasaan si penerima], seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia...

Read More

Al-Quran Petunjuk Semua Manusia Atau Orang Beriman Sahaja?

Al-Quran itu petunjuk kepada semua manusia atau orang beriman sahaja? شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [Al-Baqarah: 185]. Ia adalah kitab yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w supaya baginda menyampaikan isinya untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan. الٓر ۚ كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ Alif Lām Rā. (Ini adalah) Kitab yang...

Read More