Puasa hari Arafah adalah satu sunnah. Ini berdasarkan hadis sahih berikut:

Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1162]

Bagaimana pula dengan puasa tarwiyah, atau puasa 8 Zulhijjah? Adakah dalilnya sahih?

Riwayat Ibnu Abbas:

Al-Khatib Al-Baghdadi meriwayatkan di dalam kitabnya Al-Muttafiq wa Al-Muftariq:

أخبرنا أبو بكر أحمد بن عمر بن أحمد بن عبيد الدلال حدثنا جعفر بن محمد بن نصير الخالدي حدثنا عمر بن حفص السدوسي حدثنا أبو بلال الأشعري حدثنا علي بن علي الحميري عن الكلبي عن أبي صالح عن ابن عباس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صام العشر من ذي الحجة فله بكل يوم صوم شهر وله بصوم يوم التروية سنة وله بصوم يوم عرفة سنتان.
Daripada Ibn ‘Abbas, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesiapa yang berpuasa 10 hari daripada Zulhijjah, maka untuknya setiap hari itu sama seperti puasa sebulan. Sesiapa yang melakukan puasa hari Tarwiyah, maka untuknya puasa setahun. Sesiapa yang melakukan puasa Arafah, maka untuknya puasa 2 tahun. [Al-Khatib Al-Baghdadi, Al-Muttafiq wa Al-Muftariq, no: 1107, 3:1628]

Pada sanad riwayat ini terdapat Muhammad bin Sa’ib Al-Kalbiy. Dia merupakan seorang yang kazzab. Zaidah, Al-Laits, Sulaiman At-Taimi, dan lain-lain menyatakan dia perawi kazzab. Ibn Hibban menyatakan pendustaannya teramat jelas. [Ibnu Jauzi, Ad-Dhu’afa wa Al-Matrukin, 3:62].

Terdapat jalan lain yang turut meriwayatkan daripada Abu Soleh selain daripada Al-Kalbiy iaitu daripada At-Thibbiy:

أَنْبَأَنَا مُحَمَّدُ بْنُ نَاصِرٍ ، أَنْبَأَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ الأَنْبَارِيُّ ، أَنْبَأَنَا ابْنُ رِزْقَوَيْهِ ، حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ مُحَمَّدِ ابْنِ بِنْتِ حَاتِمٍ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حُمَيْدٍ الْمُقْرِي ، حَدَّثَنَا أَبُو بِلالٍ الأَشْعَرِيُّ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَلِيٍّ الْمحيرِيُّ ، عَنْ الطبي ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ” مَنْ صَامَ الْعَشْرَ فَلَهُ بِكُلِّ يَوْمٍ صَوْمُ شَهْرٍ، وَلَهُ بِصَوْمِ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ سَنَةٌ، وَلَهُ بِصَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ سَنَتَانِ .
Daripada Ibn ‘Abbas, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesiapa yang berpuasa 10 hari, maka untuknya setiap hari itu sama seperti puasa sebulan. Sesiapa yang melakukan puasa hari Tarwiyah, maka untuknya puasa setahun. Sesiapa yang melakukan puasa Arafah, maka untuknya puasa 2 tahun.

Al-Imam Ibn Jauzi menyatakan bahawa hadis ini tidak sahih. Ini kerana pada hadis ini terdapat seorang perawi bernama At-Thibbi. Sulaiman at-Taimi berkata: At-Thibbi kazzab. Ibn Hibban berkata: Sifat kazzab pada At-Thibbi jelas sehingga tidak perlu dijelaskan. [Ibnu Jauzi, Al-Maudhu’at, 2/198]

Abu Soleh pula yang merupakan seorang perawi yang dhaif. Imam al-Bukhari mendhaifkannya. An-Nasaie menyatakan beliau tidak thiqah. [Adz-Dzahabi, Mizan al-I’tidal, 1:296].

Riwayat Jabir:

Ibnu Adiy al-Jurjani dalam menerangkan biografi perawi bernama Muhammad bin Abdul Malik Al-Ansoriy, beliau meriwayatkan satu hadis daripada Jabir yang semaksud dengan hadis-hadis di atas:

حَدَّثَنَا علي بن إسماعيل ، حَدَّثَنا عامر بن سيار ، حَدَّثَنا مُحَمد بن عَبد الملك ، حَدَّثَنا مُحَمد بن المنكدر عن جابر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صام أيام العشر كتب له بكل يوم صوم سنة غير عرفة فإنه من صام يوم عرفة كتب له صوم سنتين.
Muhammad bin Abdul Malik meriwayatkan hadis ini daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir.

Beliau iaitu Muhammad bin Abdul Malik merupakan seorang pemalsu hadis. Imam Al-Bukhari menyatakan beliau adalah Munkarul Hadis. [Ibn Adiy, Al-Kamil Fi Dhuafa’ al-Rijal, 7: 347].

Riwayat Aisyah:

Terdapat juga riwayat dengan isi yang sama daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, akan tetapi ia juga tidak sahih kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Al-Kalbiy. Dia merupakan seorang kazzab. [Al-Fawaid Al-Majmu’ah, m/s 96]

Terdapat riwayat lain lagi daripada ‘Aisyah yang menerangkan kelebihan puasa tarwiyah:
أَنْبَأَنَا أَبُو مَنْصُورٍ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ ، أَنْبَأَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مَسْعَدَةَ ، أَنْبَأَنَا حَمْزَةُ بْنُ يُوسُفَ ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَدِيٍّ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَفْصٍ السَّعْدِيُّ ، حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ وَهْبٍ الْوَاسِطِيُّ وَيُوسُفُ بْنُ زَكَرِيَّا ، قَالا : حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ مُهَاجِرٍ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُحَرَّمِ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ ، عَنْ عَائِشَةَ ” أَنْ شَابًّا كَانَ صَاحِبَ سَمَاعٍ، فَكَانَ إِذَا هَلَّ هِلالُ ذِي الْحِجَّةِ أَصْبَحَ صَائِمًا، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ : ” مَا يَحْمِلُكَ عَلَى صِيَامِ هَذهِ الأَيَّامِ؟ ” قَالَ : بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّهَا أَيَّامُ الْمَشَاعِرِ وَأَيَّامُ الْحَجِّ عَسَى اللَّهُ أَنْ يُشْرِكَنِي فِي دُعَائِهِمْ.

فَقَالَ : ” لَكَ بِكُلِّ يَوْمٍ عِدْلُ مِائَةِ رَقَبَةٍ تُعْتِقُهَا، وَمِائَةِ رَقَبَةٍ تُهْدِيهَا إِلَى بَيْتِ اللَّهِ، وَمِائَةِ فَرَسٍ تَحْمِلُ عَلَيْهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ التَّرْوِيَةِ فَذَلِكَ عِدْلُ أَلْفِ رَقَبَةٍ وَأَلْفِ بَدَنَةٍ وَأَلْفِ فَرَسٍ تَحْمِلُ عَلَيْهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ عَرَفَةَ فَذَلِكَ عِدْلُ أَلْفَيْ رَقَبَةٍ وَأَلْفَيْ بَدَنَةٍ وَأَلْفَيْ فَرَسٍ تَحْمِلُ عَلَيْهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَصِيَامِ سَنَتَيْنِ قَبْلَهَا وَسَنَتَيْنِ بَعْدَهَا ” .
Diriwayatkan daripada Aisyah radiallahu ‘anha bahawa ada seorang pemuda yang apabila anak bulan Zulhijjah telah terbit, maka keesokan harinya dia berpuasa. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus seseorang untuk memanggilnya. Lalu dia datang dan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya: Apa yang membuatkan engkau berpuasa pada hari-hari ini?. Lelaki itu menjawab: Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah, kerana hari-hari ini adalah hari syi’ar dan hari-hari haji. Semoga Allah menyertakanku dalam doa-doa mereka yang sedang berhaji. Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya bagimu dalam setiap hari yang kau puasa itu adalah pahala seperti membebaskan seorang hamba, dan seperti seratus ekor unta dan seratus kuda yang kau gunakan di jalan Allah. Ketika hari Tarwiyah pula, untuk engkau pahala seperti pahala membebaskan seribu hamba sahaya, dan menggunakan seribu unta dan seribu kuda yang di jalan Allah. Ketika hari Arafah, bagimu pahala seperti membebaskan dua ribu hamba, dan menggunakan 2000 unta dan 2000 kuda di jalan Allah, dan menyamai puasa dua tahun sebelumnya dan dua tahun selepasnya” [Al-Maudhu’at, 2:198]

Hadis ini tidak sahih. Dalam riwayat di atas terdapat perawi bernama Muhammad bin Al-Muharram. Al-Bukhari menyatakan dia Munkarul Hadis. An-Nasaie menyatakan dia Matrukul Hadis. Abu Hatim menyatakan dia Wahiy. [Ibnu Hajar, Lisan al-Mizan, 5:216, 320]. Ibnu al-Jauzi menyatakan dia adalah manusia yang paling penipu/Akzabun Nas. [Al-Maudhu’at, 2:198].

Adz-Dzahabi dalam Mizan al-I’tidal menyatakan seolah-olah bahawa ini adalah seperti hadis palsu. [Adz-Dzahabi, Mizan al-I’tidal, 3:669]. Ibnu Hajar menjawab: Jika ia bukan hadis palsu, maka apa lagi yang boleh dianggap palsu di dunia ini? [Ibnu Hajar, Lisan al-Mizan, 5:320]

Kesimpulan:

Hadis-hadis berkaitan puasa tarwiyah adalah palsu dan tidak boleh disebarkan. Oleh kerana itu para ulama yang mengumpulkan hadis palsu memasukkannya di dalam kitab-kitab mereka seperti di dalam Al-Maudhu’at, Tanzih al-Syariah, dan lain-lain.

Ini tidaklah bermaksud terlarang daripada berpuasa pada 8 Zulhijjah. Berpuasa pada hari ini termasuk dalam amal soleh, yang digalakkan dilakukan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah.

Akan tetapi menyebarkan hadis-hadis fadhilat puasa Tarwiyah seperti di atas adalah satu maksiat kerana menyebarkan hadis-hadis palsu adalah satu dosa besar. Sebahagian ulama berpendapat melakukan dosa-dosa pada hari-hari yang dimuliakan di mana pahala ibadah berlipat ganda, maka dosa-dosa itu lebih besar daripada hari-hari lain.

Teruskan momentum beribadah, usah cemari dengan maksiat menyebarkan hadis palsu!

Dapatkan segera koleksi Sirah 4 Nabi untuk kanak-kanak. Inspirasi daripada karya Dr. Solah Al-Khalidi. Order sekarang. Klik di sini


ejen cuckoo

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera

Saya Mohd Masri Mohd Ramli. Saya merupakan wakil jualan Cuckoo- Natural Executive Cuckoo (NE035476).

Saya bersedia membantu anda untuk memilih produk Cuckoo yang sesuai dengan keperluan anda. Saya berpengalaman menguruskan tempahan untuk individu, syarikat, sekolah, masjid, universiti dan lain-lain.

Mahukan konsultasi percuma bersama saya, klik sahaja link ini untuk whatsapp saya