ILMU SEBELUM AMAL DAN DAKWAH.
Sebahagian orang menyatakan kita perlu berilmu dalam melakukan amalan dan melakukan dakwah. Ada orang menyatakan tanpa ilmu, amal dan dakwah kita boleh jadi membawa banyak kerosakan. Benarkah begitu? Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya, dalam Kitab al-Ilm meletakkan sebuah bab yang bertajuk: باب العلم قبل القول والعمل Bab Ilmu Sebelum Perkataan dan Amalan. Kemudian Imam Al-Bukhari membawakan dalil-dalil yang menunjukkan hal ini. Antaranya ialah firman Allah: فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ KETAHUILAH! Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. [Surah Muhammad : 19]. Kata Imam Al-Bukhari selepas membawakan ayat ini: فبدأ بالعلم Lalu Allah memulakan dengan (suruhan) berilmu. Kemudian beliau...
Read More