Buku Manahij al-Muhaddisin oleh pensyarah UIAM Gombak
Alhamdulillah, sejak Jumaat lalu hingga hari ini, dapat menyelesaikan pembacaan kitab Manahij al-Muhaddisin yang ditulis oleh dua orang bekas pensyarah UIAM Gombak dalam bidang hadis iaitu Dr. Sayuthi bin Abdul Manas dan Dr. Ismail Abdullah.
Dr. Sayuthi merupakan guru dan penyelia kepada tesis sarjana isteri saya.
Bila menziarahi kedai buku IIUM, ada banyak sebenarnya karya-karya ilmiah pensyarah-pensyarah kita.
Dr. Sayuthi ada menulis dua lagi buah buku berkaitan hadis-hadis yang saling bercanggah.
Membaca buku Manahij al-Muhaddisin ini akan memberikan kita satu gambaran berkaitan methodologi setiap ulama dalam menyusun kitab hadis.
Permulaan buku ini menjawab pertuduhan bahawa hadis tidak ditulis di zaman nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam di mana tuduhan ini merupakan hujah pokok golongan anti-Hadis.
Digalakkan membeli buku ini, dan pastinya buku-buku berkaitan Manahij al-Muhaddisin oleh ulama lain jua ada banyak.
Mari kita membaca 🙂