KELEBIHAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU
Firman Allah: فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai [dari sesuatu urusan], kerjakanlah dengan sungguh-sungguh [urusan] yang lain [Al-Sharh: 7]. Imam al-Thabari dalam Jami’ al-Bayan menerangkan bahawa ulama tafsir berbeza pendapat dalam memahami ayat ini. Antara pendapatnya ia bermaksud ‘Apabila kamu telah selesai mendirikan solat, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah’. Ibn ‘Abbas berkata: فإذا فرغت مما فُرض عليك من الصلاة فسل الله، وارغب إليه، وانصب له. Apabila kamu telah selesai daripada mendirikan solat fardhu, mohonlah kepada Allah, mengharaplah kepadanya, dan bersungguh-sungguhlah. Qatadah berkata: أمره إذا فرغ من صلاته أن يبالغ في دعائه Allah menyuruh apabila seseorang selesai...
Read More